OLEH: SHAIMON  S
JUMADI
KUAMUT:- Walaupun Agama Islam adalah
agama  rasmi negara dan penduduknya
berbilang kaum bebas  beragama dan
perbezaan budaya namun kita hidup dalam suasana harmoni  saling hormat  menghormati agama dan budaya masing-masing
antara satu sama lain.
Tambahan pula dengan adanya perkongsian
kuasa dalam menerajui pentadbiran kerajaan  Barisan Nasional (BN)  di sinilah 
dapat  mengiratkan semangat
kerjasama yang erat di kalangan masyaraat majmuk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kuamut  yang juga selaku Ketua Bahagian UPKO
Kinabatangan Masiung Banah ketika berucap dimajlis Sambutan Hari Raya Aidil
Adah yang diadakan di Kampung Danau Ria Bukit Garam kelmarin.
Katanya lagi memang sudah menjadi adat
dan budaya di negara ini semua perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari
Natal, Tahun Baru Cina, Deepawali, Pesta Kaamatan disambut secara rasmi oleh
kerajaan  dan mengadakan rumah terbuka
ini menjurus kepada mewujudkan semangat setia kawan dan perpaduan yang intim tanpa
mengira siapa mereka.
“Dalam kontek ini saya menyeru rakyat di
negeri ini  termasuk rakyat di Kuamut dan
Kinabatangan haruslah menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah  pada hari ini bukan saja demi menjamin
kestabilan politik dan harmoni di kalangan masyarakat setempat bahkan
membolehkan pihak kerajaan menyalurkan pelbagai projek sebagai kemudahan asas  dengan mudah  untuk dinikmati penduduk-penduduknya yang
tinggal di kawasan luar bandar  mahupun
didalam bandar” ujarya.
Katanya Hari Raya Korban yang disambut
walaupun sehari secara sedarhana tetapi penuh bermakna kepada rakan-rakan dan
saudara-saudara muslim dan muslimat.
Beberapa orang penduduk  Kinabatangan dan Kuamut menjelaskan  kepimpinan yang telus dan berjiwa rakyat   yang ada pada diri Masiung membuat seluruh
rakyat di kawasan DUN Kuamut menyenangi kepimpinannya kerana  tidak rasa jemu terus membantu dalam pelbagai
aspek khsusnya yang ada kaitan dengan perdana pembangunan di kawasannya.
                      MESRA...Masiung bersama-sama penduduk Kg berkenaan
ketika menghadiri sambutan perayaan Aidil Adha Kg Danau Ria
   TURUT HADIR...Ketua Pemuda  Bahagan UPKO  Knabatangan Willy D
BERUCAP.....Masiung berucap dimajlis  tersebut 

 
 
No comments:
Post a Comment