Thursday, 14 November 2013

PENONTON 80 PERATUS TIDAK PUAS HATI AZHAEL MASUK AKHIR AF2013



Written by Abang Nara

 Thursday  November 14th, 2013

 

RAMAI di kalangan penonton setia Akademi Fantasia  (AF2013)  di tanah iair ini rasa tidak puas hati dengan keputusan  Undian AF Masuk  yang memilih Azhael  kan bertanding di Konser Akhir.



Abang Nara memang tak layan Akademi Fantasia 2013 (AF2013). Namun Abang Nara mengikuti perkembangan rancangan realiti ini secara online. Agak kecewa juga diri ini dibuatnya apabila pengumuman mengenai AFMASUK dilakukan. Bukan apa, katanya AF2013 serba baharu, lebih kejutan dan lain daripada AF sebelum ini. Nampak gaya AF2013 masih sama seperti AF AF yang sebelum ini.



Satu lagi Abang Nara macam tak senang hati dua orang juri iaitu Syarifah Amani selalu bercakap  English macam menunjuk-nunjuk dan kedua Roslan Aziz mulutnya terlalu celupar kalau bercakap mengeluar kata-kata main tangkap muat saja dia tak  terfikir perasaan orang pernah dia marah mengeluarkan perkataan bodoh.



Saya mahu tanya kata Abang Nara kenapa pihak penganjur AF suka memilih atau melantik orang-orang menjadi juri yang mulut becok/celupar seperti Fauziah Ahmad Daud, Roslan Aziz dan Hattan kenapa tak cari juri seperti Era Fazirah, Ziana Zain, dan datuk Khatijah Ibrahim mulut-mulut becok juga yang mereka utamakan, mereka ini menjadi juri macam kurang pendidikan saja cakap  main lepas saja  sehingga menyinggung perasaan orang lain boleh juga mereka ini dikatakan biadap langsung tidak bersopan atau tidak beradap.
 

 
 CELUPAR...Ini dua orang juri AF mulut celupar Roslan Aziz dan Fauziah Ahmad Daud

Temberang...Sharifah Amani Juri jarang-jarang cakap bahasa Melayu English saja hebat  kah dia

No comments:

Post a Comment