Monday, 6 April 2015

MASALAH PARKING DI HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN AMAT KRITKEL.....WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Disebakan kekurangan tempat letak kereta (Parking Space) di kawasan Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOKS)  kini telah menimbulkan kontraversi  di kalangan pelawat dan pengunjung setempat.

Dengan itu Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong bertanya kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Subramaniam semasa dalam persidangan Parlimen tentang masalah kekurangan tempat letak kereta di hospital Sandakan, dan mengatakan kerajaan tidak ikhlas dalam menangani masalah tersebut hingga menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai yang sering berkunjung sama ada  untuk mendapatkan rawatan mahupun  melawat kepada pesakit

Wong menyoal Menteri Kesihatan dalam sesi soal jawab di persidangan Parlimen, adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menaiktarafkan kemudahan hospital Sandakan, terutamanya masalah kekurangan tempat letak kereta yang telah timbul sekian lama, serta cadangan untuk membina tapak letak kereta. Subramaniam membalas, setakat ini kerajaan tiada rancangan untuk berbuat demikian, tetapi kerajaan akan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan ini.

Wong amat tidak berpuas hati dengan jawapan ini, beliau berkata”kerajaan sering kali menggunakan alasan sebegini untuk melayan rakyat, membiarkan rakyat menunggu, sampai bilakah rakyat kena menunggu? Saya meminta menteri memberi jawapan yang jelas kepada saya, dapatkah kerajaan menambahkan tempat letak kereta di hospital Sandakan, kerana masalah ini semakin serius, memerlukan cara penyelesaian segera!”

Seterusnya, menteri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menjadikan padang di hospital Sandakan sebagai tapak letak kereta sementara, tetapi beliau tiada menyebut bilakah ia dapat dilaksanakan. Wong berpendapat bahawa, jika kerajaan mempunyai rancangan sedemikian, maka seharusnya melaksanakannya dengan segera, kerana hospital merupakan kemudahan awam yang amat penting kepada rakyat, kerajaan patut membuat pertimbangan mengikut keutamaan. Jika padang tersebut dapat dijadikan tapak letak kereta sementara, ia dapat menambahbaikan keadaan, tetapi bagi  jangka masa yang panjang, kerajaan harus meningkatkan kemudahan hospital secara menyeluruh, termasuk menambahkan bangunan letak kereta, supaya masalah dapat diperbaiki.

Wong mengkritik kerajaan langsung tidak ikhlas untuk memberi tumpuan kepada kemudahan hospital awam, beliau mengingatkan kerajaan, kini negara kita masih terdapat lebih daripada 80% pesakit memerlukan perkhidmatan hospital awam, tetapi perkhidmatan dan kemudahan hospital awam semakin teruk, bukan sahaja penuh sesak dengan orang, malah banyak kemudahan perubatan juga tidak setanding hospital swasta, tempat letak kereta juga tidak mencukupi, ini adalah masalah yang serius, dan menunjukkan kerajaan langsung tidak berniat untuk menyediakan perkhidmatan perubatan awam yang baik kepada rakyat.

Sebagai contoh, pesakit terutamanya orang tua beratur dan menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital, bukan sahaja mungkin tiada tempat duduk, malah kena menunggu selama beberapa jam, ada juga hospital awam yang tidak dilengkapi dengan penghawa dingin, pesakit terpaksa menunggu lama dalam keadaan yang panas, ini adalah tidak munasabah.

Selain itu, disebabkan tempat letak kereta tidak mencukupi, pesakit yang datang awal dapat tempat untuk letak kereta, manakala pesakit yang datang selepas itu terpaksa “double parking” di depan tempat letak kereta,  menghalang kereta orang lain, keadaan ini menimbulkan banyak masalah.

