Saturday, 27 June 2015

ADAKAH ARAHAN JABATAN PELAJARAN BAHAWA SEKOLAH MUBALIGH TIDAK DIBEARKAN MEMASANG LAMBANG SALIB ... TANYA WONG



OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Tindakan Guru-Guru dan Ahli PIBG yang meminta pihak sekolah untuk menurunkan lambang salib di Bangunan Sekokah Kebangsaan St Mary  Labuk di Sandakan sejarnya mereka dipatut berbuat   demikian.

Tindakan PIBG dan Guru-Guru sekolah berkenaan berbuat demikian ia boleh megguris hati dan perasaan  di kalangan  guru-guru dan ibubapa yang bukan Islam dimana  guru-guru  sedang mengajar dan anak-anak mereka berlajar di sekolah berkenaan.

SEKOLAH SK St Mary Labuk  sekolah paling tertua di Sandakan
 
Sebagai seorang bangsa Malaysia khususnya di Sabah yang cintakan keharmonian dan kedamaian  harus hormat menghormati keagama lain jangan  terlalu memendang rendah agama Kristian.

Adakah ini satu  arahan daripada Jabatan Pelajaran Malaysia di mana sekolah mission tidak dibenarkan ada lambang salib di bawah akta pendidikan 1961 dan akta pendidikan  1996 pindaan 2002 tidak menyebut bahawa sekolah mission tidak boleh memasang lambang salib.

“Saya mahu tanya kepada  ibubapa dan guru-guru serta ahli-ahli PIBG di mana  anak-anak mereka yang belajar di sekolah mission seperti  SK St Mary Labuk SK St Bandar SK St Mary Convent , SK St Monica SK St Gabral  SM Sung Siew  SM St Michael SM St Mary Sandakan dan SM St Cecelia  sudah berapa ramai  orang murid yang telah memeluk agama Kristian.

Setahu saya ramai anak-anak orang Islam berlajar di sekolah-sekolah mission berlambang salib tiada menimbulkan sebarang masalah kenapa perkara sensitive ini mahu ditimbulkan sehingga menjadi kemarahan di kalangan penganut Kristian.


 Ahli Parlimen Sandakan  (DAP) YB Stephen Wong berkata demikian kepada Wartawan Free Sandakan Today ketika diminta pandangan dan berpendapatnya berhubung isu sekolah  SK  St Mary Labuk yang jadi sasaran itu.

Seharusnyaa insiden penurunan lambang salib pada bangunan Sekolah Kebangsaan St Mary Labuk di Sandakan, yang diminta oleh guru dan anggota PIBG, tidak patut berlaku.


Beliau berharap guru yang terlibat menumpukan perhatian ke atas pengajaran, dan anggota PIBG fokus dengan usaha-usaha membantu sekolah, bukanlah menimbulkan isu keagamaan.


Menurut beliau, sejak 52 tahun kemerdekaan, negeri Sabah merupakan perintis konsep 1 Malaysia, tidak pernah berlaku kes seperti ini. 


Dalam berpuluh-puluh tahun ini, pelbagai kaum dan bangsa dalam negeri Sabah hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera, tetapi baru-baru ini berlakunya peristiwa guru dan anggota PIBG Sekolah Kebangsaan St Mary Labuk meminta untuk menanggalkan lambang salib pada bangunan sekolah, ini amat mengecewakan.


Wong berkata, sebelum ini Semenanjung kerap berlaku insiden keagamaan, kini gejala yang tidak sihat ini telah melanda negeri Sabah, ini merupakan kejadian yang tidak diingini.


Pada pendapat beliau, negara kita terutamanya Semenanjung sering berlaku krisis keagamaan, ini menunjukkan kerajaan tidak berkebolehan, hanya membiarkan golongan ekstrem menimbulkan masalah, ini amat bahaya. 


Baru-baru ini berlakunya kes “murid bukan Islam diarahkan meminum air di tandas sempena bulan Ramadan, jika tiada air maka minum air kencing sendiri”, sebelum ini ada lagi kes “sekumpulan orang protes di depan gereja, mendesak untuk menurunkan lambang salib”, tetapi kerajaan tiada mengambil tindakan yang lebih tegas untuk melarang perkara seperti ini berlaku.


Tambah beliau, jika kerajaan terus membiarkan golongan ekstrem berbuat demikian, keharmonian kaum dan bangsa negara Malaysia akan hancur dan lenyap.


Wong menekankan bahawa, insiden Sekolah Kebangsaan St Mary Labuk di Sandakan tidak patut berlaku, kerana ia merupakan sekolah mubaligh, apakah kuasa guru berkenaan untuk meminta menurunkan lambang salib tersebut? Lagipun tugas mereka adalah mengajar, bukannya berdakwah.


Wong menyaran kerajaan BN, terutamanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, segera mengarah Kementerian Pendidikan untuk menyelesaikan masalah ini, dan menangani masalah ini dengan aman, seterusnya menghalang perkara yang sama berulang lagi.



No comments:

Post a Comment