By Admin
Saudara Kepada Edtor
Ezinkan saya menggunakan ruang blog ini untuk menyuarakan sedikit masalah yang kami sedang hadapi ini
Mengenai pembongkaran rumah-rumah kami di Kampung Tinusa 1 oleh pihak MPS atas arahan pihak Mahkamah kami akur kalau itu sudah keputusan Mahkamah tetapi saya bagi pihak semua mangsa di kampung ini yang bakal berdepan situasi yang amat menyedihkan kerana kami bakal kehilangan tempat tinggal untuk kami berteduh dan kami sudah tiada apa-apa lagi.
Kami merayu kepada Alhi Parlimen Libaran Yang Berhrmat Datuk Hj Juslie Ajirol dan ADUN Sungei Sibuga YAB Datuk Seri Musa Hj Aman supaya mencari tempat baru atau memberi kami peluang mendapatkan rumah PPR (Projek Pemurahan Rakyat) sama ada di Gum-Gum, Sungei Manila dan juga Taman Anggrek untuk kami memulakan penghidupan kami sekeluarga.
Kami juga adalah pengundi tegar BN/UMNO kenapa kami tidak diberi bantuan untuk mendapatkan rumah yang dimaksudkan itu oleh para pemimpn UMNO Libaran.
Kami harap dengan tersiarnya surat terbuka ini semua pemimpin BN/UMNO Libaran dalam mengambil iktibar untuk membantu kami yang akan ditimpa musibbah dan bakal menjadi pelarian di tempat sendiri.
Dan dalam kesempatan ini kami juga selaku penduduk Kampung Tinusa 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan Yang Berhormat Encik Stephen Wong dan para pegawainya kerana sudih datang melawat kami sebagai mangsa keadaan
Walau YB Wong hanya seorang pemimpin pembangkang tetepi berjiwa rakyat walaupun Kg Tinusa 1 bukan kawasannya namun atas keprihatinan dan simpati beliau dan rombongan atas jemputan kami mereka datang juga untuk mendengar segala rayuan dan rintihan kami
Sekian terima kasih
Yang benarPenduduk Yang Malang
Kampung Tinusa 1
No comments:
Post a Comment