Surat Terbuka Kepada Editor
MEMOHON PENAMABAHAN BILANGAN PEKERJA                KEBERSIHAN BANGUNAN SK TELUPID YANG BARU
 Sebagai makluman tuan,bangunan SK. Telupid yang baru telah digunakan 
sejak Oktober 2012 dan digunakan sepenuhnya dalam masa yang terdekat. 
Penambahan pekerja kebersihan adalah sangat diperlukan untuk menampung 
keperluan bangunan baru ini yang besar dan luas iaitu terdiri daripada 
bangunan 3 tingkat sebanyak 4 blok, mempunyai 59 buah kelas dan bilik 
khas termasuk Pejabat Pentadbiran, Pejabat Guru, Perpustakaan, 
Surau,Ruangan Serbaguna,Pusat Akses, Kantin, Bilik Pergigian/Kesihatan, 
Bilik Sains, Bilik Pengurusan Ko-Kurikulum, Bilik Pengurusan Sukan, 
Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Matematik, Bilik pendidikan Seni, Bilik 
Persalinan, Bilik Muzik, Bilik Pengurusan Peperiksaan,Bilik Bimbingan 
& Kaunseling, Stor dan Bilik Pemulihan Khas. Selain daripada itu, 
sekolah yang baru ini juga mempunyai sebuah dewan yang besar, sebuah
 prasekolah, satu blok bangunan rumah guru dan sebuah padang. Keluasan 
tapak bangunan ini adalah 5.25 ekar.
 
Oleh itu, pihak kami 
memohon agar bilangan pekerja kebersihan ditambah mengikut keperkuan 
bangunan tersebut. Pekerja kebersihan yang sedia ada  hanya 3 orang 
sahaja, tidak dapat menampung perkhidmatan kebersihan bangunan dan 
kawsan sekolah baru yang besar dan luas ini.
Di atas pertimbangan tuan, terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.
Yang Benar
AHMAD KASSIM`
 
INI LAH BANGUNAN SK TELUPID BARU
 
No comments:
Post a Comment