Written by Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
KUALA LUMPUR:-  Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan
akan  merangkak untuk menyusun pelbagai
aktiviti kemasyakaratan untuk tahun 2014.
Pengerusinya Puan
Noraini Sulung bercakap kepada Wartawan Kanan Free Sandakan Today di Subang
Jaya sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Persidangan PEMADAM Kebangsaan
bagi  kali ke 35  yang dia adakan di Grand Ballroom Summit Hotel
Subang Jaya pagi tadi.
Katanya fungsi dan  peranan utama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM
adalah untuk membantu kepada  Agensi  Anti Jawatankuasa Dadah  Kebangsaan Malaysia (AAJK)  untuk sama-sama memerangi dadah yang
merupakan musuh utama negara.
“Kami sebagai Biro
PEMADAM akan memperbanyakan program-progran yang berunsurkan  ceramah- ceramah, taklimat dan seminar-seminar
yang bertujuan untuk menyedarkan kepada anak-anak muda supaya menjauhi dan
mengindari dalam  melibatkan diri
daripada terjebak  penagihan najis  dadah” ujarnya.
Noraini bersama
rombogannya seramai 20 orang yang diketuai oleh Pengerusi PEMADAM Daerah Sandakan
Hj Mohd Hamsan Hj Supain  dijangka esok
akan kembali ke Sandakan

No comments:
Post a Comment