Saturday, 3 December 2016

Free Sandakan Today Online BERSUMPAH SETIA UMNO MAKAN DIRI SENDIRI



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sabtu Desimber 03/2016

SEORANG yang berhormat menghubungi saya baru sebentar tadi dan meminta saya memberikan pandangan tentang kenyataan wakil UMNO Johor yang namanya Datuk Ayub.

Ayub menyatakan sudah sampai waktunya UMNO berhenti meminta orang melayu memberi sumpah setia kepada UMNO, malah katanya sudah sampai waktunya orang UMNO berhenti mengenang apa yang telah UMNO berikan kepada orang Melayu.

Soalnya sekarang untuk apa dikenang dan untuk apa bersumpah setia terhadap UMNO?

Perlu saya jelaskan UMNO asal yang memang berjuang untuk kemerdekaan Malaya sudah berkubur alias sudah lama mati dan yang harus dikenang jasa-jasa mereka yang sudah tiada dan itu lojik dan layak dingat kala kita ini dilahirkan sebagai manusia yang mengenang budi.

Jasa-jasa orang UMNO yang terdahulu memang jelas berjuang untuk negara bangsa dan sesuai dengan perjuangan Nabi yang maksudnya berSIASAH.

UMNO yang berjasa itu sudah lama mati dan UMNO yang sekarang ialah UMNO jelmaan yang bangkit dari kubur dan sikap yang diperlihatkan hampir sama dengan perangai hantu dan kalau ini dimaksudkan maka kenyataannya Datuk Ayub saya setuju dan orangt UMNO harus melupakan dan tidak perlu bersumpah kelak termakan sumpah.

UMNO yang ada sekarang jelas cukup memudaratkan kesan banyak sangat tenah/rezab Melayu digadai dan segala khazanah yang dibina bertahun-tahun terbang melayang menjadi milik orang lain dan tidak lama lagi Melayu yang diagung-agugkan selama ini bakal merempat di tanah airnya sendiri. Apakah bangsa Melayu masih tidak sedar dan masih terus mengatakan berjuang dalam UMNO demi negara bangsa sedang menang sorak kampung tergadai dan tidak hairan bangsa Melayu menjadi bangsa pelarian di tanah air sendiri dan bangsa asing bakal berkuasa.

Untuk apa lagi di kenang jasa UMNO baru yang bangkit dari kubur dan menjelma sebagai malaikat sedang kalangan mereka itu perampok dan pencuri khazanah negara dan yang ada sekarang tidak boleh ditegur dan kala ditegur siap mereka dipecat gantung dan siap dipanggil polis untuk ditakut-takutkan dan ini sudah jelas kelihatan.

Baik peguam negara, Polis negara dan yang lain terkait dengan namanya Perdana Menteri semuanya main angguk dan main akur membontotoi belakang seorang perdana menteri dan kesannya yang benar jadi salah masuk penjara dan yang salah terus ketawa danb bebas dengan kekayaan yang melimpah.

Bagaimana pula orang Sabah? Orang Sabah ini memang tidak ada kaitan dengan UMNO dan seharusnya UMNO sirna dari Sabah sebab sudah jelas UMNO itu parti Melayu kesan dalam perlembagaan sudah jelas definasinya/rujuk perkara 160 yang mengatakan Melayu itu islam agama dan mengamalkan adat istiadat melayu dan pertanyaan apakah yang bukan Islam agama itu Melayu dan layak sertai UMNO?

Soalnya berapa orang saja yang namanya Melayu di Sabah ini dan kedua sejarah UMNO memang tidak ada kaitan di Sabah dan ia ditubuhkan di istana Johor kalangan orang semang, asli, jakun, bugis dan segala macam tanpa disebut bangsa Melayu kecuali persatuan guru-guru Melayu dari negeri selangor ketika itu.

Orang Sabah hanya harus berterima kasih kepada parti USNO lama pimpinan Tun Mustapha, UNKO, United Party. Demokratik Party dan United Momogon Organisation yang telah berunding dengan IGC membawa 20 perkara. Itu kenyataan dan itu harus kita kenang dan berterima kasih.

