OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Tindakan pihak Sutra Kinabalu Kontraktor yang akan mengenakan caj RM15.00 untuk
perkhidmatan penjagaan kebersihan sebilangan besar penduduk Perumahan LPPB Sri
Taman membuat bantahan
Beberapa penduduk yang sempat ditemui ketika
mereka mengadakan perhimpunan aman di depan premis kedai LPPB Sri Taman sambil
disaksikan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang turut berada disitu.
Mereka kesal dengan tindakan pihak kontraktor
Sutra Kinabalu kerana semasa mengidarkan borang untuk Caj RM15.00 dengan nadah
yang kasar cara memaksa supaya borang yang diedarkan itu hendaklah diisi
sekiranya penduduk enggan mengisi borang tersebut nanti geran rumah mereka akan
digantung ini bentuk ancaman kepada penduduk disitu.
Perkataan yang dilafaskan oleh pihak kontraktor Sutra
Kinabalu benar-benar menyinggung perasaan dan kemarahan dikalangan penduduk
setempat sudahlah semasa menghantar borang-borang berkenaan bercakap yang
bukan-bukan kepada setiap penghuni.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan Stephen
yang menemui sebilangan penduduk yang memprotes tidakan kontraktor tersebut
antara lain beliau akan membantu menyelesaikan masalah ini dan akan menulis
kepada pihak Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) untuk memaklumkan
mengenai Kontraktor Sutra Kinabalu bertindak mengenakan caj RM15.00 pada setiap penghuni.
“Sepatutnya pihak kontraktor tersebut bawa
berbincang dahulu kalau hendak buat sesuatu untuk kepentingan penduduk
Perumahan LPPB Srri Taman agar segala perkara yang hendak dibuat mendapat persetujuan semua pihak ini jalan terbaik agar tidak timbul
sebarang ketegangan.
Saya bukan hendak membela mana-mana pihak dengan
tindakan mendadak pihak kontraktor terus menerus mengeluarkan notis tanpa
dibawa perbincangan antara kedua bela pihak ini sudah melanggar hak asasi kemanusian.
Saya sebagai Wakil Rakyat amat simpati diatas nasib yang bakal menimpa penduduk
tetsebut kerana tindakan menaikan caj RM15.00 lagi satu beban yang ditanggung
oleh penghuni” kata Wong kepada Wartawan
kelmarin.
No comments:
Post a Comment