Kata beliau, masalah tersebut adalah disebabkan permintaan terlalu tinggi, bilangan orang yang memerlukan perkhidmatan hospital awam banyak, tetapi sejak beberapa tahun ini pertumbuhan hospital swasta adalah lebih tinggi berbanding dengan hospital awam, ini menunjukkan kerajaan tidak prihatin terhadap hospital awam, menyebabkan sebahagian besar lapisan masyarakat yang miskin tidak mendapat sumber perubatan atau rawatan yang sama rata. Walaupun kerajaan terdapat bajet yang banyak bagi sektor perubatan setiap tahun, tetapi masih tidak mampu untuk menangani keperluan perubatan yang tinggi, kerajaan harus memandang serius dan mengatasi masalah ini.
Wong bertambah, hospital yang berada di ibu negara dan Bandaraya mungkin tiada masalah yang serius, tetapi hospital awam dan klinik di kawasan pedalaman mungkin mengalami kekurangan sumber yang lebih teruk, bukan sahaja kekurangan doktor, malah perlengkapan perubatan juga tidak mencukupi.

Wong juga berkata, beliau pernah mencadangkan di Parlimen untuk menambahkan pusat rawatan tumor dan alat radioterapi di hospital Sandakan, ini kerana seluruh Pantai Timur Sabah tiada peralatan pakar dan pusat perubatan untuk merawat kanser, Sandakan dan Pantai Timur Sabah patut mendapat layanan yang adil!

Beliau berkata, perubatan merupakan sumber awam dan hak asas rakyat, kerajaan patut menambahbaikan perubatan awam, barulah dapat menjamin keselamatan dan kehidupan rakyat. Menjadikan hospital awam setaraf dengan hospital swasta, mempunyai kemudahan yang lebih baik dan sumber yang mencukupi untuk membantu mereka yang memerlukan, ini adalah hak asas dan maruah setiap orang!



Sunday, 5 April 2015

IBUBAPA DISARANKAN FOKUS MURID TAHUN 6 UNTUK KECEMERLANGAN.....KATA NURLILA

OLEH: SHAIMON S JUMADI



KARAMUNTING:- Para ibubapa dan penjaga harus memainkan peranan masing-masing kearah fokus dalam pembelajaran anak-anak mereka  terutama sekali  focus kepada murid-murid tahun enam (6).

Dengan penglibatan ibubapa dalam menerapkan nilai-nilai murni khususnya  focus akademik anak-anak mereka sudah pasti akan menempuh kejayaan yang cemerlangan.

Puan Nurlila Abdul Wahab Pegawai  SISC Pejabat Pendidikan Daerah berkata demikian ketika berucap merasmikan  Program Peningkatan Kesedaran dan Motivasi Ibu bapa  dan Murid Fokus Tahun 6 2015 anjuran SK Karamunting kelmarin.

Katanya ibubapa juga di sarankan agar sentiasa mengikuti apa jua program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah berkenaan ini demi menjamin keharmonian dan siratulrahim di kalangan ibubapa dan guru-guru berkenaan.

Sementara dalam ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Karamunting Puan  Elizabeth @ Sakina Shapikin antara lain menjelaskan  program itu diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam  kalangan ibu bapa tentang tanggungjawab untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

Katanya lagi memberikan kesedaran kepentingan akademik untuk masa depan  anak-anak dan juga keluarga.


“Memberikan motivasi dan meningkatkan keinginan murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan dalam meraikan murid-murid mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri” Ujar Sakina.

AJK PIBG SK KARAMUNTING BUAT LAWATAN AMAL

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Ahli-Ahli Jawatankusa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Karamunting yang diketuai oleh Pengerusinya Alidin Adin telah membuat lawatan amal Ke Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOKS) untuk melawat pesakit  Mohd Taib Osman yang kini sedang terlantar di wad berkenaan.

Kata  Alidian tujuan lawatan amal itu adalah sebahagian  daripada aktiviti-aktiviti PIBG SK Karamunting dalam menjalankan  aktiviti kemasyarakatan yang merupakan satu amal ibadah juga yang dituntut agama Islam.

Tambahnya lagi semasa Mohd Taib sihat sebelum lumpuh separuh badan beliau (Taib) orang yang kuat  kerja dalam mengikuti pelbagai program yang dijalankan oleh PIBG SK Karamunting.