Lalu untuk apa berterima kasih kepada UMNO yang jelas parti perampok hingga Sabah menjadi TERMISKIN, pendidikan asas paling tersorot di Malaysia dan mengikut E Kasih Sabah paling banyak menerima dan memohon bantuan termiskin tegar.

Lihatlah di kampung-kampung sejak merdeka hingga sekarang masih banyak yang tidak punya paip air dan masih punya jalan yang babi sendiri enggan jalan sedang manusia terpaksa lewat untuk sampai ke kota penuh bertanah merah, lewat lumpur yang hebat. Hebat ini UMNO memiskinkan Sabah sedang Sabah negeri terkaya balak, minyak, sawit, gas, pelancongan dan sebagai dan tanah-tanah  beribu ekar milik syarikat luar negeri sedang Sabahan ada terhalau dari tanah adat dan mohon tanah kubur susah dapat.

Nah, untuk apa lagi berterima kasih kepada UMNO dan kalian dipaksa mengenang jasa-jasa mereka. Apa saja jasa-jasa  mereka terhadap Sabah dan Sabahan selain memiskinkan dan kemudian berjanji setinggu gunung sedang janji jambatan, jalan raya hampa semuanya kita.

Orang Semananjung sendiri sebenarnya sudah menolak UMNO di PRU13 dan buktinya PR menangi 52% undi sedang BN hanya 47% undi dan ini hakikatnya.

Kenapa BN bisa menang dan berkuasa dan mari saya perkatakan hal sebenarnya secara rengkas. PRU13 itu jelas PR ketinggalan 33 kerusi sahaja dan BN berkuasa kesan Sabah dan Sarawak sumbang 44 kerusi MP yang menyebabkan BN berkuasa mendapat 133 kerusi di PRU13 itu.

Apakah tidak nampak hakikatnya? Kita selalu salahkan Malaya dan burukkan Malaya dan hakikat sebenar tidak semua yang di Malaya itu tidak baik dan majoriti kalangan mereka baik dan itu terbukti mereka menolak UMNO/BN dan yang tidak baiknya kesan kebaculan dan kebodohan diri kita sendiri di Sabah menyediakan dan menyumbang 44 kerusi yang membolehkan seorang Najib duduki kerusi PM hingga sekarang.

Apalkah kita ini buta dan pekak dan masih ada yang mahu jadi agen BN di PRU14 akan datang? Jika inipun tidak difahami bermakna ada kalangan kita pengkhianat negara bangsa dan bukan seorang pejuang tetapi yang dikejar hanyalah untuk isi kantung anak bini kroni dan suku sakat. Memang bacul dan laknat!

Datuk Ayub UMNO Johor sudah menjelaskan sudah sampai masanya tidak perlu dikenang dan tidak perlu bersumpah sedia dan  Shafie, Jaujan, Darell Leiking, Terrence Siambun, Junz Wong sudah mengorbankan segalanya dan kenapa pula kita masih berpeluk tubuh dan kita tidak punya jalan lain bukan saja melupakan UMNO dan lagi UMNO yang bangkit tidak punya jasa malah terkenal sebagai PENGASAK dan perampok nombor satu dalam dunia dan tidak boleh tidak semua mesti bersatu dalam WARISAN dan kemudian dibantu oleh parti-parti  lain yang benar-benar setia kepada perjuangan rakyat yang mahukan ketelusan pemimpin berjuang kerana Allah semata.

Salam perjuangan meski penjara atau mati tidak usah unsur, kita bangun dan melawan kuasa ada ditangan kita dan gunakan kuasa itu untuk undi WARISAN.

Insyallah Sabah akan berlarian di laluan makmur untuk mencapai puncak gunung kinabalu atas nama kejujuran, ketelusan dan kita mesti ubah.
SabahUbah 
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


Free Sandakan Today Online…..BR1M 2017 KHAS UNTUK AHLI2 UMNO/BN SAHAJA BUKAN UNTUK AHLI2 PEMBANGKANG…..MOHD ARIFFIN



OLEH: SORAYA EGG
Saturday December 03/2016

1.Pemimpin UMNO disaran menyerahkan sendiri Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima bantuan itu kerana ia antara kaedah terbaik untuk menyantuni rakyat.

