Saturday, 16 November 2013

Sarawak akan tambah kaunselor majlis tempatan

By Admin  | November 16, 2013
Pindaan akan dilakukan bagi meluluskan kuota kaunselor yang berkhidmat di sesebuah majlis tempatan daripada 25 orang kepada 30 orang, kata Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
 



















KUCHING: Jumlah kaunselor yang berkhidmat dengan majlis tempatan di Sarawak  akan ditambah dalam usaha memperkasakan lagi perkhidmatan kepada masyarakat, kata Ketua Menteri Tan Sri  Abdul Taib Mahmud.
Beliau  berkata, pindaan akan dilakukan bagi meluluskan kuota kaunselor yang  berkhidmat di sesebuah majlis tempatan daripada 25 orang kepada 30 orang.
Menurutnya, penambahan kuota itu adalah bagi menambah bilangan kaunselor yang sedia ada.
“Penambahan ini juga akan memberi peluang kepada golongan muda untuk dilantik menjadi kaunselor,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Seminar Ke Arah Bandar Raya dan Bandar Bertenaga Dari Aspek Sosiobudaya di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.
Katanya, golongan generasi muda juga perlu diberi peluang dilantik sebagai kaunselor agar mereka dapat memberi pandangan dan idea bernas dalam program pembangunan setempat.
“Kita sememangnya tidak mahu pemilihan kaunselor dilakukan secara sesuka hati kerana akhirnya boleh membawa kerugian kepada masyarakat di kawasan-kawasan terbabit,” ujarnya.
Secara lantikan
Katanya, pelantikan kaunselor akan dilakukan secara lantikan seperti yang dilakukan sebelum ini.
“Kita tidak akan ubah cara yang diguna pakai sebelum ini bagi mengelak pelbagai perkara dan isi yang timbul,” jelasnya.
Katanya, sememangnya lantikan kaunselor harus diberi peluang penyertaan masyarakat setempat untuk bersama-sama dengan rakyat membangunkan kawasan terbabit.
“Mereka yang dilantik sebagai kaunselor benar-benar berkemampuan untuk membantu kerajaan membangunkan kawasan,” tambahnya.
Taib berkata, kerajaan sentiasa memberi peluang kepada mereka yang sememangnya layak diberi tugas sebagai kaunselor.
“Dengan ini perubahan besar akan berlaku di kawasan-kawasan masing-masing, justeru rakyat dapat memberi sokongan padu dalam melaksanakan pembangunan,” tambahnya.
Beliau juga yakin gandingan ahli-ahli majlis dan rakyat dapat memberi impak dalam mentransformasikan pembangunan kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum...fmt

No comments:

Post a Comment