“Kami mendoakan agar Osman cepat sembuh dan keluar dari wad hospital berkenaan dengan seberapa segera” ujar Alidin

GARA-GARA BATTERI TERLALU PANAS KERETA KANCIL SD.5597B HANGUS TERBAKAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Malam tadi kira-kira jam 2.00 pm satu  kebakaran berlaku yang membabitkan sebuah kereta Kancil nombor plat SD 5597 B dihadapan bangunan Blok antara 24-26 Taman Mesra dekat sini.

Menurut saksi yang melihatan tragedy itu sebenarnya  kebarakan bermula dari api kecil tentu boleh  diselamatkan kereta itu ini dipanggil terpekik-terlolong tiada orang yang ambil kisah langsung hingga satu jam begitu  baru pihak Jabatan Perkhidmatan Bomba datang untuk memandamkan api kereta yang sudah separuh rentung bahagian depan.

Punca kebakaran itu ianya disebabkan batteri kereta terlalu panas kerana terlalu banyak sambung  sana sambung sini   untuk  eksesoris mengguna amplifier laud  speaker besar supaya  suara muzik menggegarkan jantung.

Pihak Bomba berjaya memadamkan api dalam  masa 20 minit sahaja dibantu oleh 4 orang anggota lain.


Kereta sudah hangus hendak buat tuntut aninsurans pun tak dapat  apa boleh buat siapa suruh pasang banyak  eksesoris kereta lebih-lebih sehingga kuasa karan battery tak dapat menampung.

Saturday, 4 April 2015

DANIEL LIAW WAS RETURNED AS THE COMMODOR SANDAKAN YACHT CLUB

PICTURE SHOW….Daniel Liaw廖伟雄 (middle) with other members of the general committee

THE 
BY AZMI AZMAN


(BM Commodore, Timbalan Commodore & Naib Commodore)


SANDAKAN:  The candidates for the top five posts of the Sandakan Yacht Club (SYC) general committee for the 2015-2016 term were elected unopposed at the recent  SYC Annual General Meeting.

Daniel Liaw廖伟雄 was returned as the Commodore of Sandakan Yacht Club (SYC) for a second consecutive term.

Apart from Daniel Liaw廖伟雄, the others who won uncontested were Richard Lim林紫靈, (Vice Commodore), James Leong梁駿健 (Rear Commodore), Fred Wong王惠堅 (Honorary Secretary), Jeremy Chan陈在仁 (Honorary Treasurer).

Both James Leong 梁駿健 and Jeremy Chan陈在仁 were the Rear Commodore and Honorary Treasurer respectively in the previous SYC general committee.

Five candidates vied for the four Committee Member slots. The contest was won by Chin Nam Hong陈南雄 (Food & Beverage), Norman Sim沈伟聰 (Sports), Paul Wong 王和仁 (Security) and Melissa Eng翁世敏 (Entertainment).

Meanwhile, the new air conditioned bar project proposed by the previous SYC general committee was approved in the Extraordinary General Meeting held before the AGM.

According to Daniel Liaw 廖伟雄, the SYC general committee has plans to attract more new and young members to join the club and the new air conditioned bar project is one of the initiatives towards this objective.

“Two major events to be hosted by SYC this year are the Sandakan River Race/ Sandakan Regatta/ Sabah Closed 2015 and Asia Pacific Interport Balut  in November,” Daniel廖伟雄 said.

Other activities include the annual SYC-Sandakan Festival Open Fishing competition in August and also the SYC Harvest Festival in May, he added.


END


Thursday, 2 April 2015

KAMPUNG PULAU NUNUYAN LAUT MEMBANGUN TAPI TIADA BEKALAN AIR BERSIH (PAIP AIR)

CORETAN DARI MEJA EDITOR FST NEWS
SHAIMON S JUMADI

PAGI tadi kira-kira jam 10.00 pagi saya terpanggil untuk membuat lawatan ke Kampung Nunuyan Laut kira-kira 50 batu nautika jauhnya dari Bandar Sandakan kalau menaiki  bot laju hanya memakan masa 28 minit saja untuk sampai ke pulau tersebut.

