
Sunday...November 03-2013
Written
by Admin
| 
DARI MEJA
    PENGARANG 
SHAIMON
    S JUMADI | 
 PENGAMBILAN  pengawal Keselamatan (Security Guard)  yang paling baik dan sesuai mereka  adalah mantan Tentera dan Polis yang berpecen
muda sebab mereka mempunyai pengalaman dan arif tentang  undang-undang
PENGAMBILAN  pengawal Keselamatan (Security Guard)  yang paling baik dan sesuai mereka  adalah mantan Tentera dan Polis yang berpecen
muda sebab mereka mempunyai pengalaman dan arif tentang  undang-undang 
Inilah
sewajarnya yang perlu  dilakukan dan dipraktikan oleh syarikat-syarikat pengawal
keselamatan yang  sedia ada di dalam
negara ini dan bukannya  menawarkan
khidmat kepada individu-individu yang tidak jelas identitinya  atau mempelawa semberono saja.
Tragedy
yang menimpa dan berlaku di AM Bank sehingga sanggup membunuh seorang  pegawai wanita  bank berkenaan  yang ketika itu hendak memasukan wang tunai
sejumlah RM450 ribu  kemudian dirompak
oleh seorang pengawal yang ditugaskan di dalam bank berkenaan.
Dalam
siasatan polis mendapati  suspek  memiliki Mykad yang beralamatkan di Tawau
namun sebaliknya  tidak ujud  alamat 
tersebut ini hanya direka-reka sahaja.
Selepas
insiden yan menimpa Am Bank selang beberapa hari menyusul pula  satu lagi berlaku  rompakan  kedai emas ini juga membabitkan pengawal
keselamatan  orang asing.
Dalam
hal sebegini sepatutnya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerap mengadakan
pemeriksaan keatas syarikat-syarikat pengawal keselamatan   untuk
mempastikan semua pengawal keselamatan 
yang berkhidmat itu adalah benar-benar orang tempatan yang mempunyai
mykad tulen  bukan kad pengenalan projek.
Semasa
ditemuduga pegawai yang menemuduga  mereka 
harus meneliti pendengaran percakapan dari segi dialeg terutama sekali
sebutan satu-satu perkataan contohnya kalau seseorang itu dari Sabah kononya
kalau menyebut gambar jadi gambal, pasar jadi pasal Semporna jadinya Sempulna
ini jelas mereka adalah berasal dari negara Filipina  sendaianya mereka itu  berbangsa Suluk atau Bajau  memang dilahirkan di Sabah sudah semestinya
pertuturan dan loghat mereka tidak pelat bila menyebut setiap perkataan.
Sama
juga rakyat dari Indonesia  walaupun
mereka mempunyai mykad kononnya dilahirkan di Tawau kalau menyebut ikan jadi
ikang,  Sandakan jadi Sandakang sudah
pastinya mereka ini bukan lahir di Sabah.
Satu
lagi perkara yang perlu saya dedahkan kalau seseorang itu hendak menjadi
pengawal keselamatan suruh mereka membaca ikrar Rukun Negara dan menyanyikan
lagu Negaraku  kalau mereka ini memang
fasih  dan boleh berbuat demikian sah
memang mereka itu rakyat Malaysia.
Sebagai
pendekatan ramai juga syarikat-syarikat keselamatan gemar mengambil orang-orang
Nepal, Bangladesh, Myanmar dan India kenapa mereka suka menggunakan orang asing
sebab mereka tidak dikenakan pemotongan gaji untuk caruman KWSP, Socso
(PERKESO) dan Insurans  gajipun agak
murah berbanding dengan pekerja tempatan.
Wajah sebenar yang membunuh pegawai Bank berkenaan
Ini wajah pemilik Syarikat Keselamatan yang terlibat dengan kes pembunuhan pegawai bank berkenaan
 


 
No comments:
Post a Comment