Monday..November 18,2013-11-18
Witten by Admin
OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:- Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah
Sandakan Noraini Sulong (gambar) amat tertarik dengan tulisan yang disampaikan
oleh Sub-Editor Free Sandakan Today Shaimon S Jumadi bertajuk” Gejala Merokok
Pelajar Kenapa Guru Jadi Sasarannya Ini Salah Siapa” bertarikh pada 17 November
2013 satu pandangan yang cukup baik
“Saya sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan memandang serius terhadap
gejala yang kurang sihat imi terutama sekali yang melibatkan remaja lelaki dan
perempuan yang masih di bangku sekolah
lagi” ujarnya
Dalam konteks ini Noraini agak kecewa sedikit kerana guru-guru sering jadi sasaran dan
dipersalahkan akibat perbuatan jahil
para pelajar terbabit
“Kita kena nilai dahulu peranan kita sebagai anggota
masyarakat, peranan kita sebagai ibu-bapa, melihat dan memantau perkembangan
anak-anak kita, generasi muda kita yang diibaratkan sebagai kain putih,
ibu-bapalah yang akan mencorakkan warna kehidupan anak-anaknya” Tambahnya.
Sebagai badan NGO khususnya PEMADAM kami akan membantu kepada kerajaan khususnya di sekolah-sekolah yang terlibat dengan gejala seumpama ini melalui program-program kami seperti mengadakan ceramah-ceramah, dialog-dialog dengan para ibubapa, pelajar dan guru-guru dan seminar-seminar yang berkaitan dengan tabiat merokok di kalangan pelajar
Sebagai badan NGO khususnya PEMADAM kami akan membantu kepada kerajaan khususnya di sekolah-sekolah yang terlibat dengan gejala seumpama ini melalui program-program kami seperti mengadakan ceramah-ceramah, dialog-dialog dengan para ibubapa, pelajar dan guru-guru dan seminar-seminar yang berkaitan dengan tabiat merokok di kalangan pelajar
“Saya faham fenomena
ini ada segelintir masyarakat
menyalahkan pihak kerajaan terutama sekali pihak Kementerian Pelajaran ini
tidak betul anggapan sebegeni lagipun pihak kerajaan telah bersusah paya
mengadakan pelbagai program untuk menyedarkan golongan pelajar tetapi masih
tidak berhasil” jelas Noraini.
Noraini berkeyakin
melalui program-program seperti yang dijelaskan tadi akan sedikit sebanyak akan
membawa kesan positif di kalangan pelajar yang sudah ketagihan ataupun yang
belum terjeba
“Insya Allah saya akan memanggil semua jawatankuasa Biro
PEMADAM untuk merumuskan mengenai aktiviti-aktiiviti kami tentang gejala merokok di kalangan pelajar selewatnya
pertengahan Januari depan” terangnya.
Kata Noraini lagi
Seminar Anti Merokok Dikalangan Pelajar sasaran utama yang menjadi tetamu pada majlis itu nanti ialah pelajar itu
sendiri, para ibubapa dan juga guru-guru.
No comments:
Post a Comment