Written by Admin
Sunday November 17, 2013
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
Sehari mahu juga 2 bungkus duit untuk jajan sekolah habis beli rokok
GEJALA merokok di kalangan pelajar guru-guru yang sering jadi sasaran utama dan dipersalahkan kenapa dan mengapa? tolong jawab jangan tak jawab mesti jawab
Tetapi nilai dahulu peranan kita sebagai anggota masyarakat, peranan kita sebagai ibu-bapa, melihat dan memantau perkembangan anak-anak kita, generasi muda kita yang diibaratkan sebagai kain putih, ibu-bapalah yang akan mencorakkan warna kehidupan anak-anaknya.
Aku cukup kecewa dengan segelintir pihak yang menghantar email dan gambar pelajar sekolah merokok dan menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran, kerana berleluasa kegiatan pelajar sekolah merokok di khalayak ramai. Lebih menyedihkan, kini wujud pula trend baru, pelajar perempuan malah ada yang bertudung sudah tidak segan silu merokok di tempat awam.
Aku tak nampak salah pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran dalam hal
ini. Apa yang terjadi di luar batas kuasa pihak sekolah kerana yang berlaku
kebanyakan sekarang ini, berlaku di luar sekolah.
Mantan Menteri
Pelajaran, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein pernah berkata dulu walaupun peratusan pelajar sekolah rendah dan
menengah yang dikenal pasti merokok di dalam kawasan sekolah adalah kecil,
iaitu hanya 0.0009 peratus daripada jumlah pelajar di sekolah negara, namun
kementerian tetap memandang serius dan telah mengambil langkah bagi menangani
masalah tersebut.
Walaupun begitu, satu kajian harus dilaksanakan, mengapa pelajar merokok? Dato' Sri Hisham juga menyifatkan pengaruh persekitaran dari kalangan ahli keluarga yang lebih dewasa menghisap rokok adalah faktor utama yang dikenal pasti punca remaja merokok. Perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba.
Selain pengaruh persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan keinginan untuk diiktiraf sebagai individu yang telah dewasa khususnya di kalangan golongan awal remaja adalah faktor yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam salah laku ini.
Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak semua sekolah-sekolah yang ada di daerah sandakan ini menyokong penuh tindakan kerajaan nterutamanya Kementerian Pelajaran menguatkuasakan tindakan terhadap pelajar yang disabitkan kesalahan merokok, memantapkan pengurusan disiplin pelajar, mengadakan kempen anti merokok dan pihak pihak PIBG sekolah harus juga berganding bahu memainkan peranan dalam menjayakan kempen-kempen ini, kerana pelajar-pelajar di sekolah itu adalah anak-anak kita juga.
Cegah dari awal, kerana kebanyakan penagih dadah berpunca dari rokok. Cegah dari parah, insya-Allah dengan langkah awal yang kita laksanakan, akan menjadikan pelajar-pelajar kita, pelajar yang berkualiti cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya-Allah.

Dalam perkambangan yang berkaitan dengan rokok sebagai langkah
permulaan untuk gian dadah saya sebagai Pegawai Akhbar pri badi kepada Puan Noraini Sulung Pengerusi Biro Hal Ehwal Wani PEMADAM daerah Sandakan
saya telah dimaklumkan sebentar tadi
bahawa satu Seminar Anti Merokok khususnya kepada pelajar sekolah akan diadakan
pada pertengahan Disember ini anjuran Biro PEMADAM
No comments:
Post a Comment