Monday, 18 November 2013

JAINAB SARAN MAJIKAN DI SABAH AMBIL PEKERJA GOLONGAN OKU

 Monday...November 18,2013
Written by Admin

Oleh Charles P Andiang

KOTA KINABALU:-Menteri Pembangunan Masyarakat Hal Ehwal Penggtuna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid (gambar) menyarankan majikan di negeri ini agar turut menggaji orang kurang upaya (OKU) sebagai mengiktiraf peranan dalam masyarakat.
Katanya langkah itu secara tidak langsung turut membantu golongan itu untuk menaikan taraf kehidupan mereka selara untuk pertumbuhan ekonomi negara
“Sudah sampai masanya majikan harus mengambil mereka kerana pihak majikan perlu yakin golongan ini juga berdisiplin selain mempunyai kemahiran dan bakat mengikut kemampuan masing-masing,” katanya kepada pemberita sempena Karnival dan Sambutan Hari Orang Kurang Upaya di sini.
Jainab berkata walaupun golongan terbabit mempunyai beberapa kekurangan seperti tidak dapat melihat dan sebagainya, mereka masih boleh dilatih untuk berinteraksi dengan masyarakat.
Terdahulu ketika berucap, Jainab berkata menurut statistik Jabatan Kebajikan Am Sabah sebanyak 28,483 OKU berdaftar sehingga Oktober lepas.
“Dalam jumlah ini, ketidakupayaan masalah pembelajaran menunjukkan bilangan seramai 10,829, diikuti OKU fizikal (9,360), pendengaran (3,727), penglihatan (2,728), OKU pelbagai (1,058), mental (660) dan pertuturan (121),” katanya.

No comments:

Post a Comment