Rabu November 13,2013
Written by Admin
Oleh: Azmi Azman
ROSAK.....Sudah 2 tahun tidak pernah diperbaiki boleh ternak ikan keli
SEMPORNA:- Kerosakan jalan di hadapan Terminal Bus Dyana Semporna walaupun sudah dilaporkan kepada pihak-pihak yang berkenaan sama ada Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Semporna (MDS) termasuk Wakil Rakyat Kawasan Sulabayan sehingga kini belum lagi diperbaiki.
Adik kepada pemilik Syarikat Pengangkutan Dyana Sdn Bhd yang tidak mahu disebut namanya memberi tahu kepada Free Sandakan Today pagi tadi antara lain menjelaskan masalah kerosakan jalan di depan terminal tersebut sudah hampir tiga tahun dan dua kali telah dilaporkan ke media portal Sabahkini.net pada tanhun 2012-2013 tetapi tiada siapa yang mahu ambil peduli mengenai masalah ini.
"Saya pernah mengadu hal ini kepada pihak MDS dan pejabat Daerah Semporna tetapi salah seorang pegawai mereka memberi tahu kerosakan jalan-jalan di seluruh pekan adalah di bawah selia syarikat konsisi kerajaan yang dilantik iaitu Globinaco atau Kekal Mewah Sdn Bhd yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja menyenggelaraan jalan-jalan yang dimaksudkan: ujarnya
Selanjutnya beliau merayu kepada ADUN Sulayan Datuk Jaujan Sambakong sekiranya terbaca berita yang tersiar di portal ini agar dapat mengarahkan mana-mana jabatan yang ada hubung kait mengenai penyenggelaraan kerosakan jalan tersebut.
No comments:
Post a Comment