Saturday 9 November 2013

PIHAK KONTRAKTOR SEPATUTNYA MENGUTAMAKAN KESELAMATAN PEKERJANYA....WONG



 Sabtu 09 November 2013
 Written by Admi











BINCANG....Wong sedang berbincang dengan Lu mengenai insiden tersebut



OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:-  Seorang wireman Mustafa Mustamin 20  yang terbunuh di bangunan  dua tingkat yang masih dalam pembinaan di IJM Batu 6 Jalan Labuk dekat sini  baru-baru ini adalah pekerja  kepada Pemborong Asas Sdn Bhd.

Menurut Pengarah syarikat tersebut Lu Kim Yip  sebelum kejadian mangsa dikatakan berada  di bawah  bangunan  tidak semana-mana simen runtuh dari atas  dan  kemudian menghempap mangsa.

Para pekerja lainnya langsung tidak menyedari apa yang telah berlaku kepada mangsa terbabit setelah menyedari   kehilangan seorang pekerja  bila mana dikira oleh mandor binaan mendapati  kurang satu   barulah mereka bergegas mencari mangsa  rupa-rupanya  mangsa sudah meninggal dunia di bawah bangunan tersebut.


 TINJAU...Wong bersama Pegawai Khasnya meninjau ke tempat tragedy
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan rombongan yang telah dimaklumkan pergi ke tempat kejadian dan berjumpa dengan Luk Kim Yip dan menjelaskan degan terperinci mmengenai insiden tersebut.

Wong amat simpati keatas insiden tersebut sepatutnya pihak kontraktor  mengutamakan keselamatan para pekerjanya  agar tidak berlakunya seperti yang  telah menimpa mangsa.

Saya harap pihak kontraktor  agar dapat memberi pampasan dan membantu menguruskan tuntutan insurans sekiranya mangsa mempunyai insurans  demi  meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa berkenaan” ujar Wong.

Dalam insiden ini Wong turut marasa kecewa seperti yang telah dimaklumkan oleh Lu bahawa kejadian tersebut lebih kurang jam 4.50 petang  pihak Pasukan Perkhidmatan dan Penyelamat Bomba yang dimaklumkan mengenai tragedy tersebut sekali datang jam 8.00 malam.

“Saya mahu tanya dengan pihak Bomba kenapa begitu lewat dan lambat   sampai ke tempat kejadian mahu juga memakan masa hampir tiga (3) jam adakah ini system yang diguna pakai oleh  Jabatan Bomba melambat- lambatkan kalau hendak membantu mana-mana mangsa yang ditimpa kemalangan” Tanya Wong.
















No comments:

Post a Comment