Friday, 2 December 2016

Free Sandakan Today Online…..ANDAIAN BUSUK HATI


( bukan sekali berkali hinaan)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday December 02/2016

PKR parti pertama saya sertai dan hingga kini belum ada parti saya sertai tuduhan saya KATAK itu tidak benar.

Di PKR saya tak pernah minta jawatan tapi saya kena lantik ketua penerangan PKR ( 2 tahun duduki) dan Pengarah komunikasi( 7 bulan duduki) dan keduanya saya letak jawatan kesan mahu bebas hanya menulis sahaja bukan politikus.

Sesudah letak jawatan Shafie  hubungi saya secara peribadi seminggu sebelum Shafie  letak jawatan keahlian di UMNO dan sejak itu saya bantu secara peribadi menulis hal kegiatannya dan laksanakan kerja2 komunikasi tanpa/haram sesenpun menolak upah kesan ikhlas atas sebab Allah dan demi negara bangsa.

Kemudian sesudah itu Shafie  Apdal  akrap hubungi saya dan saya cipta grup2 WHATSAPP dan grup-grup Facebook WARISAN seluruh Sabah dan Sarawak yang ahli sekitar 1.5 juta orang.

Kesan visi Shafie  sama dengan visi PKR tumbangkan rejim maka saya bantu makna Shafie  juga bantu apa yang ada dalam kepala saya tumbangkan rejim.

Berulangkali saya katakan yang saya TAK GILA jawatan dan DEMI ALLAH tidak ada keinginan jadi calon seperti diandai. Andaian itu AUTA dan BANGANG dari otak seseorang yang berhati busuk.

Jangan samakan saya dengan diri seseorang yang mengandai diri saya seolah sama macam otak kepala ototnya BADUKANG tungap tahi.


Free Sandakan Today Online… PEMIMPIN UMNO TAK HABIS-HABIS KUTUK D S SHAFIE APDAL


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday December 02/2016

KEKADANG membaca komen menghina diri mengutuk seorang Shafie  Apdal air mata jatuh tumpah. Bukan kerana sedih sangat tetapi jauh memikirkan sikap manusia yang suka sangat melontar kata.

Saya kenal seorang Shafie bukan kelmarin malah kala kami sama berkerja di bangunan sama urusetia akhir 70-80an kami selalu sembang dan makan sama sebab sering pakat minum di kantin.

Kala itu saya sudah kenal namanya seorang Shafie ini yang jarang kasar bahasanya dan jarang marah, selalu senyum dan mesra dengan sesiapapun/itulah sikap seorang anak pulau bajau bangsanya.

Perkenalan itu meski setahun dua tetapi saya sudah mengenal hati budinya dan memang kawan yang cukup baik dan kerana itu bila dia menduduki kerusi menteri saya sendiri menjauh khuatir dikatakan suka membodek ampu dan itu bukan cara saya dan ramai juga yang mengatakan agar saya mendekat dan selalu saya katakan yang saya tidak ada urusan, meski demikian saya selalu mendoakan kejayaan dari jauh. ini cara saya dan inilah budaya saya yang siap menjauh bila teman sudah di atas.

Banyak kenalan saya seperti YB Abbas Ali selalu ke rumah masa dia duduki kerusi pegawai, YB Rahim pangkat ipar saya, YB Hajiji ulan2 telefon untuk saya datang dan banyak lagi tetapi saya lebih selesa mereka tidak ingat saya sebab saya bukan sesiapa dan bukan ada namapun.

Pernah seorang mantan menteri penuh kala saya tahu dia sakit, lalu saya datang ke rumahnya dan bawa dia klinik Dr Aziz dan di klinik Dr Aziz menteri itu berkata " kenapa ketika saya duduki kerusi menteri Haji tidak mahu dekati saya malah menjauh" Demi Allah itulah kata seorang menteri dan saya terdiam hanya air mata saya keluar sebab saya tahu saya bukan sesiapa dan bukan ada nama. Ini sikap saya!

