OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Sejurus selepas selesai menyertai progam
Gotong Royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Berhala Darat Sim-Sim
dekat sini Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong bersama rombongannya
berkesempatan meninjau kesebuah rumah kepunyaan Anjas Asmawi.
Nampaknya
Anjas memang orang paling bertuah kerana mendapat bantuan daripada Ahli
Parlimen Sandakan untuk membaik pulih rumahnya di lorong jambat 18 Kampung
Sim-Sim.
Satu
lagi dimana sebuah rumah di lorong
jambatan yang sama yang didiami oleh
Parasimah yang telah roboh baru0baru ini
dan melibatkan 5 orang keluarga turut jatuh kelaut juga mendapat perhatian
oleh Ahli Parlimen.
Memandangkan
hari petang terlalu suntuk Wong terpaksa meninggalkan Kampung Sim-Sim dan
bergegas pergi ke Airport untuk penerbangannya ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang parlimen.
Apapun
susulan bantuan keatas Parasimah juga akan disalurkan pada masa terdekat
ini supaya masalah roboh rumahnya akan
dapat diselesaikan sebelum menjelang hari leberan ini.
No comments:
Post a Comment