Pulau Nunuyan Laut adalah dibawah lingkungan kawasan Parlimen Libaran dan di DUN Sungei Sibuga  yang rata-rata penduduknya adalah  terdiri daripada keturunan suku  Banjar, Suluk dan Bajau .

Memang tidak dinafikan Pulau Nunuyan banyak mendapat pelbagai kemudahan asas seperti Klinik Kesihatan, Sekolah, Masjid dan juga bekalan elektrik daripada pihak Sabah Elektrik Sdn Bhd  (SESB).

Cuma yang agak menyedihkan kampong itu langsung tiada bekalan air bersih seperti paip air, mereka rata-rata membina telaga (perigi) sendiri  masing-masing dengan mengguna water pump  machine  untuk menyedot  air untuk sampai kerumah.
 
Saya pergi Pulau Nunuyan telah di temani oleh Pagawai Khas II Parlimen kawasan Sandakan  Dayang Zubadai Datu Tahil dalam  temubual dengan Ketua Kampung Nunuyan Laut KK Halid Abdullah yang telah berkhidmat selama 19 tahun sebagai Ketua Kampung di Kg Pulau tersebut.

Dalam temubual tersebut beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian segala kemudahan asas untuk keperluan penduduk berkenaan cuma beliau  mohon  jasa baik kepada pihak kerajaan agar dapat membekalkan air bersih seperti air paip demi menjamin kesihatan.

Begitu juga walaupun kampong itu mempunyai bekelan elektrik daripada SESB tapi hanya boleh digunakan dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Nunuyan Laut merayu  kepada pihak SESB agar dapat membekalkan elektrik ke kampong ini selama 24 jam.

“Saya percaya jika pihak SESB boleh membekalkan bekalan tenaga dalam tempoh  24 ini juga memberikan kemudahan kepada penduduk kampung yang 90 peratus mereka adalah golongan nalayan boleh membuat air batu (ais batu) untuk dibawa kelaut untuk disimpan didalam tong ikan-ikan  hasil tangkapan mereka “ katanya lagi.


Sejurus selepas kami dari rumah KK Halid kami terus menuju ke markas  Esscom yang terdiri daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)  seramai 17 orang dibawah takbir Inspektor Donald anggota berasal dari Bumi Kenyalang.
 
Mereka ditugaskan untuk membuat roandaan dipersisiran sepanjang pantai untuk mengawal rapi bagi menjamin tahap keselamatan di Pulau  tersebut.

Dalam temuramah khas dengan wartawan kanan Free Sandakan Today  Donald memberitahu mereka ditugaskan di Pulau tersebut cukup gembira kerana segala kemudahan telah disediakan oleh pihak pemerintah.

Kemudian  Dayang membawa saya pergi ke bangunan Sekolah Kebangsaan Nunuyan Laut dan sempat berbicara mengenai pasarana  di sekolah berkenaan.

Kata guru besar sekolah berkenaan walaupun terdapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik menggunakan Solar boleh  gunapakai masalahnya tenaga solar berkenaan tidak dapat menampung  keperluan untuk membekalkan tenaga elektrik terdapat berapa buah bangunan pra sekolah dan dua buah rumah mewah yang dikhaskan untuk menempatkan Guru Besar dan Penolong Kanan Guru tidak mempunyai bekal elekrik.

Saya dan Dayang Zubaidah mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung Nunuyan Laut KK Halid Abdulah dan Inspektor Donald dan juga Guru Besar kerana memberikan kerjasama sepenuhnya dalam kami membuat kerja kupas mengupas semoga tersiarnya aktikel ini pihak-pihak yang berwajib dalam mengambil perhatian khususnya mengenai bekalan air paip dan bekalan elektrik 24 jam di kampung yang  bersangkutan itu

Hampir ketinggalan satu perkara perlu diselongkar atau dibongkar sejajar dengan kosep The Sabah Insider “Membongkar Kemungkaran-Mempertahankan Kebenaran” iaitu pagar sekolah banyak bolong sana bolong sini ia perlu dibaiki kerana banyak asu (anjing-anjing) masuk keruangan kawasan sekolah termasuk juga lembu-lembu (sapi)  turut menceroboh (mana Esscom)   ke kawasan sekolah kerana pagarnya sudah bobrok perlu dibaiki segera