Ketika Shafie  dalam UMNO 10 tahun lalu ada yang hentam kritik dia dan saya di Keadilan ketika itu meski dia di UMNO tetap saya pertahankan dan balas yang kritik itu hingga saya ditanya apakah saya orang UMNO atau keadilan dan saya kata saya menulis kerana Allah yang benar saya pertahankan dan salah saya kritik betulkan.

Mungkin  Shafie  membaca saya pertahankan dari jauh tetapi untuk mendekatinya tidaklah ada keinginan.

Kawan yang baik sama ada jujur atau ikhlas kita perhatikan kala kita susah dan ini harus diingat dan dikaji. Bila Shafie ada kuasa, maka ramai yang mendekat, memuji dia termasuk memuji DSP Lajim Ukin dan ini biasa.

Jadi, untuk melihat memerhatikan kawan sebenarnya hanyalah ketika kita susah dan ketika susah siapa yang selalu di sisi kita maka itulah sahabat dunia akhirat kita sebab kawan terbaik ini bukan saja kala senang bersama tetapi kala susah pasti sama bersama.

Seorang ahli falsafah berbicara kawan yang terbaik ialah kawan yang menegur dan bukan yang mengIYAkan kata-kata kita. Ingat itu.

Falsafah saya beda sedikit kala kawan senang saya akan menjauh dan lebih baik dilupakan dan saya akan mendekat masa kawan susah dan si situlah akan saya bantu sedaya yang mampu dan visi saja jelas bukan semata kerana kawan sebalik kerana Allah semata.

Kawan yang susah harus kita dekati dan bantu beri semangat dan dorongan untuk dia kembali bangun memperjuangkan sesuatu yang benar kerana Allah kerana negara bangsa, inilah amanah Allah .

Memang sekarang ini saya dan seorang DS Shafie ini selalu berhubung dan menghubungi dan sikap bahasa, cara bergaul sangat beda jauh dengan yang lain dan jelasnya kenal dia dalam dirinya itu tumbuh kasih sayang yang jarang ada pada orang lain.

Kala menghubungi saya lewat telefon selalu ia ucapkan salam dan doa damili dirahmati Allah dan berkirim salam dan itulah yang selalu dia perkatakan dan kesan bahasa itu juga saya jadi terkalahkan yang saya hadapi seorang insan yang sama sekali lain.

Kala berbicara dengan dia seolah saya bercakap dengan seorang ustaz/ulama yang tidak habis2 memberikan nasihat dan pandangan yang cukup lembut dan bersahaja masuk ke dalam jiwa saya dan dua hari lalu katanya " kesian dia, haji jangan kritik dan jangan sentuh ya" kata-kata itu cukup bermakna buat saya dan saya jelaskan yang saya tidak pernah kritik dan menyentuh orang berkenaan.

" Biarlah mereka kutuk hina kita, aibkan kita dan kata macam-macam tapi jangan balas dan jangan hina mereka dan jika sesuatu itu tidak benar katakan saja itu tidak benar atau fitnah" Katanya dan kenyataan itu menyebabkan saya cukup berhati-hati.

"perjuangan kita ini jauh lagi dan hati2 menulis jangan sampai terperangkap kesan pelbagai akta dicipta untuk memerangkap kita" kata DS Shafie lagi dan saya terdiam sebentar dan memang tahu hal itu.

Bila membaca kenyataan-kenyataan  di laman sosial memang seorang DS Shafie selalu saja dikutuk hina aibkan pelbagai, dituduh sedang tuduhan itu auta semata dan tidak benar yang kekadang mana yang sempat dijawab pasti saya jawab dan kesannya mereka sama hina kutuk saya seolah saya ini mendapat upah beribu dan pernah kerja di DBP curi duit DBP berjuta-juta . Aneh, sebenar saya tak pernah berkerja di DBP. terima kasih kesan fitnah saya!

Demi Allah saya tidak mendapat upah satu senpun sebab saya sendiri punya pendapatan beribu sebulan, lalu untuk apa saya mahukan upah dan kalau adapun itu DEMI ALLAH saya tolak.

