Written by Admin
DARI MEJA SUB -EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Sebagai Wartawan yang sentiasa
mengikuti  perkembangan dan perjalanan
senario politik khususnya dalam sesi pemilihan AJK Bahagian UMNO tidak kira di
mana-mana saja tempat.
Bagi 
calon-calon yang menang bertanding apa saja jawatan sama ada Ketua
Bahagian, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Wanita
Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian  bagi
mereka itu merupakan satu anugera kepada seseorang calon bertanding memperoleh
kejayaan bagi meraihkan kemenangan  mereka  kelihatan begitu gembira bila melihat diraut
wajah mereka.
Sementara bagi calon-calon yang tewas
dalam pemilihan tersebut orang  beranggpan  mereka adalah menerima nasib malang kerana
tidak berjaya untuk mengekalkan atau merampas kerusi-kerusi yang selama ini
menjadi idaman kalbu di hati mereka tetapi 
hasrat tidak kesampaian.
Sementara bagi mereka yang tewas atau
kalah  rasa tidak puas hati atas
kemenangan seseorang lantas mereka marah, ada yang mengadakan demonstrasi
secara aman untuk memprotes atau menbantah bahawa kemenangan  jawatan Ketua Bahagian itu tidak sah ada
timbul unsur-unsur penipuan .
Perkara 
mahupun insiden sebegini  jelas
menjadi bahan ejekan dan olokan  kepada
parti-parti pembangkang kerana mungkin akan berlakunya keretakan sehingga
menjadi perpecahan di kalangan semasa sendiri.
Dalam hal ini sepatutnya pucuk pimpinan parti
seperti Presiden UMNO memberikan nasihat kepada ahli-ahli  yang kalah harus menerimanya dengan hati yang
terbuka lagipun pertandingan ini dalam kekeluargaan UMNO atas seruan pucuk pimpinan
parti yang membolehkan seluruh ahli UMNO di dalam negara ini   bertanding apa saja jawatan yang difikirkan
sesuai dan tidak melanggar peraturan-peraturan pihak Lembaga Disiplin UMNO.
Apapun kita sama-sama lihat dan tunggu keputusannya sama
ada mereka yang memprotes itu menemui 
jalan kejayaan satu tersangkut 
dan tersadai tengah-tengah jalan.
No comments:
Post a Comment