2.Perwakilan UMNO dari Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata pengagihan BR1M yang kini dibuat secara terus ke akaun penerima dilihat tidak akan dapat meningkatkan kehadiran dan imej UMNO dalam masyarakat.

3.Jangan berikan BR1M melalui mesin (mesin pengeluaran wang automatik), mesin tiada perasaan, biar pemimpin UMNO sampaikan dari tangan ke tangan…ini usaha kita dan ini tandanya kita dekat dengan rakyat.

4.Benarlah ada sumber mengatakan UMNO cuba mengugut rakyat miskin yang layak menerima BR1M tetapi akan kehilangan hak jika bukan penyokong Barisan Nasional.

5.Kalau lah benar dakwaan ini rakyat yang bukan penyokong Umno, perlu dikategorikan tidak wajib membayar GST dan cukai yang lain kerana mereka tidak layak menerima bantuan dari kerajaan. Alangkah eloknya kaedah ini perlu diperluaskan lagi hanya orang Umno saja diberi bantuan kerajaan manakala penyokong pembangkang diketepikan hak mereka dan kita lihat apa akan terjadi dengan negara ini.

6.Adalah amat keterlaluan pemimpin Umno ini sehingga tidak dapat membezakan diantara tugas kerajaan dengan parti-parti hanya merupakan badan siasah sedangkan BR1M adalah duit rakyat bukan duit parti mereka.

7.Kasihan amat mentaliti pemimpin Umno setiap ruang dan kesempatan diambil untuk mendera rakyat sedangkan rakyat ada hak tanpa mengira anutan politik kerana mereka adalah rakyat yang berdaulat dan sebahagian dari kerajaan.

8.Sebagai pemimpin yang baik dan perlu ditaati adalah pemimpin yang tidak berdendam apa lagi menindas orang awam sedangkan mana-mana agama tidak membenarkan sikap sedemikian rupa.

9.Ingat lah, kalau bukan sumbangan rakyat melalui GST untuk mengimbangi kemerosotan hasil petroleum yang tidak menentu harganya, mungkin belanjawan defisit semakin melebar dan tidak dapat menampung perbelanjaan negara atau negara akan ke arah muflis.


Friday, 2 December 2016

Free Sandakan Today Online ….PAU (BUNGKUS) 2016 TERAKHIR UNTUK UMNO



OLEH: SORAYA KIGIS
Friday December 02/2016

1.Kali ini perhimpunan Agung UMNO mendapat sorotan dalam ataupun di luar parti itu sendiri. Minat ini timbul mungkin kerana ini adalah perhimpunan yang terakhir sebelum PRU14 atau perhimpunan terakhir buat selama-lamanya bagi umno di bawah pimpinan Najib.

2.Bukan lagi menjadi satu rahsia parti ini adalah menghadapi cabaran yang getir selama hayatnya menjangkau 70 tahun kerana mendapat cabaran dari bekas perdana menteri dan dua timbalan perdana menteri dan naib presiden Shafie Apdal bergabung untuk menjatuhkan UMNO dan Najib.

3.Orang awam dan penyokong parti faham punca perpecahan umno kerana urustabir tak betul,korupsi yang berleluasa di kalangan pemimpin kanan parti itu.
4.Namunpun pemimpin umno cuba mengalihkan pandangan rakyat dan meletakan kesalahan pada mantan-mantan dan ahli parti itu yang dilabelkan sebagai penderhaka nombor wahid kerana cuba memusnahkan bekas parti mereka yang satu ketika menjadi pemimpin utamanya.