Tak cukup dengan itu diikatakan pula saya mahu melobi jadi calon dan itu saya sangkal sebab saya sendiri meletak jawatan tertinggi di sebuah parti tahun lalu dan bersama DS Shafie hanya membantu dari segi komunikasi. Itu saja tidak lebih dan tidak kurang.

Memang kekadang membaca komen dan hinaan yang begitu banyak di sana sini kekadang kalau tak tahan itu bisa melemahkan semangat juang kita tetapi demi anak bangsa, maka itu bukan melemahkan sebalik terus meniupkan semangat untuk berjuang tanpa peduli apa kena penjara atau mati tetap dihadapi.

Memang sedih tetapi apakan saya kala malam atau bersendirian yang selalu kita doakan mereka yang mungkar diberikan hidayah sedar dan Allah mudahkan laluan ini demi negara bangsa kita di Sabah, Malaysia seluruhnya.

Allah pasti berkati mereka yang jujur dan yang tidak jujur pasti akhirnya akan punah binasa. Insya Allah.

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah

Free Sandakan Today Online.....TUMBIH WARISAN DI SABAH UMNO SUDAH TERGUGAT HABIS

OLEH: JOSEPH P ANDAU (KB)
Friday December 02/2016

TUMBUHNYA Parti Warisan Sabah (WARISAN) di Sabah   yang dipimpin oleh mantan Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Semporna sedikit sebanyak telah menggugat kestabilan perpaduan UMNO/BN di Sabah.

Apa tidaknya ia menggugat kestabilan UMNO/BN sebab  saban hari ramai ahli-ahli UMNO  bukan lagi beratus-ratus bahkan beribu-ribu orang keluar meninggalkan UMNO/BN kemudian menyertai parti WARISAN

Perhimpunan Agung UMNO yang sekarang sedang berjalan  PWTC tidak meriah sebelum WARISAN wujud di Sabah  ini menunjukkan sokongan padu terhadap perjuangan UMNO semakin hari kian merosot

AHLI UMMNO 12,000 sertai WARISAN melibatkan lima bahagian UMNO Kinabatangan-Beluran- Batu Sapi Libaran dan Sandakan

Bukan sahaja suku-suku Kadazan Murut-Dusun dan Cina memang telah menolak mentah-mentah  perjuangan UMNO/BN sedangkan orang-orang Bumiputera Islam pelbagai aknik pun 98 peratus telah menolak UMNO yang dipimpin oleh Najib Razak,

Inilah kesedaran orang Bumiputera Islam  dan bukan Islam termasuk kaum Cina dan India sudah menyederari  perjuangan UMNO/BN yang penuh  yang penuh kepura-puraan yang terlalu banyak berkisar dengan pembabitan amalan rasuah sudah jadi budaya dan darah daging terhadap para pemimpin UMNO/BN memakan duit haram.

Akan tetapi terdapat peminpin UMNO seperti Datuk Salleh Said Keruak Datuk Abdul Rahman Dahlan  masih berlagak sombong-angkuh dan temberang cakap besar walaupun beribu-ribu rakyat Sabah  khususnya ahli-ahli UMNO keluar dan menyertai WARISAN   sedikitpun tidak menggugat kestabilan dan sokong UMNO sebab ada rakyat pendatang baru  di Negara ini iaitu  bangsa Bangladesh  yang berjumlah 1.5 juta sudahpun berada di Negara ini 80 peratus sudahpun  diberikan status  sebagai warganegara Malaysia iaitu  Banglasia.

Manakala lebih 100 ribu telah didaftar sebagai pengundi baru untuk PRU14 nanti oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk undi calon-calon BN/IMNO.

Sementara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula berperanan memberikan dan mengeluarkan 100 ribu keeping MYkad kepada  Banbgla.



Thursday, 1 December 2016

Free Sandakan Today Online........LOJI UTARA TERCEMAR AKIBAT SUNGAI KING FOO SISA-SISA BUANGAN DIESEL




OLEH: AZMIE AZMAN
Thursday  December  01/2016


TAWAU:- Pihak kerajaan khususnya  Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS) dan Jabatan Air Tawau harus mengambil tindakan drastic terhadap orang-orang yang tidak bertanggunjawab memcuci tangki minyak diesel di dalam sungai berhampiran Taman  King Fook dekat sini.

