Wtitten by Admin
OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
TAWAU: Gara-gara tindakan penyebaran khidmat pesanan ringkat (SMS) yang berupa menghasut perwakilan seramai 14 Anggota Jawatanuasa (AJK) Wanita UMNO Bahagian Kalabakan supaya tidak menghadiri pada pemilihan semula Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh telah membuat laporan polis di sini kelmarin.
Ghapur (gambar) berkata laporan itu dibuat kelmarin untuk membolehkan siasatan polis dibuat meskipun selepas pemilihan selesai dijalankan.
“Saya sendiri turut menerima SMS yang berbaur menghasut ahli wanita agar tidak hadir pada pemilihan semula itu,” katanya kepada pemberita di SK Kukusan.
Menyentuh pemilihan hari ini, Abdul Ghapur yang juga Anggota Parlimen Kalabakan, berkata 538 daripada 889 perwakilan berdaftar hadir pada mesyuarat itu dan jumlah ini melebihi kuota yang ditetapkan, oleh itu keputusannya tidak boleh dipertikai.
Mengulas kenyataan mantan Ketua Wanita Umno Kalabakan Datuk Hamisa Samat, yang mempertikai kesahan pemilihan hari ini, Abdul Ghapur berkata Umno adalah parti yang memperjuang nasib bangsa, agama dan perpaduan serta tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kita harus ingat Umno ini bukan parti saya, saya hanya ahli yang dipilih menjadi pemimpin, esok orang lain pula akan menjadi pemipin. Jadi, kita perlu saling sokong-menyokong,” katanya.
No comments:
Post a Comment