Tuesday, 2 June 2015

DAP Sabah gesa kerajaan seimbang harga barang, pulih prestasi pelabuhan Sabah


OLEH MEDIA DAP




SANDAKAN:- Memandangkan harga barangan  tidak seragamkan  antara Sabah dan Semenanjung Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  hari ini  menggesa  Kerajaan persekutuan  supaya  menyeimbangkan harga barangan di Sabah dan Semenenanjung demi mempercepatkan pembangunan Sabah sekaligus berlaku adil dan mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat Sabah selama ini.

Saya melihat, walaupun Kerajaan persekutuan mengambil inisiatif untuk menyeragamkan harga barangan di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM1.25 billion dari tahun 2012 hingga 2015. Jelas apa yang diperhatikan, tidak wujud apa-apa perubahan dan ia membuktikan bahawa inisiatif penyeragaman harga barangan oleh kerajaan gagal mencapai matlamatnya.

Di Sabah, harga barangan lebih tinggi sebanyak 30 peratus dari Semenanjung Malaysia manakala pendapatan purata kita adalah lebih rendah sebanyak 30 peratus dari Semenanjung. Ia adalah sangat tidak adil ditambah  dengan perlaksanaan GST. Rakyat Sabah terpaksa bayar lebih walaupun pendapatan yang rendah.

Wong juga selaku Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata dalam perkara yang sama kerajaan harus mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Sabah kerana ekonomi Sabah kurang berdaya saing dan gagal untuk mempelbagaikan sektor ekonomi dan mempertingkatkan tahap industri.

Menurut statistik anggaran kerajaan negeri, sektor secondary iaitu sektor pembinaan, pengindustrian dan pembuatan hanya menyumbangan kepada KDNK sebanyak 10 peratus sahaja berbanding Selangor yang memiliki sekitar 50 peratus. Malahan, Sarawak pula mencatatkan sebanyak 30 peratus. Ia bermaksud, dengan pencapaian ekonomi yang tidak mapan, ia tidak akan dapat membantu golongan pekerja dan rakyat Sabah menambah pendapatan sekaligus membawa kemajuan kepada Sabah.

Tanpa sektor perindustrian yang berjaya, aktiviti ekonomi hanya akan bertumpu kepada golongan yang tertentu sahaja walaupun Sabah mempunyai kekayaan sumber asli, seperti sektor oil and gas, sektor kelapa sawit dan sektor pelancongan pada masa yang sama ia mampu menghasilkan peluang pekerjaan yang mencukupi.

Walaupun kerajaan negeri menentukan sasaran perindustrian melalui Pelan Pembangunan Koridor Sabah  tetapi prestasinya amat mengecewakan dan boleh dikatakan gagal.

Selain itu, polisi kabotaj yang dilaksanakan lebih 30 tahun merupakan antara punca penyumbang kepada kenaikan harga barangan dan terus memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ia juga dilihat sebagai melindungi syarikat-syarikat perkapalan yang bersifat monopoli yang mana menjadi punca ekonomi Sabah tidak berdaya saing.

Saya berasa hairan, walaupun lokasi Sabah lebih strategik berbanding negeri lain, prestasi pelabuhan kita amat mengecewakan.

Dalam RMK-11, kerajaan telah menyasarkan untuk meningkatkan prestasi Pelabuhan Klang dan tidak memberi keutamaan kepada pelabuhan Sabah. Ia mengakibatkan pelabuhan Sabah tidak berdaya saing.

Dalam hal berkaitan, sebelum ini kerajaan menerima cadangan untuk menaiktaraf Pelabuhan Sepanggar sebagai “Far East Hub” dan “Transshipment hub”, tetapi kesemua ini langsung juga tidak disebut dalam RMK-11. Ini sekali lagi membuktikan kerajaan telah berbohong kepada rakyat Sabah dan tidak lebih hanya ‘bermain wayang.’

Sekian.

No comments:

Post a Comment