5.Namunpun pencapaian demi pencapaian yang dibuat oleh institusi kerajaan terhadap kesalahan menurut bekas presiden,timbalan dan naib presiden parti umno dari kesalahan jenayah dan terdapat penipuan ke atas syarikat kerajaan 1MDB yang dianggar beribu juta ringgit wang rakyat dilencongkan ke dalam akuan sendiri dan kroni yang dibuktikan oleh berbagai pihak luar dan dalam negara.

6.Ekoran dari itu pemimpin kerajaan dicemuh oleh berbagai pihak dengan bermacam panggilan yang amat memalukan kleptokrasi,pencuri harta rakyat dan berbagai-bagai lagi.

7.Kelemahan kerajaan mengurus kehidupan rakyat adalah amat parah jika dibandingkan dengan zaman Tun Mahathir dan perdana menteri yang lain dimana rakyat melalui fasa-fasa bahagia menikmati agihan kekayaan negara melalui subsidi dengan cukai yang relatif rendah dengan sentiasa kecukupan kerana barangan asas harganya rendah dan perkhidmatan yang lain umpamanya tambang transpot rendah kerana harga bahan bakar rendah dan terkawal.

8.Kebanggaan rakyat Malaysia sebagai pelopor negara-negara ketiga dijadikan role model telah cerna malahan dituduh sebagai negara korupsi sehinggakan ada setengah warga malu mengakui sebagai orang Malaysia bila berada di luar negara.

9.Tidak juga semua ahli umno turut bersubahat semasa perbahasan pemuda dan putri umno ada beberapa ahlinya menegur keadaan semasa terutam ekonomi yang semakin merosot dan penderitaan rakyat berhadapan kos hidup yang tinggi sehingga menggalakan Najib turut menaiki pengangkutan umum dan berbaris untuk membeli minyak masak yang secara mengejut kenaikan harganya terlalu tinggi.

10.Sebenarnya kerajaan dan pemimpin tidak perihatin ke atas penderitaan rakyat malahan tidak faham apa yang berlaku ke atas negara ini hanya memberi tumpuan kepada keluarga dan survival politik mereka semata-mata. Dengan ini rakyat adalah pemilik negara ini terpulang lah kepada mereka berubah atau kekal bergelut dengan kehidupan yang ada seperti sekarang.


Free Sandakan Today Online….KERJASAMA ERAT ANTARA PARTI-PARTI PEMBANGKANG PERLU DI SEMAI-DIPUPUK ….HAMZAH ABDULLAH


OLEH:  SHAIMON S JUMADI
Friday December 02/2016

SANDAKAN:-  Demi memperjuangkan hak-hak orang Sabah jalinan mesra antara parti-parti pembangkang harus sama-sama memainkan peranan masing-masing kearah objektif yang jitu agar  segala semua urusan dapat  berjalan dengan licin dan lancar untuk mengejar cita-cita dan juga impian sebagai satu impirasi dan aspirasi

Kerjasama yang erat antara parti-parti pembangkang tidak kira datangnya sesebuah parti dari Semenanjung atau parti tempatan yang mempunyai agenda dan matlamat yang sama harus dipupuk agar mudah untuk menumbangkan kerajaan zalim di bahawa pemerintahan BN/UMNO yang terlalu banyak berkisar dalam kes-kes rasuah yang semakin menjadi-jadi.

Persurujaya Parti AMANAH Negeri Sabah  Haji Hamzah Hj Abdullah berkata ketika dalam sesi pertemuannya dengan Timbalan Presiden Parti  Warisan sabah (WARISAN) Darell Leiking yang juga Ahli Parlimen Penampang  baru-baru ini semasa program Jelajah WARISAN ke Sandakan yang diadakan di Dewan Hakka

Menurut Hj Hamzah dalam pertemuannya dengan dua pemimpin itu antara  Darell dan  Mazlan Aliman ia  banyak membuah  pemikiran-pemikiran  yang positif kearah merealisasikan cita-cita  bersama demi rakyat Sabah walaupun WARISAN belum lagi  menjadi rakan Gabungan PAKATAN HARAPAN tetapi kerjasama perlu disemai dan dipupuk untuk menguatkan lagi jentera-jentera perjuangan parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini untuk berdepan dengan musuh-musuh utama politik antaranya  UMNO-BN pada PRU14 nanti.

