Sunday, 17 November 2013

GEJALA MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH LELAKI DAN PEREMPUAN SEMAKIN GETIR


Ahad 17 November  2013
Written by Admin

DARI MEJA  PENGARANG
SHAIMON S JUMADI
 
HARI ini saya ingin membicarakan mengenai gejala merokok di kalangan pelajar lelaki dan perempuan yang semakin merucingkan.

Sebagai seorang Wartawan saya tidak  hanya menumpuhkan penulisan  mengenai perkembangan politik, sosio ekonomi dan  gosep-gosep artis  semata-mata  sekali sekala  saya juga ingin merungkai sedikit sebanyak gejala merokok ini yang agak sukar untuk dibendung dan sudah menjadi trend dan budaya di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Mengikut fakta terpetinci  yang menyebut sekurang-kurang 50 remaja ‘terjebak’ sebagai penghisap rokok baru setiap hari  sama ada di Semenanjung, Sabah dan termasuk di daerah Sandakan semakin menjai-jadi 


Dalam  perkembangan terbaru ini  memberi petunjuk kepada semua pihak seperti ibu bapa, pihak berkuasa dan guru-guru agar segera bertindak membendung gejala  tersebut.

Lebih membimbangkan lagi  apabila tabiat merokok menjadi budaya yang dibanggakan  di kalangan remaja sehingga mereka tiada rasa bimbang untuk menyedut asap rokok di kawasan sekolah.
Persoalannya, sampai bila kita akan menjadi penonton kepada gejala tidak sihat ini, sedangkan tabiat tersebut jika tidak dibendung akan meninggalkan kesan negatif kepada pembentukan masyarakat sihat pada masa akan datang.
Sampai bila juga kita mahu mengiktiraf remaja sebagai salah satu kumpulan penyumbang utama kepada pembaziran lebih RM8 juta sehari daripada tabiat merokok itu marilah kita sama-sama renungkan dan sama-sama  kita fikrkan untuk membanteras gejala merokok ini  agar tidak berterusan  yang melibat secara langsung sama ada golongan  ramaja lelaki  dan juga perempuan yang masih belajar.
Ada sesetangah remaja lelaki dan perempuan  khususnya pelajar merokok bila kita tegur apa jawabnya kamu ini penyibuk  betul bapa emak sayapun tak melarang malahan dibelikan lagi kami  rokok....bagus...bagus ini ajaran orang tua kamu.....bagus-bagus teruskan kalau boleh sehari 10 bungkus sihatlah  kamu jadinya.




No comments:

Post a Comment