Monday, 13 March 2017

FST…..PERANAN ORANG MEDIA MERBAHAYA BOLEH MENJATUHKAN KERAJAAN BOLEH BANGUNKAN PEMBANGKANG


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Monday March 13/2017

SEBENARnya mereka yang menulis atau kerja di media merupakan kalangan yang boleh mengangkat sesuatu kerajaan/individu dan sekaligus bisa menjatuhkan.

Banyak sangat kerajaan/individu di negara luar jatuh kesan peranannya orang media atau penulis itu sendiri dan rata-ratanya kaum penulis ini cukup bahaya buat sesebuah kerajaan atau seorang wakil rakyat, menteri dan segala macam.
Kerana itu untuk mengangkat sesebuah kerajaan, pemimpin bidang komunikasi itu harus lebih diperhatikan dan harus memainkan peranannya seperti selayaknya.

Tentu saja mereka yang terlibat dalam dunia politik, malah perniagaan itu penulis harus diperhatikan dan jangan sampai bermusuhan atau dicipta tembuk pemisah yang menyebabkan menjadi amarah di kalangan media atau penulis.

Mereka yang bijak selalu mendekati media/penulis/wartawan dan itu sebab sesebuah kerajaan yang memerintah selalu saja berhati dan mengawal se,mua media dengan segala macam peraturan dan akta untuk menyekat penulis melontar kata--kata yang menyebabkan sesebuah kerajaan itu bisa rontok/lumpuh tersungkur.

Makanya selalu saya jelaskan baik yang masih terus menjadi pemimpin atau yang mahu menjadi pemimpin, jangan sampai berlagak sombong, takbur, terlepas kata dan itu bakal membinasakan diri sendiri.

Salam warisan Sabah


Saturday, 11 March 2017

FST.....PATRCIK SINDU HENTAM SHAFIE MANA SUDAH CASH

PATRICK HENTAM DSSA? 
( jelas ia tak guna otak secara benar)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Saturday March 11/2016

SEORANG Patrick Sindu  seharusnya tidak perlu membandingkan Sabah dan Negara Amerika yang sudah merdeka/maju berabad-abad lamanya.

Jelasnya si Patrick ini tidak menggunakan otak yang baik untuk membandingkan kemajuan Sabah dengan negara yang lebih maju di dunia. rasa kepingin juga saya berdebat dengan dia ini secara terbuka.

Kalaupun dikau baru saja balik dari Amerika seperti orang "kebaru-baruan an" tak perlulah dikau bandingkan Sabah negeri termiskin dengan negara Amerika yang terkenal itu.

Kenapa saja tidak kau bandingkan Sabah yang kaya sumber alam dengan negara Singapura, Jepun yang dan lain-lain yang miskin sumber alam?

Kemudian Patrick guna otaknya yang kurang bijak mengatakan yang Shafie mahu jadi ketua menteri. Bila saja seorang  Shafie mengatakan dia mahu jadi ketua menteri?

Kalaupun ada ia katakan demikian, apakah itu satu kesalahan demi selamatkan rakyat Sabah yang menerima anugerah termiskin sekali di Malaysia dan pendidikan asas tersorot serta paling ramai memohon bantuan termiskin?

Memang KKLW itu menerima bilion peruntukan tetapi peruntukan itu untuk Sabah dan Sarawak yang sama luasnya dengan Semananjung Malaysia dan lagi  Shafie hanya duduki kerusi menteri itu sekitar 4.5 tahun dan apakah dengan setahun dua boleh merubah keadaan Sabah Sarawak yang memang mundur?

Patrick harus tahu bahawa peruntukan KKLW itu bukan semata untuk Sabah tetapi juga untuk bangunkan FELCRA, MARA dan banyak lagi agensi di bawah kawalannya dan jangan lupa bila peruntukan itu disalurkan ke Sabah maka itu tanggungjawab seorang Ketua Menteri yang mengaturnya dan bukan semata Shafie.

