By Admin

Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata nilai barangan
rampasan seperti diesel dan petrol, minuman keras, rokok, gula, beras, tepung
dan minyak masak sejak Januari sehingga kini, berjumlah RM1.82 juta.

Teks
ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin. Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu Limus
Jury.
Justeru,
Shahidan berharap penduduk tempatan terus bekerjasama menyalurkan maklumat
sekiranya terdapat aktviti jenayah dan kecemasan di laut.
Terdahulu,
Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim, Datuk Mohd Amdan Kurish ketika berucap
menyeru lebih ramai pihak terutama korporat dan swasta tampil bekerjasama
menyertai kempen kesedaran keselamatan di laut kerana tahap kesedaran
keselamatan di laut masih rendah.
Bercakap
kepada pemberita kemudiannya, Mohd Amdan berkata APMM telah mewujudkan enam
pangkalan baharu di persisir pantai Sabah sebagai tindakan susulan penubuhan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Kudat, Felda Sahabat,
Kunak, Indera Sabah, Beluran dan Jambongan bagi meningkatkan kawalan
keselamatan di negeri itu.
Program
Jiwa Murni yang dilaksanakan sejak 2007 merupakan khidmat komuniti tahunan di
lima Wilayah Maritim di seluruh negara bertujuan mendekati masyarakat nelayan
dengan mengenal pasti dan membantu mengatasi masalah semasa yang dihadapi
mereka.
Antara
aktiviti yang dilaksanakan termasuk membaik pulih jeti nelayan, penyampaian
sumbangan kepada Sekolah Agama Palu-Palu dan Orang Kurang Upaya (OKU),
penyampaian jaket keselamatan dan gotong-royong membersihkan kawasan pesisir
pantai..Borneo Insider
No comments:
Post a Comment