OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Menteri Tenaga
Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili semasa berada di Dewan
Rakyat kena bidas oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong yang menggesa Mximus supaya meminta kerajaan
menyiapkan pembinaan stesen janakuasa
gas asli di Lahad Datu.
Dalam tempoh lima (5)
seperti yang telah dijanjikan sekian lama demi untuk memenuhi permintaan tenaga
elektrik yang semakin meningkat
khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah ini perlu disegerakan.
Kata Wong semasa menjawab
soalan di Parlimen, Maximus menyatakan bahawa kerajaan telah setuju untuk
membina sebuah stesen janakuasa gas asli di Lahad Datu, menghasilkan tenaga elektrik
sebanyak 190 hingga 380 Megawatt, tetapi disebabkan gas asli perlu disalurkan
melalui paip yang panjang dari Pantai Barat Kota Marudu-Beluran ke Pantai
Timur, kos pembinaan yang amat tinggi diperlukan, oleh itu kerajaan kini masih
berada di peringkat kajian, belum lagi memutuskan sama ada akan membina saluran
paip gas asli yang begitu panjang untuk kegunaan stesen janakuasa Lahad Datu.
Walaubagaimanapun, Maximus
berjanji bahawa kerajaan akan buka tender pada bulan September tahun ini, untuk
membina sebuah stesen janakuasa kecil yang menjana 30 Megawatt bekalan elektrik
di Lahad Datu, sementara menunggu pembinaan saluran paip gas asli, kemudiannya
bertukar menjadi stesen janakuasa gas asli yang besar.
Maximus berkata demikian
ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong di sesi
perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11) di Dewan Rakyat.
Wong tidak berpuas hati
dengan jawapan tersebut, kerana kerajaan sering menggunakan alasan seperti
“masih dalam kajian” atau “kos terlalu tinggi”,
untuk menangguh projek pembinaan infrastruktur yang amat diperlukan oleh
rakyat. Stesen janakuasa merupakan keperluan asas rakyat, kerajaan harus
membekalkan infrastruktur ini.
Beliau berpendapat bahawa,
rancangan ini telah ditangguhkan selama beberapa tahun, sejak dulu ketika rakyat tempatan membantah pembinaan loji
janakuasa arang batu, kerajaan tidak menghormati keinginan rakyat, berkali-kali
cuba untuk memulihkan loji janakuasa arang batu, langsung tidak berniat untuk
menggantikannya dengan stesen janakuasa gas asli atau gas asli cecair.
Wong berkata, difahamkan
bahawa gas asli adalah lebih mahal berbanding dengan arang batu, tetapi demi
melindungi alam sekitar dan keselamatan rakyat Pantai Timur, kerajaan tidak
patut hanya mengambil kira unsur kos, dan tidak menghiraukan permintaan rakyat.
Wong meminta kerajaan
memberi jaminan bahawa stesen janakuasa gas asli ini akan siap dibina dalam
tempoh 5 tahun ini, kerana keperluan tenaga elektrik di Pantai Timur semakin
meningkat, dan pembangunan sektor perindustrian di Pantai Timur amat memerlukan
tenaga elektrik. Ketiadaan stesen janakuasa kapasiti tinggi dan kawasan
Sandakan yang kerap mengalami gangguan elektrik, pasti akan melambatkan
pembangunan sektor perindustrian, rakyat juga hidup dalam kesusahan!
Tambah beliau, Sabah
merupakan pengeluar gas asli, kerajaan tidak patut menggunakan alasan kos
tinggi dan sebagainya untuk menolak pembinaan ini, kerana pada asalnya ia milik
rakyat Sabah, kerajaan patut memanfaatkan rakyat Sabah dengan sumber asli ini,
bukanlah asyik mengeluarkannya untuk dijual dan mendapatkan keuntungan, rakyat
pula mengalami gangguan elektrik di sebaliknya, ini tidak dapat diterima!
Beliau berkata, kini dikatakan negara kita sedang menuju ke arah negara maju, jika
kerajaan tidak dapat menyiapkan stesen janakuasa ini, ini amat menghinakan dan
menyindirkan.
“Jika kerajaan benar-benar
ikhlas untuk menurunkan SAIDI Sabah dari 423 minit tahun 2013 kepada 100minit
menjelang tahun 2020 dalam RMK11, maka pembinaan stesen janakuasa ini adalah
amat penting.”
Selain itu, Wong juga
meminta menteri menjelaskan perbezaan sumbangan modal tenaga elektrik di antara
Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Bagi rumah yang biasa, sumbangan modal di
Sabah adalah sebanyak RM3300, manakala Semenanjung adalah RM250, sebanyak 8
kali ganda berbeza! Ini jelas menunjukkan ketidakadilan dan eksploitasi ke atas
rakyat Sabah.
Maximus membalas, kerajaan
telah mengetahui perkara ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak
berkenaan, pendekatan yang baru akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah
ini. Kata beliau, sumbangan modal di Semenanjung rendah kerana tarif elektrik
telah merangkuminya, jika Sabah juga hendak merangkumi sumbangan modal, maka tarif
elektrik akan bertambah mahal. Namun begitu, Wong berkata, kerajaan seharusnya
mengatasi perkara ini tanpa merugikan kepentingan konsumer.
,
No comments:
Post a Comment