Written
by Admin
 OLEH: SHAIMON S JUMADI
SEKONG:- Ekoran 
Sungai Segaliud yang tercemar akibat perbuatan Kilang memproses minyak
kelapa sawit yang beroperasi di sepenjang sungai Segaliud 
Ahli
 Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Sekong Datuk  HJ Samsuddin Yahya (gambar)  menggesa Jabatan Alam Sekitar agar lebih
kerap memeriksa semua kilang-kilang yang beroperasi memproses minyak di
sepanjang sungai yang dimaksudkan itu
Beliau
berkata ini berikutan terdapat aduan penduduk Kampung Segaliud berhubung
pencemaran di sungai itu sehingga menyebabkan ikan dan udang mati.
“Pemantauan
lebih ketat perlu dilakukan dan tindakan penguatkuasaan perlu diambil sekiranya
terdapat kilang yang dikesan menyalurkan bahan buangan ke sungai itu,” katanya.
Samsuddin
berkata penduduk kampung turut mendakwa masalah pencemaran di Sungai Segaliud   berlaku sejak beberapa hari lepas.
Beliau
berkata sungai itu merupakan tempat penduduk mencari rezeki kerana kebanyakan
mereka adalah nelayan, selain punca air utama untuk disalur ke Loji Segaliud
sebelum diagih kepada lebih 400,000 penduduk di daerah ini.
Katanya
lagi kurangnya pemantauan  pihak Jabatan
Alam Sekitar Sabah (JAS)  terhadap enam
buah kilang yang beroparasi di sepanjang sungai tersebut lantaran  pemilik-pemilik kilang-kilang di situ  langsung tidak memperdulikan mengenai keadaan
sungai Segaliud walaupun mereka telah mengetahui apa sudah jadi  terhadap sungai tersebut mereka tidak ambil
kisah mengenai pencemaran sungai yang boleh mengamcam pelbagai habitat seperti
ikan-ikan termasuk  manusia sendiri.
No comments:
Post a Comment