Friday, 15 November 2013

MUSA DIMINTA GUNA KUASA EKSEKUTIFNYA HALANG IBRAHIM ALI MASUK KE SABAH


Friday  November 15, 2013
Written By Admin
"OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
KOTA KINABALU: Niat dan hasrat Presiden Perkasa, Ibrahim Ali akan pergi ke Sabah pada 23 November untuk merasmikan satu forum khas anjuran Perkasa Sabah mungkin tidak kesampaian

Kedatangan beliau  memang tidak disenangi oleh rata-rata warga Sabah dan mereka bercadang untuk menghalangnya melalui menghantar surat bantahan kepada kerajaan Sabah dan melalui wakil rakyat di kawasan mereka.
Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau, Paul Kadau menggesa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menggunakan kuasa eksekutifnya.

“Ini adalah untuk memastikan keselamatan, perpaduan dan keharmonian semua bangsa di Sabah, kerana orang ini suka menghasut antara satu sama lain yang dia (Ali) paling dibencinya ialah kaum cina dan India di negara ini ” katanya.
Katanya lagi, sikap kurang sensitif Ibrahim ketika membangkitkan isu kalimah ‘Allah’ dan tidak setuju penggunaan kalimah itu digunakan dalam alkitab menjadi sebab kenapa beliau harus diharamkan datang ke Sabah.
Paul juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sabah dan pihak polis agar menahan Ibrahim berhubung satu laporan polis yang dibuat berasingan oleh beliau dan seorang individu lain.
“Kami tidak mahu beliau datang ke Sabah dan mengajar anak-anak kami dengan budaya benci membenci,” tegas beliau
Kata Micha lagi   lagi Rakyat Sabah yang  sempat ditemui juga memberikan nada yang sama tidak setuju dengan kedatangan Ibrahim Ali yang pernah akan mengujudkan hura hara kerana niatnya mahu membakar gereja
Rakyat Sabah sudah sepakat tidak akan membenarkan Ibrahim Ali masuk keSabah sebab takut orang ini akan menghasut fikiran orang-orang Sabah jadi songsang.
“Musa Aman sila senarai hitam Ibrahim Ali masuk ke Sabah kerana beliau pencetus kerosakan perpaduan rakyat,”kata Micha Scarlet
Lawrence Kijun pula berkata, “Jangan biarkan orang yang membangkitkan isu perkauman di Borneo”.
Razmizal pula menambah, “Bila masa Perkasa bertapak di Sabah?”
Musa Aman pernah menggunakan kuasanya untuk menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar daripada menghadiri satu sambutan Tadau Kaamatan di Penampang pada Mei lepas.
Ibrahim dikenali kerana lantang bersuara tanpa menghormati sensiviti agama dan budaya rakyat lain dia punya niat tiada lain suka menimbulkan pergadohan suka menghasut suka memaki bangsa Cina dan India kalau bercakap tanpa memikirkan apa risiko dan impaknya

No comments:

Post a Comment