Friday...
November 15,2013- 21.00 pm
Written by
Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
TAWAU:- Tindakan budak-budak nakal dan liar dari
Kampung Ice Box bersebelahan dengan Flat Sri Titingan yang mengganggu gugat ketenteraman penduduk
Flat berkenaan pada saban hari dengan gejala Pitik/atau Panah/Busar Kecil
dilastik semua rumah flat yang berhampiran
sungguh amat mengecewakan kerana
tiada orang yang mahu ambil tahu.
Presiden Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) Datuk Mohd
Jeffry Rosman yang mewakili kepada
penduduk flat berkenaan berkata kepada
Free Sandakan Today sebentar tadi kejadian ini sudah berlaku lima hari yang
lalu sudahpun dilaporkan kepada pihak
polis oleh penduduk berkenaan tetapi
sehingga ke hari ini tiada respon mahupun tidakan diambil oleh pihak Polis dan
dibiarkan begitu saja.
Dalam insiden tersebut kata Jeffry salah seorang penduduk telah
cedera para akibat terkena lastik yang
dilakukan oleh budak-budak liar itu dan sehingga kehari ini gejala buruk terus
berlaku dan ramai lagi akan cedera dan mungkin akan meragut nyawa penduduk
terbabit sekiranya tidak dipantau oleh polis.
“Saya sebagai badan NGO yang mewakili seluruh penduduk
flat berkenaan meminta jasa baik Ketua
Polis Daerah Tawau agar dapat
mengarahkan kepada anggota polis peronda dengan segera untuk mengadakan rondaan rutin bagi bagi membanteras gejala buruk itu terus berlaku”
tegasnya.
Selain itu Jeffry juga meminta kepada Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kawasan Apas Datuk Mohd Taufik Datuk Abu Bakar Titingan agar
turun padang bersama dengan para pegawainya iaitu Pemimpin Kemajuan Rakyat
(UPKR) dan Pemaju Mukim ke flat berkenaan untuk menemui sendiri penduduk di situ supaya dapat infor yang
lebih detail lagi apa yang sudah berlaku menimpa kepada para penduduk yang menjadi mangsa keadaan oleh budak-budak
setan itu.
“Saya percaya dengan tertangkapnya budak-budak jajal itu
sudah pasti gejala buruk sebegini akan berhenti dengan sendirinya maka anggota
Polis yang menjaga ketenteraman awam harus bertindak segera bukan menunggu ada
orang yang sudah mampus terkena lastik baru bergegas bertindak apa gunanya nasi sudah jadi bubur" ujarnya
No comments:
Post a Comment