Friday 8 November 2013

Polis berkas lima suspek, rampas dadah, wang tunai, kereta mewah dan pistol


Friday 08 November 2013

Written by Admin
OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
 
Hamza (tengah) dengan dadah dan wang Ringgit yang dirampas oleh suspek-suspek dalam serbuan pada petang Rabu.





KOTA KINABALU: Lima lelaki  yang memiliki dadah jenis syabu bernilai RM1 juta dan wang tunai RM465,000 serta memiliki senjata api  sepucuk pistol   telah  berkas dan barang-barang mereka turut  dirampas dalam serbuan polis di salah sebuah bengkel kenderan di Inanam dekati sini petang semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam serbuan pukul 3 petang di premis dua tingkat di Lorong Mangga 1, BDC Industrial Estate, Jalan Kolombong itu polis turut merampas lapan kereta mewah yang dipercayai hasil jualan dadah.
Kesemua suspek rakyat tempatan berusia antara 28 dan 41 tahun itu diberkas di premis berkenaan dan tiga daripada mereka turut positif dadah, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Hamza berkata polis percaya suspek merupakan anggota sindiket dadah tempatan yang menerima bekalan dari luar negara.
“Dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya.
Mengulas serbuan itu, Hamza berkata polis terpaksa memecahkan pintu masuk utama premis selepas penghuni di dalamnya enggan membuka pintu apabila diminta berbuat demikian oleh polis.
Kesemua dadah terbabit ditemui di dalam bungkusan plastik dan juga karung kanvas di tingkat atas dan bawah premis, manakala pistol itu bersama 12 butir peluru getah ditemui ketika pemeriksaan di sebuah bilik di tingkat atas yang turut menempatkan sebuah peti simpanan mengandungi wang tunai RM465,000, katanya.
Semua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Katanya dengan kes terkini itu, jumlah dadah jenis syabu yang Berjaya dirampas oleh polis Sabah setakat ini ialah 87.763 kg.

 

No comments:

Post a Comment