Tuesday 12 November 2013

VK LIEW KALAH LAGI MAHKAMAH PERINTAH BAYAR RM20,000 KEPADA MP SANDAKAN



 Written by Admin
Tuesday November 12-2013

 OLEH: SHAIMON S JUMADI


KUALA LUMPUR:- Seorang penyokong kuat Datuk Liew Vui Keong Lee Chiew Fah yang menfailkan petisyennya untuk mendakwa  sekali lagi terhadap Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt di Mahkamah Persekutuan Puterajaya  kelmarin  kerana rasa tidak puas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Sandakan yang mengistiharkan Wong menang dalam kes tersebut.

Lima orang Hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan yang menghakimkan  kes tersebut  telah menolak rayuan Lee dan membatalkan serta mesrta petisyennya dan ini bermakna Stephen sekali lagi berjaya memenangi kes tersebut dan kekal sebagai Ahli Parlimen P186 Sandakan sehingga 2017 nanti.


Masyarakat cina khususnya para penyokong parti LDP  ramai yang turut mengutuk tindakan Lee Chiew Fah yang memandai-mandai untuk merujuk atau menfailkan petisyen untuk mendakwa Wong  dan memang sudah diramalkan dari awal-awal lagi Lee dan VK Liew sukar untuk memang dalam kes tersebut kerana sebelumnya Mahkamah Tinggi Sandakan sudah mengistiharkan kemenangan DAP.

Wong yang diwakili dua orang Peguambela dan Peguamcara seorang dari Sabah dan seorang lagi dari Semenanjung dan selanjutnya Mahkamah telah memerintah supaya  Lee membayar kos guaman kepada Stephen Wong sebanyak RM20,000.00


“Saya sekali lagi berterima kasih kepada semua pengundi di kawasan Sandakan kerana telah memberikan sokongan tidak berbeah bagi terhadap kepimpinan saya sebagai Ahli Parlimen Sandakan  yang berkhidmat untuk semua kaum dan masyarakat tanpa siapa mereka kita akan bantu apa yang terdaya dan patut” ujarnya.


Terjemahan 



No comments:

Post a Comment