Kata Hj Hamzah  Mazlan Aliman adalah merupakan  seorang tokoh yang  banyak menyumbang kepada  penambah-baikan kebajikan warga FELDA.

Dalam kesempatan itu Mazlan turut menyumbang senaskhah buku yang menceritakan hasil pengalaman beliau sepanjang membela warga FELDA.

Buku ini juga lah yang akhirnya membawa  hukuman kepada beliau di denda RM500,000.00 oleh Mahkamah Tinggi.

Selanjutnya ucapan terima kasih sekalung budi dihulurkan oleh Hj Hamzah kepada   Darrel atas pertemuannya  dan terima kasih  juga  kepada YB  Dato Seri Shafie Apdal walau hanya dapat berbincang melalui mobile phone saja akan tetapi cukup bermakna.


Free Sandakan Today Online…..AHLI-AHLI SUKA KUTUK ALLAH DAN PUJI-PUJI NAJIB


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday December 02/2016

SAYA bukan lulusan agama dan saya bolehlah dikatakan jahil kurang ilmu bila disentuh bab agama. Tegur dan betulkan jika saya salah!

Kesan jahil ilmu agama dan tidak bijak hal agama tapi tidaklah bodoh sangat hal agama dan kesan tidak bodoh hal agama maka saya selalu berhati-hati  elak menyebabkan Allah murka dan pelan-pelan  Allah menghukum saya di dunia ini.

Bila menteri umno kata "sesiapa tak percaya Najib makna tak percaya Allah "makna ayat itu menjelaskan Najib lagi hebat banding Allah.

Jika begitu ayat pak menteri makna apalah hukumnya seolah ada lagi satu tuhan paling besar bernama Tuhan Najib?

Sekarang ini di sana sini ramai begitu suka melontar kata jelas memfitnah Allah dan ini cukup kelirukan rakyat dan bawah UMNO ramai suka melontar kata tanpa mikir kesan lontaran kata itu.

Bila ada orang datang nak tikam kita itu jangan sekali kita mengelak dan kita bisa saja mengatakan itu kerana Allah dan Allah yang suruh orang itu tikam kita. Apakah kesan kerana Allah kita biarkan saja orang tikam bunuh famili kira?

Apakah itu bukan fitnah Allah namanya?
Kemudian kita rujuk kenyataan Najib MELAYU MEREMPAT JIKA UMNO TERSUNGKUR. Cuba fikirkan ayat itu!

Ayat itu jelas seolah-olah  Najib itu Tuhan dan apakah melayu di brunei, melayu di indon merempat kesan di sana tiada UMNO ? Ini soalan tadika harus dijawab.

Kemudian ada kata BUKAN PRESIDEN YANG BUANG MUHYIDDIN DARI UMNO TAPI ALLAH. Hebat rupanya Allah itu ada dalam umno dan Allah itu berpolitik dan itu makna Najib maha berkuasa mengatasi kuasa Allah?

Rupanya di Malaysia ini ramai akui diri Allah dan macam-macam  Tuhan ada termasuk Tuhan Kerajaan langit pimpinan Tuhan Ayahpin.

Tak hairanlah banyak sangat bala di malaysia ini sebab Tuhan ada dua tiga hingga beruk urang hutan ketawa terberak terkencing mendengarkan manusia berhujah di persidangan umno sebab
Kata-kata mereka mengalahkan firman wahyu Allah.

Malingsia semakin hebat dan dana 1MDB juga bukan najib tapi kerana Allah dan Allahlah pencurinya?
Malingsia
Malingsia
Malingsia



Free Sandakan Today Online….ETIKA BERCAKAP/BERMESYUARAT BERSOPAN SANTUN



OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Friday December 02/2016

MESYUARAT itu satu ruang membincangkan apa saja masalah pejabat termasuk sesuatu yang dirancang atau boleh saja dikatakan untuk pengerusi menyatakan sesuatu yang boleh dianggap pekeliling alias makluman.

