Saturday November 16,2013
Written by Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
LIBARAN:- Seramai 192
keluarga yang membabtikan 32 buah rumah di Kampung Tinusa 1 pada hari Isnin
depan pada 18 November ini rumah mereka akan diroboh oleh pihak Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) kerana ini adalah perintah Mahkamah.
Soal mati
atau hidup mereka itu bukan urusan
kerajaan dan pihak pemimpin kerajaan BN
tidak akan mengambil kisah mengenai masalah tersebut ini adalah dasar kerajaan Barisan Nasional
(BN) yang mengutamakan undang-undang daripada menjaga kebajikan penduduknya
Biarlah
mereka menderita kah mati kah sebab
mereka bikin rumah diatas tanah orang lain pada hari Isnin ini nanti adalah sebagai penentu nasib seramai 192 orang
yang membabitkan 32 buah rumah bakal diroboh oleh MPS dengan menggunakan Hitachi sama ada dalam rumah
itu ada orangnya kah atau tiada orang kah mereka juga akan
meneruskan meroboh soal nyawa itu
belakang kira dan jika mereka engkar
mereka akan menjadi mangsa dihujung senapang kerana pihak polis akan turut
berada disana nanti pada hari tersebut” Kata
beberapa penduduk yang enggan namanya disebut
Kami akur dengan perintah mahkamah dan kerajaan
untuk mengusir kami kata seorang penduduk yang namanya enggan disebutkan tetapi
kami merayu agar kami dicarikan tempat baru supaya kami boleh tinggal sedangkan
binatang anjing dan babi juga ada
kandangnya inikan pula kami manusia kami dilempar begeitu saja macam barang
buangan pemimpin kerajaan.
Kalau ini
memang dasar kerajaan Barisan Nasional berbuat
demikian kami terserah saja
biarlah para pemimpin politik di negara ini tahu bagaimana kami manusia
seramai 192 orang nanti bakal menderita seumur hidup di mana lagi kami mahu
beli barang-barang seperti kereta, TV Peti sejuk yang bakal turut dimusnahkan oleh pihak pemerintah sekiranya kami tidak berpindah
pada hari Isnin depan.
Memandangkan
tiada sesiapa yang mahu membela nasib malang mereka Ahli Parlimen (DAP)
Sandakan Stephen Wong atas jemputan
penduduk-penduduk terbabit telah menemui
para penduduk berkenaan petang tadi dan
mendengar segala rintihan yang menghayat hati.
Kata Wong
lagi walaupun Kampung Tinusa 1 bukan di dalam kawasannya namun sebagai
manusia dan seorang pemimpin turut simpati atas nasib
192 keluarga yang benar-benar bakal menderita namun tiada sesiapa daripada
pemimpin kerajaan yang mahu membela atau mambantu mereka yang ditimpa musibbah itu.
“Saya hanya
boleh membantu kepada mangsa-mangsa ini hanya sekadar merayu kepada pihak kerajaan
untuk memberi sedikit masa lagi bagi membongkar rumah-rumah mereka itupun kalau
kerajaan mahu dengar suara dari saya sebagai Ahli Parlimen” ujar Wong
Dalam aduan
yang diterima oleh Wong kebanyakan mereka yang tinggal di Kampung berkenaan ada
yang sudah hampir 50 tahun dan mereka
juga di kenakan bayaran cukai pintu pada saban tahun.
Apapun kata
Wong tiga orang pemilik tanah ini seperti yang disenaraikan
dalam surat perintah mahkamah iaitu
Sama’on bin Halid Mykad Nombor
440814-12-5339, Norayah Bt Ajarai Mykad No: 590205-12-5556 dan Faisyal bin
Basri Mykad No: 810205-12-5419 diminta tampil kedepan dan menemui para pemilik
untuk berbincang mengenai pampasan.
“Saya
percaya dengan adanya perbincangan dari hati kehati dengan penduduk
berkenaan sama ada pihak pemilik tanah
mahu membayar pampasan atau sebaliknya yang penting mereka bertiga harus berjumpa dengan saya dan
penduduk terbabit” ujar Wong.
Sepakara
lagi saya ingin jelaskan di mana bekalan air dan elektrik mereka sudahpun di
putuskan oleh Jabatan Air dan SESB dan sekarang mereka benar-benar tertekan
kehidupan mereka ini lebih baik daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang
tinggal di negeri ini bermacam-macam mendapat kemudahan yang disalurkan oleh
kerajaan berbanding orang tempatan terutama sekali pengundi mereka sendiri”
ujarnya.
No comments:
Post a Comment