Sungai tersebut adalah merupakan sumbar air utama mengalir ke Loji Utara sekarang sudah dicemari oleh sisa-sisa minyak diesel  yang membahayakan   kesihatan orang ramai jika  terminum  air paip yang dibekalkan dari loji berkenaan.


Akibat sungai tersebut telah dicemari  loji tersebut terpaksa menghentikan operasinya sejak kelmarin lagi  demi menjamin keselamatan  orang ramai dari terminum air kotor itu.

Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS) harus mengambil tindakan tegas tanpa ada budi bicara terhadap orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang nengaja  mencemarkan air sungai yang dimaksudkan itu.


Free Sandakan Today Online .....SHAFIE UCAP PENGHARGAAN & TERIMA KASIH


( Kasus kehadiran rakyat di Sandakan/jelajah Warisan)
OLEH:  ISMAILY BUNGSU
Khamis  December 01/ 2016

TIDURNYA saya tadi sekitar 3:30 subuh dan kemudian sesudah sejam tidur bangun lagi untuk solat sambil berdoa dan kemudian membaca, telaah, amati dan menulis sedikit.
Baca, menulis, telaah dan baca, nulis dan baca lagi memang itulah kerja saya dan inilah yang saya lakukan sejak 40 tahun lalu maka itu memang satu budaya yang terus diamalkan, cuma kematian yang bisa mengarah untuk saya berhenti menulis.
Sesudah pagi tadi tiba-tiba DS Shafie Apdal telefon saya dan memang dua kali kami bercakap dan kali pertama ada ganguan dan kami faham sangat mungkin ada yang merakam dan biasanya selalu kami berhentikan untuk bercakap.
" Kita kena hati-hati  " Kata DS Shafie setelah mengucapkan kata salam dan saya memang faham sangat sebab memangpun dalam perhatian dan biasanya tekanan ada saja di mana-mana/itu sebab Shakepeare kata sebagai penulis dan politikus telinga harusnya seperti telinga badak tahan tukul dan mesti selalu sabar tak boleh melenting dan marah-marah.
Sesudah terhenti bicara awalnya, DS Shafie Apdal telefon lagi dan kali kedua kami banyak berbicara dan tentu saja yang dibicarakan itu hal POLITIK semata disamping keluarga masing2 yang menjadi amalannya selalu.
" Kita ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di Sandakan dan secara peribadi dan bagi pihak MT WARISAN amat menghargai kehadiran rakyat di Sandakan 27hb November lalu dan kehadiran yang begitu ramai memang di luar jangka " Kata DS Shafie dan saya bisa rasakan DS Shafie amat senang dan gembira sekali.
" Mereka ada datang dari Kudat, Nabawan, Beaufort, Kota Marudu, Tawau, Sipitang, Labuan dan banyak lagi dan itu saya cukup terharu dan ucap TERIMA KASIH dan memang kami hargai sekali " Tambah DS Shafie lagi.
" Mereka mereka datang tanpa dikasih wang poket, tanpa disediakan tambang, tanpa disediakan penginapan malah ramai yang datang lebih awal dua hari dan sehari sebelum. Itu satu pengorbanan yang cukup saya hargai dan memang saya terharu sangat kesan mereka rata-rata sanggup berjuang begitu sungguh-sungguh demi masa depan anak bangsa kita " Katanya lagi dan saya hanya mendengar dan kekadang sedih pula terasakan sebab suara DS semacam sedih, bukan sedih kerana yang lain tetapi kesan penderitaan rakyat yang susah sanggup bersama mendengar dan bersama DS Shafie di Sandakan.
Sebelum ini memang banyak sangat fitnah dilemparkan kepada DS Shafie sebagai presiden WARISAN dan seorang ketua menteri sendiri dikatakan ada mengatakan yang DS Shafie ini Lanun di Darat yang maknanya ketua perompak.
" Haji sendiri yang hanya menulis dan bukan berpolitik juga terus difitnah dan saya memang membacanya selalu" Katanya dan saya tersenyum mendengarkan dan itu perkara biasa bukan luar biasa.
Apa saja harta khazanah rakyat yang seorang Shafie rompak dan curi di Sabah? Adakah dia punya simpanan wang berjuta di bank atau ada simpanan berjuta di rumah dan apa saja harta dan rumah beliau yang kelihatannya seperti istana di Semporna atau di Kota Kinabalu seperti rumah pemimpin lain yang berjuta-juta harga dan kereta di susun di halaman rumah?
