By Admin.....Wednesday November 27, 2013

"Sekarang saya hanya memberi amaran supaya mereka mengetahui skop dan batasan...supaya jangan salah langkah," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah Bersama Penduduk Kampung Santubong, kira-kira 30km dari Kuching semalam, Wan Junaidi yang merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata sebelum ini beberapa anggota Parlimen turut membangkitkan isu itu dalam sidang Dewan Rakyat
Katanya jika cubaan membangkitkan semula isu perjanjian itu tidak ditangani dengan sewajarnya ia boleh memecah-belahkan masyarakat di negara ini.
Katanya jika cubaan membangkitkan semula isu perjanjian itu tidak ditangani dengan sewajarnya ia boleh memecah-belahkan masyarakat di negara ini.
Dalam pada itu, beliau berkata belum ada individu dikenakan tindakan tegas kerana membangkitkan isu supaya perjanjian yang membawa kepada penubuhan Malaysia itu dikaji semula.
Beliau berkata sehingga kini tiada mana-mana individu yang telah dipanggil untuk disiasat berhubung kenyataan mereka yang menyentuh perjanjian-perjanjian 18 Perkara Sarawak dan 20 Perkara Sabah itu. – 25 November, 2013.
No comments:
Post a Comment