LAKSANA GST BENAR-BENAR MEMBAWA PADAH BN/UMNO PADA PRU 14 NANTI

NUKILAN DARIPADA DG SUHAILA


TERKENANG (GMP) Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) beberapa tahun lalu yang dipimpin oleh Dato Dr Hasan Ahmad, Hasni Abas, Prof Emeritus Abdullah Hasan, Suhaizan Kaiat dan ikon mereka Sasterawan Negara A.Samad Said. Isu PPSMI berjaya memecah tembok politik kepartian. Walaupun parti pembangkang sudah lama menolak PPSMI, tetapi isu ini kembali hangat apabila satu program akedemik diadakan di Pusat Peradaban Melayu, Fakulti Sastera Universiti Malaya.

Sesi yang dipengerusikan oleh tokoh budaya dan bahasa Prof Dato Dr Latif Bakar itu menjadi panas apabila dibangkitkan isu PPSMI. Seorang ahli pensyarah matematik UKM Prof Shahrin Mat Zin mencabar ahli akedemik bangkit melawan PPSMI. Dan beliau mengistiharkan sedia memecah tempok penjara jika benar benar ahli akedemik hendak tentang PPSMI (maksudnya begitu, istilahnya mungkin berbeza). Beberapa ahli akedemik dalam majlis tersebut menyambut cabaran Prof Shahrin walaupun pengerusi mengambil sikap 'diam tersenyum'. Saya tahu sebab apa Prof Latif diam, sebab 3 tahun saya menjadi pelajar beliau dalam bidang komunikasi dan bahasa di Jabatan Pengajian Media.

Bermula daripada saat itulah beberapa pertemuan diadakan. Hasni Abas seorang kakitangan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Suhaizan Kaiat menjadi kordinator. Hasni menjadi SU dan Suhaizan sebagai PSU. Mereka melamar Dato Dr Hasan Ahmad bekas pengarah DBP untuk pengerusikan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Gerakan ini memulakan roadshow mereka ke seluruh negara dan semakin ramai mendapat sambutan kalangan ahli akedemik, budayawan, sasterawan. Tidak lupa ahli politik, akrivis masyarakat yang sememangnya bersama sejak awal menentang PPSMI.

Kemuncaknya 7 Mac 2009 diadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur. Perarakan dari beberapa tempat termasuk Masjid Negara ke Istana Negara. Sebelum sampai ke persimpangan Istana Negara, pihak polis menembak gas pemedih mata dan menggempur peserta. A.Samad Said yang menjadi ikon ketika itu turut terkena gas pemedih mata dan terpaksa dipapah oleh beberapa petugas. 


Pemimpin politik seperti Presiden PAS (TGHH), pimpinan PKR dan DAP yang berada di barisan hadapan turut berpecah selepas gas yang kuat ditembak tepat ke perkumpulan pimpinan.hadapan Masjid Negara beberapa kumpulan pelajar sekolah menengah yang datang dari Johor dan Terengganu dipimpin almarhum Ustaz Abu Bakar Cik turut menyertai himpunan. Mahasiswa juga tidak kurang mengusung keranda mengingatkan kematian bahasa. Berakhir dengan kerajaan mengumumkan PPSMI dibatalkan.

Apa yang hendak disampaikan di sini ialah bukanlah jumlah kehadiran pada hari bantahan tersebut. Biasa sahaja pakatan parti pembangkang boleh himpun ratus ribu ke jalan raya sebagaimana himpunan BERSIH. Tetapi kehadiran golongan luar kebiasaan ke himpunan ini.