" Kita difitnah dikatakan berjanji membayar RM500 seorang setiap yang hadir di Sandakan. Jika RM500 seorang dan yang hadir sekitar 5-6,000 orang lalu berapa banyak dana yang harus saya sediakan dan kalau sudah berkali-kali perhimpunan diadakan maka berapa banyak dana yang ada dalam simpanan saya? kalaupun ada yang menderma RM2.6 bilion, maka tentunya seperti gunung dicangkul akan runtuh juga.. ini memang fitnah dan auta " jelas DS Shafie lagi dan sambil itu ia akui yang makanan memang ada sedikit disediakan tetapi itu adalah BUDAYA kita menjamu setiap yang datang dan itu budaya baik dan beradat.
" Pagi ini saya membaca tulisan haji konon ada yang khuatir/ menyentuh dikhuatiri WARISAN berat ke sebelah bangsa dan ini berulang-ulang saya katakan yang WARISAN ini parti pelbagai kaum dan di dalam sudah ada kadazan/dusun, Bajau, Rungus, Brunei, Bisaya dan banyak bangsa/soal kepinggirkan itu tidak mungkin sebab saya sendiri bukan pemimpin Bajau tetapi pemimpin seluruh bangsa di Sabah" katanya dan kata-kata itu memang berulang kali diucapkan tetapi kelihatannya masih ada yang usaha memperkatakan sesuatu yang tempang dan usaha memesongkan pemikiran rakyat yang berbondong datang memberikan sokongan atas nama perjuangan demi negara bangsa yang sekian lama ditekan dan diabai.
Memang benar, parti lain kalau mengadakan perhimpunan biasa selalu disediakan bas, penginapan dan tambang malah disediakan wang poket dan itu jelas bila ada perhimpunan parti di Kuala Lumpur dan sesudah perhimpunan mereka membeli belah dan ketara sesudah perhimpunan berbeg-beg mereka bawa sama kala pulang ke Sabah.
" Kita di Warisan tidaklah demikian dan sekadar makan/minum ada disediakan meski tidak mencukupi kekadang kesan kehadiran diluar jangka " Tambahnya lagi dan itu diakui sebab ianya satu budaya untuk menjamu sesiapa saja yang datang ke rumah kita.
DS Shafie Apdal yang saya kenal memang selalu berpesan agar kita tabah dalam perjuangan dan pesannya meski kena hina, maki hamun, kutuk aibkan sebaiknya jangan sekali dibalas dan biarkan saja mereka begitu sebab barangkali memang itu budaya mereka dan sebagai pejuang semua ahli kena terima hakikat bila memperjuangkan kebenaran akan datang cabaran, kutukan dan di situ kesabaran kita kena uji oleh Allah.
" Sabar itu separuhnya iman Haji dan cara Rasul/Nabi berjuang harus dijadikan contoh dan jangan sesekali goyah dan kita harus berjalan terus ke depan dan sesekali menoleh kiri kanan itu sekadar melihat jejak2 yang tertinggal untuk dijadikan panduan.." Katanya lagi dan saya mendengar penuh perhatian.
Seperti awal dan akhirnya DS selalu memberi salam/doakan kita dan famili yang baik-baik dan diakhir ucapan ia juga berkirim salam buat famili dan semua orang dan itu tanda kasih sayangnya kepada kita.
Yang paling utama ia katakan hari ini ialah ucapan terima kasih banyak kepada semua yang bersusah payah datang ke Sandakan untuk bersamanya dan sumbangan serta kehadiran mereka itu cukup ia hargai dan demikian juga kepada seluruh JK yang kendalikan acara di Sandakan.
Moga Allah memberkati kita semua
Moga Allah memberikan kesihatan yang baik
Moga Allah terus memudahkan laluan kita semua
Moga Allah terus memberikan hidayah dan petunjulk
ubah sabah
ubah sabah
ubah sabah
" Warisan mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan sudah ada garis panduan dan dasar-dasar nya serta Mudah2an Allah memberikan keberkatan yang tidak sedikit buat semua kita termasuk penulis-penulis  yang banyak sangat memberikan sokongan kepada kebangkitan rakyat dan diharapkan PRU14 menjadikan medan penentu untuk rakyat berkuasa dan meletakkan pemimpin telus jujur memimpin negara bangsa dan doa negara kita terutama Sabah aman bahagia segala hasil dinikmati bersama di bumi Allah tanpa membezakan rakyat semananjung dan Sabah sebab semuanya milik Allah " Katanya lagi sebelum kami menutup sembang pagi tadi.


