Written by Admin
OLEH: AZMI AZMAN
ELOPURA:-
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah berkata objektif Program Majlis Hari Q 2 ini diadakan
adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang.
“
Perkara ini merupakan antara agenda penting dalam aktiviti tahunan setiap
sekolah. Saya pasti setiap dari kita
pernah mempunyai pengalaman duduk dalam majlis seumpama ini, dan para pelajar yang berjaya mendapat markah
tertinggi sudah sewajarnya layak mendapat ganjaran daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Saya pasti murid yang berjaya itu telah bertungkus
lumus belajar dan itu semua bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi jika
ingin berjaya kita mesti melaluinya.
Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan seperti kata bijak pandai” katanya
Au berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Q 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Galpam Tahun 2013 yang di adakan di Dewan sekolah tersebut kelmari
Au menambah kata-kata tersebut jelas menyedarkan kepada kita semua bahawa gagal atau berjaya bermula dengan pilihan kita dan pengorbanan sangat dituntut. Tidak ada orang yang hendak gagal walaub agaimanapun gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Jangan sesekali berputus asa. Para pelajar teruskan usaha kerana generasi muda di hadapan saya inilah yang akan menjadi peneraju masa hadapan negara.
‘Saya
juga ingin merakamkan penghargaan kepada para guru yang tidak jemu menabur jasa
demi anak bangsa selaras dengan hasrat kementerian pelajaran Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum Kementerian
Pelajaran dalam proses Melestarikan Transformasi Pendidikan dan mendokong visi
membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Hasrat tersebut tidak akan berjaya tanpa
kekuatan semangat guru mendidik anak bangsa dan menjadikan sekolah tempat
menjana generasi terbilang” tambah Au lagi.
Sehubungan
dengan Au mengharapkan agar PIBG sekolah tidak ketinggalan
membantu guru-guru merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, dan rohani dan ibu bapa juga bertanggungjawab berkerjasama dengan pihak
sekolah terutama apabila anak-anak tuan-tuan dan puan-puan bermasalah. Janganlah
segan berhubung dengan pihak sekolah dalam hal menangani permasalahan anak-anak.
Saya
percaya PIBG sekolah ini yang diterajui oleh Pengerusinya En. Francis Bin
Indanan bersama barisan AJK tertinggi telah bersedia memikul tanggungjawab
dalam membantu pihak sekolah dalam apa juga keadaan.
TERIMA KASIH....Au menyampaikan sijil kepada salah seorang penuntut cemerlang