Friday 8 November 2013

BANGUNAN RUNTUH SEORANG PEKERJA BINAAN MAUT



FRIDAY 08 NOVEMBER 2013
Written by Admin

OLEH: SHAIMON S  JUMADI

SANDAKAN: Sebuah bangunan kedai dua tingkat  yang masih dalam pembinaan di IJM KM 8.7 Jalan Labuk dekat sini runtuh telah mengakibatkan seorang pekerja binaan maut ditempat kejadian malam tadi
Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong (gambar) berkata mangsa dikenali sebagai Mustafa Mustamin, 20, seorang pendawai elektrik.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.45 petang dan diklafikasikan sebagai kemalangan.
Mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.
“Mengikut laporan yang diterima, mangsa berada di atas bangunan kedai tersebut sebelum runtuhan berlaku dan kehilangan mangsa hanya disedari sepupunya.
“Kehilangan mangsa disedari pada pukul 8 malam dan memaklumkannya kepada pihak bomba dan penyelamat,” katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin berkata pihaknya yang menghantar 19 anggota bersama dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit pada pukul 10.04 malam dan berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 10.23 malam.

 

No comments:

Post a Comment