Free Sandakan Today Online… SALIRAN PARIT TERSUMBAT JALAN DATUK TAY MUDAH DILANDA BANJIR KILAT.



OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: BRYAN CHANG SHAK HUNG
Khamis December 01/2016


SANDAKAN:- Sistem perparitan yang tersumbat akibat kerka-kerja menimbusan tanah untuk pembangunan inilah punca saliran parit yang berhampiran tersumbat menjadikan air bertakong  hujan tak sampai 38 minit  sudah dilanda banjit kilat.


Jalan Datuk Tay adalah merupakan jalan laluan utama untuk semua pelbagai jenis kenderaan sepatutnya pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  memastikan semua longkang atau parit yang berada  dipinggir jalan dalam keadaan bersih demi mengelakan air bertakong  bila saliran parit atau longkang dalam  keadaan bersih sudah tentu bila hujan lebat  perjalanan air terus mengalir dengan derat menuku kekuala temtunya banjir kilat tidak berlaku.

Diharap bila tersiarnya berita ini nanti pihak MPS akan segera bertindak dengan pantas untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggelaraan semua parit/longkang yang bermasalajh memandangkan kini musim tengkuju.


Free Sandakan Today Online...PERHIMPUNAN UMNO UNTUK RUANG LUANG PUJI-PUJI PERDANA MENTERI



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Thursday December 01.2016

KATA orang biasanya perhimpunan agung UMNO lokasi memperlihatkan kebijaksanaan retorika untuk memuji seorang PM dan kalau adapun kritik biasa yang hanya sedikit pujinya melebih.

Kalau adapun dibahas masalah rakyat hanya bahasan kecil dan dilakukan sedikit kesannya tetap sama terhadap Malaysia bukan makin membaik sebalik memburuk hingga ringgit Malaysia sekarang tidak laku dan rakyat menderita.

Setiap perhimpunan kita akan mendengar pujian-pujian melangit dan sebelum permhimpunan MT memberikan amaran untuk jangan membahas sesuatu isu yang memudaratkan seperti 1MDB dan sesiapa yang membahas itu bahaya.

Mungkin kalau adapun sudah diatur dan sesudah dijawab dan diputuskan oleh peguam negara selesai, maka semuanya juga harus akur sebab peguam negara lagi orang yang dapat memberikan kata putus dan semua mesti akur.

Begitulah sistem yang mereka tentukan dan ketentuan itu sebenarnya menyebabkan Malaysia dalam keadaan bahaya sebab semuanya jenis pak angguk dan tidak terbuka dan sikap semacam itu usaha dialirkan ke parlimen dicipta akta OSA, NEC danm segala macam akta sesuatu yang dianggap bahaya dalam laporan odit tidak boleh disebarkan dan kesan itulah yang terkena terhadap pejuang rakyat namanya Rafizi.

Begitulah sikap perhimpunan agung UMNO yang sebenarnya banyak
sangat pintunya tertutup demi keselamatan pemimpin atasan yang telah melakukan kesilapan dan akhirnya di sana sini hanyalah dendangan puji puja konon Najib seorang PM yang terbaik sekali.