Written by Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
.jpg)
“Kita tidak
mahu apabila mereka menang semula, tetapi tidak puas hati, mereka akan
letak jawatan lagi sebagai tanda protes,” katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan bantuan peralatan dan perikanan kepada 100 anggota Pemuda dan
Puteri Umno di sini hari.
Ghapur, yang
juga anggota Parlimen Kalabakan, berkata ada cara yang betul untuk
melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan
bukan dengan meletak jawatan selepas diisytihar menang sesuatu jawatan.
Anggota Wanita
bahagian itu meletak jawatan tiga hari selepas pemilihan sayap diadakan
kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan di bahagian itu mereka mendakwa ada unsur-unsur penipuan berlaku semasa pemilihan dijalankan.
No comments:
Post a Comment