Monday, 18 November 2013

TAK HISAB ROKOK TAK BOLEH BELAJAR DAKWA PELAJAR



ISNIN...NOVEMBER 18,2013
Written by Admin

DARI MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI (SSJ)
 









KITA kembali lagi membicarakan mengenai gejala merokok di kalangan pelajar sama ada lelaki dan perempuan yang susah nak diperkatakan lagi keadaannya semakin para  dan memang sukar untuk dibendung.

Pengalaman  saya seminggu melepak di hadapan sekolah-sekolah menengah sekitar   kawasan daerah Sandakan  ini mengiyap  kebimbangan orang ramai tentang budaya merokok di kalangan pelajar yang dikatakan berleluasa.

Perkataan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi  Wartawan melihat senario itu ialah ‘ agak pelik saya terpaksa menyamar sebagai seorang gembel  dan tidak mengenalkan  diri saya sebagai seorang Wartawan demi memudahkan mendekati mereka.


Memang  agak pelik apabila melihat pelajar-pelajar lengkap dengan uniform selamba menghisap rokok seolah-olah perbuatan itu tidak salah. Kebanyakannya tertumpu di bawah wisma MPS Bandar  selalunya pada hari Jumaat kerana mereka balik awal.
 
Dengan sebatang rokok setiap seorang atau berkongsi sesama mereka, merokok menjadi tabiat yang amat dibanggakan. Tabiat itu juga seolah-olah perkara wajib yang dilakukan setiap pelajar.
Saya  tercegat seawal 7 pagi dan meninjau gelagat pelajar menghisap rokok sebelum memulakan kelas.

Ada yang mula menyalakan puntung rokok sebaik sahaja turun bas, ada juga semasa menunggang motosikal, malah ada yang berbuat demikian selepas bersalaman dengan ibu bapa yang menurunkan mereka di sekolah.

Saya coba  mendekati para pelajar dan bertanya sendiri punca mereka terjebak menghisap rokok di usia muda itu rata-rata apa jawab mereka merokok menyeronokan banyak ilham dan mudah belajar.

Semuanya mempunyai alasan yang sama iaitu mahu kelihatan lebih dewasa sambil menjelaskan cikgu kamipun merokok juga.

Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Bob tersenyum ditanya kenapa dia merokok. Memang dah biasa macam ini bang. Kalau hisap rokok baru orang nampak macho orang nampak besar dan matang senang dapat cewek juga katanya selamba.

Persoalan  saya  tidak terhenti di situ. Meneruskan pertanyaan demi pertanyaan kerana rasa ingin tahu sehingga melampaui rahsia mereka yang sebenarnya.

Rasa terkejut apabila saya  diberitahu mereka tetap meneruskan aktiviti merokok semasa waktu persekolahan.
Kata Bob, biasanya, perokok-perokok remaja sudah mengenal pasti lokasi selamat di dalam kawasan sekolah untuk merokok.

Masanya ialah pada waktu rehat. Bagi perokok tegar, mereka boleh saja menghisap rokok pada bila-bila masa asalkan hajat melepaskan gian tercapai.

Kita memang kaki hisap rokok. pantang ada masa terluang atau semasa rehat, mesti hisap rokok di tandas atau belakang setor sukan di tepi padang.

Kalau kena tangkap biasanya akan dirotan saja. Bagaimana hendak suruh kita tidak merokok jika cikgu sendiri hisap rokok, ujarnya.

Saya telah  mengambil keputusan untuk terus berada di sekitar kawasan sekolah pada waktu tengah harim walaupun ada beberapa orang guru mencurigai kehadiran saya yang memakai pakai seperti gombal kain atau bahasa jawanyanya kelebus .

Salah seorang tukang kebun sekolah itu keturunan Jawa saya cakap dialek Jawa (Dengan  Izin) aku  nengkeneh herap kepetuk karuh boca-boca sing merokok itu  kulo harep takon enak kah wong merokok  (ertinya) Saya kemari  hendak berjumpa dengan  budak-budak yang merokok  itu sedap kah orang merokok”

Sekali lagi  saya  terkejut apabila pelajar-pelajar tidak segan silu mengeluarkan kotak rokok dan menyalakan rokok sejurus keluar dari pagar sekolah.

Malah lebih menyedihkan, pemerhatian  saya  mendapati ada antara peniaga di luar sekolah turut menjual rokok kepada pelajar-pelajar.
Kerjasama para peniaga menjual rokok kepada pelajar dilihat membantu gejala itu berkembang.

Para peniaga itu tidak memikirkan bahaya kepada remaja sebaliknya mementingkan untung semata-mata.

Tanpa tindakan atau penguatkuasaan yang tegas untuk menghentikan ketagihan merokok kalangan pelajar, ia akan terus menjadi budaya yang merosakkan golongan tersebut.
Jumlah perokok baru di kalangan pelajar akan bertambah selagi tanggapan merokok lambang kematangan tidak diperbetulkan.



No comments:

Post a Comment