Khamis November 14,2013
Written by Admin
SEKONG:-
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya menyeru kepada
ibu bapa mahupun penjaga supaya sentiasa mengutamakan pendidikan
anak-anak kerana pelajar yang cemerlang adalah aset utama ke arah pembangunan
Negara.
Para ibu
bapa juga dinasihatkan agar tidak menjadikan alasan
atau faktor kurang kemampuan bagi
menampung kos pengajian di sekolah sebagai penghalang kepada anak-anak untuk
meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi.
“Kerajaan
dan agensinya serta pihak swasta sentiasa berusaha menawarkan bantuan kepada
mereka yang layak, menerusi tawaran biasiswa atau kaedah lain yang difikirkan
sesuai.
“Diharapkan
gandingan di antara warga sekolah iaitu guru-guru dan ibu bapa supaya berusaha
sedaya upaya untuk terus mencipta kecemerlangan.
Jelas
Samsudin ini membuktikan bahawa sekolah ini suatu hari kelak adalah sebuah
sekolah yang juga boleh menjadi megah dengan kejayaan demi kejayaan standing
dengan sekolah ternama yang lain.
Beliau
berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
SK Sagaliud dan penyampaian Komputer 1 Malaysia di Batu Sapi, Sandakan di sini
kelmarin.
ALBUM KENANGAN ....Samsudin bergambar bersama murid yang menerima komuter 1 Malaysia
Samsudin
yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi
menjelaskan pada pembentangan
Bajet 2014 baru-baru lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
beliau ada mengumumkan bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan
menengah sebanyak RM100, akan diteruskan. Sebanyak RM540 juta disediakan yang
dapat memanfaatkan kira-kira 5.4 juta pelajar.
Menurut
Samsudin lagi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang teah diberi mandate
oleh rakyat amat perihatin dan menitikberatkan tentang pendidikan awal anak-anak kerana
tempoh ini amat kritikal dalam menentukan proses tumbesaran fizikal dan minda
yang terbaik.
Sehubungan
itu Samsudin menambah ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam usaha
melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang bakal menerajui pembangunan dan
kepimpinan negara pada masa hadapan.
“Ibu bapa
dan guru turut menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah sekolah di samping
sokongan masyarakat setempat.
Sehubungan
itu beliau berkata, kedua-dua pihak berkenaan perlu lebih aktif dan memainkan
peranan dalam setiap aktiviti persekolahan anak-anak mereka.
”
No comments:
Post a Comment