Ketika solat zohor di Masjid Negara, saya terpandang kelibat Prof Emeritus Dato Dr Abu Bakar Hamid. Seorang tokoh akedemik yang tidak dilihat dalam perkumpulan GMP sejak awal tetapi hadir pada hari bantahan. Usinya sudah 70-an ketika itu.
 Teringat dalam kelas, ketika sesi pembelajaran, Prof Bakar dihubungi Naib Censelor UM ketika itu (Prof Hashim Yaakub) untuk bertemu beliau. Isunya keluar di muka hadapan akhbar Harakah satu berita berjudul 'NC Ketua SB'. Jika tidak silap berita itu memetik kenyataan Prof Bakar yang mengatakan Naib Canselor sekarang sudah seperti SB. Kritikan mereka terhadap PPSMI dan lain lain hal di ruang Kafe Fakulti pun sampai ke pengetahuan Naib Cancelor. beliau mohon ditamatkan kelas sebab NC mahu mengadap beliau, bukan beliau mahu mengadap NC.

Begitulah layaknya Prof Bakar melayan NC yang kuat politik. Saya dimaklumkan juga Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim (pakar bahasa) turut serta dalam bantahan ini. Bahkan Dato' Hasan Ahmad itu sendiri adalah ahli UMNO. Agak janggal pada awalnya dia bekerjasama dengan orang PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi dibantu oleh tokoh-tokoh seperti Prof Emeritus Abdullah Hasan dan isterinya Puan Ainon serta Prof Shaharin Mat Zin, mereka bersemangat menggiatkan kempen tersebut. Sasterawan Negara A. Samad Said juga agak janggal pada awalnya. Namun selepas isu PPSMI, beliau turun padang bersama rakyat sehingga sedia ditarik balik gelaran Sasterawan Negara. Isu ini luar biasa kerana bantahannya melampaui kepartian. Walaupun tidak dinafikan parti politik antara terkuat menggerakkan kempen ini.

Hari ini kita berdepan isu GST. Dalam trmpoh sehari ini, rakyat mula bersuara. Hilang imej kepartian. Rakan rakan daripada UMNO dan BN turut mengeluh. Penjawat awam termasuk pegawai kastam dan polis pun mengeluh. Dua hari dalam tahanan kami mendalami anggota polis yang menerangkan buruknya GST ini dengan kefahaman yang tinggi. Bukan dibuat buat melainkan mereka turut membaca dan mengkaji. Hari ini pakat pakat mula rasai kesannya.

Tidak timbul isu ini percukaian terbaik. Asas utama ianya membebankan rakyat. Negara dan rakyat belum bersedia. Gaji tidak setimpal. Khidmat kerajaan kepada rakyat di tahap tidak memberangsangkan berbanding cukai dibayar. Perdana Menteri, ahli keluarga dan pembesar-pembesar negara hidup terlajak mewah. Projek-projek kerajaan banyak gagal, tiris, membazir mengakibatka kerugian wang rakyat berpuluh-puluh bilion. Hutang negara ditahap kritikal. Akhirnya penyelesaian rakyat perlu berkorban atas kegagalan mereka.

Isu ini sudah melangkaui parti. Saya menolak kutukan sinis kita kepada rakan-rakan daripada parti sebelah yang mengeluh. Kita menyeru mereka turut bersama. Seorang pegawai kanan KASTAM memaklumkan kepada kami pagi tadi, polis hadir ramai di KASTAM walaupun diketahui kehadiran kami hanya 10 orang disebabkan mereka bimbang rakyat yang tidak dijemput turut hadir. 


Mereka mengatakan perkumpulan rakyat yang berkumpul di Giant, Tesco, Econsave dan lain lain kedai malam semalam untuk membeli stok barangan cukup membimbangkan. Jika mereka itu turun serta ia mencemaskan. Kami katakan benar. Tetapi bukan hari ini. 

Tetapi nantikan bantahan besar besaran daripada rakyat, semua akan dan mesti turun. Ketika itu pegawai kerajaan, ahli akademik, pelajar sekolah, pegawai kastam, anggota polis, ahli UMNO mesti turun bersama penentang setia daripada parti pembangkang, ngo-ngo dan aktivis masyarakat.

Kalau ahli UMNO tegar seperti Dato Dr Hasan Ahmad berani turun dalam bantahan PPSMI, apalah sangat dengan yang berjawatan kecil. Ayuh kita gerakkan bersama. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk rakyat seluruhnya dan generasi akan datang.
Mohd Nasaie Ismail
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
1 April 2015