By Admin
Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas memerlukan semua pihak - tidak kira ulama ataupun Erdogan - bagi memastikan kelangsungan parti tersebut.
Apabila dihubungi oleh FMT hari ini, Tuan Ibrahim mengatakan bahawa dia masih meneliti pencalonan yang diterimanya.
“Saya baru terima surat (pencalonan) dari pejabat…belum buat apa-apa keputusan lagi (untuk bertanding atau tidak).
“Saya akan buat keputusan dalam masa lima hingga enam hari lagi. Sekarang ini masih meneliti pencalonan tersebut,” katanya dalam perbualan telefon.
Apabila ditanya mengenai isu Ulama menentang Erdogan yang sering diputarkan menjelang pemilihan Pas, Tuan Ibrahim menyeru semua pihak untuk melihat kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas memerlukan semua pihak – tidak kira ulama ataupun Erdogan – bagi memastikan kelangsungan parti tersebut.
“Kita kena berlapang dada dengan perbezaan dan jangan terpalit dengan usaha untuk meruntuhkan parti.
“Gabungan kedua-dua golongan inilah yang menjadikan Pas sebuah parti yang kuat pada hari ini,” katanya lagi, sambil menambah bahawa perbezaan di dalam parti tidak semestinya dinilai sebagai satu keburukan.
Salahuddin juga dilihat masih berahsia dengan keputusan yang akan diambilnya.
Apabila dihubungi, beliau sekadar berkata keputusannya akan diberikan nanti.
“Saya akan buat press conference dalam satu dua hari lagi. Nanti akan beritahu pada semua. Tunggulah dulu,” katanya sambil tertawa kecil.
Seorang lagi calon, Husam, apabila dihubungi berkata bahawa beliau kini berada di luar negara atas tugas tertentu dan memerlukan masa untuk meneliti pencalonannya.
“Saya belum sempat melihat surat pencalonan. Saya memerlukan sedikit masa untuk meninjau maklum balas pelbagai peringkat parti sebelum membuat keputusan,” katanya melalui satu sistem pesanan ringkas.
Dua lagi calon, termasuk penyandangnya Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya II Pas Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah telah menyatakan kesediaan mereka untuk merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti tersebut dalam Muktamar Pas ke-59 yang bakal berlangsung dari 22-24 Nov. fmt
No comments:
Post a Comment