Friday, 15 November 2013

14 AJK WANITA UMNO KALABAKAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN....GHAPUR


Friday 15 November 2013 7.45 am

Written by Admin

Add caption








OLEH: SHAIMON S JUMADI



TAWAU:- Seramai  14  Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kalabakan yang telah melepaskan jawatan mereka pada 15 Oktober lalu ekoran kekalahan penyandang Ketua Wanita Datuk Hamisah Samat mereka yang terbabit berbuat demikian  akan diambil tindakan tatatertip olehJawatankuasa Disiplin parti kerana mereka dianggap  mencemarkan nama baik UMNO.

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Umno Kalabakan berpendapat mereka yang terbabit perlu dihadapkan ke jawatankuasa disiplin demi kebaikan parti.


“Umno Kalabakan akan mengemukakan perkara ini kepada jawatankuasa disiplin parti. Semua yang terlibat perlu dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin untuk tindakan lanjut,” katanya kepada wartawan  sebelum memulakan mesyuarat kali pertama Umno bahagian itu di sini, kelmarin.

Sebelum ini dilaporkan mesyuarat khas pemilihan Wanita Umno Kalabakan akan diadakan Sabtu ini bagi mengisi 14 kekosongan anggota jawatankuasanya.

Ghapur berkata mesyuarat pada Sabtu ini akan diadakan di SK Kukusan di sini bermula pukul 8  pagi dan pemilihan itu tidak perlu diragukan kerana ia adalah sah.

“Ahli wanita dinasihatkan agar hadir pada mesyuarat Sabtu ini bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan termasuk tindakan disiplin,” katanya.

Justeru itu, katanya, badan perhubungan Umno negeri dan jawatankuasa pemilihan Umno negeri diminta memantau perjalanan pemilihan itu.

Wanita Umno Kalabakan menjadi tumpuan apabila 14 AJK pergerakan itu meletak jawatan beberapa hari selepas pemilihan atas alasan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu  di mana Naib Ketuanya Cahaya Sulaiman  dalam pemilihan tersebut menang menewaskan Datuk Hamisa Samat






No comments:

Post a Comment