Biasanya setiap mesyuarat ada agenda tertentu seperti penerangan pengerusi, mengesahkan minit mesyuarat lalu, perkara-perkara berbangkit dan hal-hal lain. Biasanya itulah agenda mesyuarat.

Pengerusi kena faham dan etika mesyuarat kena ikut agenda dan jangan sesekali terkeluar dari perkara-perkara berbangkit yang dicatatkan dalam agenda kecuali untuk kuatkan hujah boleh diperkatakan sebagai contoh.

Hal-hal lain yang tidak berkaitan dengan agenda boleh disentuh di agenda HAL-HAL LAIN tetapi hendaklah yang menyentuh tujuan mesyuarat bukan hal peribadi.

Saya perhatikan selalu ahli mesyuarat tidak tahu etika bermesyuarat dan akhirnya mesyuarat yang sepatut sejam menjadi 2 jam kesan pengerusi tidak bijak atau kurang tahu etika mempengerusikan mesyuarat.

Ditambah dengan ahli yang "kelabu asap" berlagak bijak tetapi sebaliknya kesan yang tidak berkaitan dibincang begitu lama sedang yang lebih penting tidak dibahas dan inilah antara ketidaktahuan yang berkenaan cara kendalikan mesyuarat atau sikap-sikap ahli mesyuarat yang mengada-ngada.

Paling buruk perangai ada ahli mesyuarat, kala seseorang berhujah, mereka di belakang bersembang hal-hal yang tidak ada kaitan dan suara-suara  mereka itu mengganggu keadaan dan yang bercakap tidak dapat menumpu perhatian apa yang diutarakan dan orang sedemikian maknanya kURANG ADAB alias boleh dikatakan tidak beradat atau tidak tahu adat atau mungkin pura-pura  tidak tahu segalanya.

Untuk kita menjadi beradat dan tahu adat atau mahu orang lain hormati kita, maka bila mesyuarat sedang berjalan kita kena kena diam dan dengar tumpu perhatian seseorang yang sedang bercakap itu dan jangan menyampuk sebelum seseorang itu menghabiskan hujahnya dan yang berhak yang berhujah STOP hanyalah pengerusi dan bukan ahli-ahli lain.


Free Sandakan Today Online…….EKORAN PEMILIK BENGKEL BUANG SISA-SISA MINYAK DEISEL KEDALAM PARIT AIR SUNGAI KUHARA TERCEMAR… F.H. CHAN



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Jumaat Desimber 02/2016


SRI TANJUNG:- Satu lagi pencemaran air sungai  berlaku berdekatan dengan Taman Kuhara Jaya penuh dengan sisa-sisa buangan minyak kotor kedalam parit terus mengalir ke  anak sungai tersebut.


Perbuatan itu telah dilakukan oleh pemilik sebuah rumah yang bertukar menjadi sebuah  bengkel  memperbaiki kenderaan.

Pagi tadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung (DAP) Chan Foong Hing  melawat ke tempat tersebut sambil membawa pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Sabah yang ditemani oleh anggota Polis untuk membuat pemeriksaan keatas rumah yang dijadikan workshop itu adalah  segala punca dan penyebab utama air sungai Kuhara tercemar.

Menurut pihak Jabatan Alam Sekitar Tawau  pihak  akan mengambil tidakan keatas pemilik bengkel berkenaan akan di dakwa dibawah seksyen 25(3)Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan membawa denda maksima RM1,000.00 atau penjara tidak lebih 12 bulan.


Chan mengingatkan  penduduk Tawau  harus bekerjasama dengan pihak Jabatan-Jabatan berkaitan jika ternampak ada pencemaran berlaku keatas sungai-sungai berkenaan kerana air sungai tersebut airnya adalah sebagai tadahan terus  mengalir ke loji ini amat berbahaya kepada manusia walaupun air telah diproses dan di tapis tetapi kalau air itu mengandungi racun memang tidak boleh diminum.