Friday, 15 November 2013

PKR SABAH DITIMPA MALANG LAGI 90 PERATUS PEMIMPIN KANAN PARTI KELUAR PARTI


Friday 15 November 2013

Written by Admin
Oleh: Charles P Andiang


KOTA KINABALU:- Mungkin juga ada kebenarannya ramalam Ketua Menteri Sabah yang juga selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Musa Hj Aman masa terdekat ini ramai lagi para pemimpin Parti KeADILan Rakyat (PKR)  Sabah akan mengikut jejak dua wakil rakyatnya yang keluar dari parti PKR dua minggu lalu dan ini telah menjadi satu realiti.

Ekoran dua wakil rakyatnya keluar dari parti itu  sekali lagi parti itu ditimpa malang apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK)  PKR Cabang Koata Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu kelmarin

Tindakan itu yang disertai dengan langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut Soloh Yuna.

“Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.
“Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang  Kota Belud kehilangan arah tujuan.
(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan ‘hidup segan mati tak mahu,” katanya.Menurut Soloh, mereka perlu membuat keputusan tepat mengenai hala tuju perjuangan politik masa depan mereka memandangkan PKR cabang itu semakin lesu dan tidak bermaya.
Dalam kenyataan itu juga bekas AJK PKR berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad yang keluar dari PKR baru-baru ini dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.

Jumaat lalu, Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan turut mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota PKR kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan PKR negeri Sabah.

Wartawan Free Sandkan Today difahamkan senario politik yang telah menimpa PKR Sabah ekoran daripada perlantikan Datuk Lajim Hj Okin sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri PKR yang kurang disenangi oleh para pemimpim PKR sama ada diperingat akar umbi mahupun  cabang termasuk rantingnya menolak Lajim.

Mereka mahu juga Mohd Thamrin Hj Jaini yang memimpin PKR negeri tetapi pucuk pimpinan PKR Pusat menukarnya.


No comments:

Post a Comment