Sunday, 17 November 2013

GARA-GARA PENUTUP PARIT PECAH RAMAI YANG TERJEBLOS DALAM LUBANG

Sunday November 17,2013
Written By Admin

OLEH   AZMI AZMAN

ELOPURA:-Kebanyakan penutup parit di lorong-lorong hadapan premis Bandar Litad yang sudah pecah dan berlubang adalah penyabab utama pejalan  kaki sering terpuruk (terjeblos) di lubang tersebut.

Menurut beberapa apara peniaga berhampiran yang memberi tahu kepada Wartawan Free Sandakan Today perkara ini sudahpun dimaklumkan kepada Biro Aduan Majlis Perbanadaran  Sandakan (MPS) tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang tindak diambil.

 "Kami minta jasa baik pihak MPS agar dapat menggantikan semua penutup parit yang sudah pecah dan berlubang kerana sekiranya masalah ini dibarkan begitu saja ramai lagi jadi mangsa keadaan terpuruk atau terjeblos dalam parit itu" rayu seorang peniaga yang hanya dikenali Mr Chang.


No comments:

Post a Comment