Written by Admin
DARI MEJA SUB-EDITOR
SHAIMON S JUMADI
TERDAPAT
sesetengah orang  disebabkan perbezaan idologi politik bisa merenggangkan
hubungan dan siratulrahim  sama ada persaudaraan ataupun kekeluargaan
kerama masing-masing mempunyai perbezaan 
Antara faktor ialah A penyokong parti kerajaan B pula
menyokong parti pembangkang  disebabkan tiada yang mahu kalau atau memang
lantas timbullah persengketaan atau bertikam lidah 
Era tahun 1970 an kalau seseorang penyokong USNO dan BERJAYA bila kedapatan saja minum semeja sudah menjadi satu isu besar apa lagi kalau seseorang itu menjawat jawatanan dalam kerajaan kalau bukan dipecat atau ditukar ke kawasan pedalaman ataupun turun pangkat .
Apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) mengambil alih 
tampuk pemerintahan pada 1986 sehingga 1994  rakyat bebas tiada lagi
timbul masalah  tersebut kau penyokong pembangkang kau sokong Kerajaan itu
kau punya pasal namum  kawan tetap kawan saudara-tetap saudara 
sentiasa menjalinkan kasih sayang antara satu sama lain  sehingga ke hari
ini.
Bila mana orang-orang BN/UMNO minum atau makan semeja
dengan para penyokong DAP,PAS dan PKR sudah  tidak timbul lagi syak
wasangka mereka  cukup gembira gembira.
Sebagai pendekatan saya mengambil contoh Tan Sri Hj Ampong KK Puyon dengan Hassan Ibrahim adalah besan sebab anak mereka di satukan (suami isteri) semua orang telah mengetahui Tan Sri Ampong adalah penyokng kuat UMNO/BN sementara Hassnar Ibrahim adalah penyokong parti pembangkan iaitu PKR yang peliknya tapi benar walaupun mereka masing-masing mempunyai idologi yang berbeza dalam memceburi gelanggang politik namum mereka masih boleh bersatu dalam kekeluargaan diibaratkan air dicincang tak akan putus.
Apa yang kita lihat pada hari in fenomena ini boleh dijadikan teladan dan contoh kepada masyarakat sekeliling seorang penyokong kuat UMNO/BN dan yang satu penyokong kuat pembangkang boleh menjalinkan hubungan mesra dan intim inilah ciri-ciri yang ada pada diri Ampon dan Hassnar semoga jalinan kekeluargaan mereka terus berkekalan sehingga diakhir hayat.
No comments:
Post a Comment