Saturday, 16 November 2013

MUSA WAJAR SEKAT KEMASUKAN IBRAHIM ALI KE SABAH GUNA KUASA EKSEKUTIFNYA.....MOHD JEFFRY



Saturday....November 16,2013 8.10 am
Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI
KOTA KINABALU:- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman adalah wajar menggunakan kuasa Eksekutifnya untuk menghalang mana-mana individu yang difikirkan bahaya  masuk ke negeri Sabah apa lagi seperti  Datuk Ibrahim Ali Presiden PERKASA.
Menurut sumber rasmi bahawa Ibrahim Ali dikatakan Akan datang ke Sabah pada 23 November ini untuk merasmikan satu forum anjuran PERKASA kita amat bimbang dengan kedatangan beliau (Ibrahim) ke Sabah kerana  dikhuatiri tindakannya nanti akan menghasut rakyat di negeri ini dengan pelbagai perkara terutama sekali soal menyentuh agama dan politik.
Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) Datuk Mohd Jeffry Rosman  (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan  Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau Paul Kadau yang tersiar di Free Sandakan Today dan Portal Borneo Insider kelmarin.
“Siapa tidak kenal Ibrahim Ali Presiden PERKASA dengan kelantangan suaranya kalau bercakap 80 peratus suka menyinggung perasaan orang lain  tanpa memikrkan implkasinya dan risikonya terutama sekali beliau (Ali) suka menghasut rakyat untuk membecikan kerajaan yang  ada sekarang termasuk juga menghasut orang-orang Melayu di negara ini untuk  membencikan bangsa-bangsa lain termasuk mengutuk agama-agama lainnya.” 
“Mungkin juga ada kebenarannya kata Paul kedatangan Ibrahim Ali nanti pada forum tersebut akan  bercakap yang bukan-bukan dan ini tindakan Ibrahim Ali menjurus untuk mengajar anak-anak Sabah supaya mengikut jejaknya untuk membenci bangsa dan agama lain.
Kita sedia maklum bahawa rakyat di Sabah yang mempunyai lebih  kurang 40 eknik  suku bangsa hidup dalam serba harmoni walau terdapat  perbezaan idologi politik dan anutan agama yang berbeza ” Tambah Jeffry.
Musa Aman pernah menggunakan kuasanya untuk menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar daripada menghadiri satu sambutan Tadau Kaamatan di Penampang pada Mei lepas kenapa beliau (Musa) tidak boleh berbuat perkara yang sama untuk menghalang Ibrahim Ali masuk ke Sabah pada 23 November  ini.
Kata Jeffry kalau  hendak dibandingkan antara Nurul Izzah Anwar dengan Ibrahim Ali lebih dasyat  daripada Nurul antara sebabnya Nurul hanya bercakap pasal politik  tidak menyentuh bangsa dan agama di negara ini berbanding dengan perbuatan atau prilaku Ibrahim Ali yang  menyuruh membakar gereja, membakar bible suka memak hamun  bangsa kaum Cina dan India di negara ini.
“Setiap kali kenyataan yang dibuat oleh Presiden PERKASA tiada  lain perkara negatif yang boleh membawa hura hara dan menimbulkan kemarahan rakyat bukan saja lain-lain bangsa bahkan orang-orang Melayu dan Bumiputera sendiri turut mengecam dan murkah atas perbuatannya” ujarnya.
PERKASA kata Jeffry  sepetutnya boleh mencontohi peranan PRIBUMIS  yang akur dengas semua kaum di negeri ini yang  tidak pernah menyentuh soal agama  lain PRIBUMIS ditubuhkan  fokus adalah untuk membela nasib kaum rakyat tempatan  seperti pencerobohan tanah-tanah adat yang berstatus NCR pengeluaran sijil-sijil anak negeri, menjaga tatatusila  adat kaum  anak jati Sabah termasuk memperkenalkan kebudayaan suku-suku kaum yang ada di negeri ini mata dunia





No comments:

Post a Comment