Shafie sebagai menteri KKLW untuk semua negeri bukan untuk Sabah semata dan Sabah dikuasai oleh Musa Aman selaku ketua menteri dan ada menteri2 kabinet yang bertanggungjawab dan jangan lupa di kerajaan pusat ada sekitar 30 kementerian dan bukan KKLW semata.

Apakah Patrick sengaja membutakan mata dan menulikan telinga?

Kenapa Patricik menyalahkan seorang Shafie semata seolah tidak majunya Sabah kesan  Shafie seorang?

Kalau mengulas komen biarlah dilihat semua aspek dan siapa yang berkuasa penuh dan jangan lupa Kabinet Malaysia dikuasai oleh Najib sementara kabinet Negeri dikuasai oleh Musa yang punya ramai Menteri dan ramai ahli parlimen yang kuasai parlimen serta DUN-DUN di Sabah.

Kalaupun Patrick mahu minta dicalon, terus saja ke laman pilihanraya nanti atau bisik ketua menteri untuk calon BARISAN NASIONAL atau nanti menjadi calon Bebas.

Tentu rakyat mahukan Patrick Sidu menjadi wakil rakyat suarakan masalah rakyat nanti. Kita menunggu untuk nanti lawan calon-calon parti Warisan Sabah.

Saya ingatkan Patricik kalau komen, lihat dengan mata hati bukan mata kepala semata atau membabi buta hentam keromo seperti orang kehilangan akal tidak waras.
CASH di mana kau?


FST...WONG SIFATKAN KENYATAAN KM SABAH ANGKUH

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Saturday March 11/2017


SANDAKAN:- Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt menyelar saranan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman agar rakyat seluruh Sabah mengenang budi Wong mengutuk keras kenyataan tersebut dan sambil menyifatkan  kenyataan tersebut amat angkuh, langsung tidak mengerti demokrasi  dan konsep rakyat didahulukan.

Dalam pada itu Wong mengingatkan Musa, jangan lupa bahawa kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, wajib berkhidmat kepada rakyat, perkara seperti mengenang budi atau membalas jasa tidak patut wujud, jika kerajaan tidak baik, dan rakyat tidak berpuas hati, maka berhak untuk menukar kerajaan yang korup ini, kerana “rakyat adalah bos”!

Baru-baru ini Perdana Menteri Najib telah melawat ke Sabah dan mengumumkan pelbagai projek pembangunan, termasuk menaiktaraf lapangan terbang Sandakan, merasmikan PPR dan sebagainya, Wong berpendapat bahawa kesemua ini biasa dilihat oleh rakyat, kerana setiap kali menjelang musim pilihan raya, pemimpin BN akan menggunakan sumber kerajaan untuk menjalankan projek-projek pembangunan, untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Walaubagaimanapun, Wong berkata, rakyat tidak akan mudah tertipu,  akan janji-janji para peminpin  kerajaan BN kerana telah sedar akan taktik tipu helah kerajaan BN, rakyat jelas bahawa pentadbiran BN amat teruk, terutamanya  dalam pengurusan kewangan yang lemah, mengakibatkan rakyat hidup dalam kesusahan, oleh itu tidak kira betapa banyak projek atau “gula-gula politik” juga tidak berguna. BN langsung tidak memahami kesengsaraan rakyat, hanya bekerja semasa pilihan raya, kemudian menyuruh rakyat mengenang budi dan membalas jasa, ini menunjukkan BN langsung tidak menghormati demokrasi.

Wong mengingatkan  sekali lagi BN, jangan tunggu sehingga pilihan raya barulah datang Sabah bersiar-siar, kemudian dalam sosial media berkata betapa mementingkan Sabah. Sebaliknya, harus turun padang masuk ke kawasan kampung, meninjau betapa susah kehidupan rakyat jelata, pergi melihat kawasan pertanian dan kesusahan petani, serta memantau masalah kenaikan harga barang-barangan yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Kata Wong, 2 tahun kebelakangan ini, BN yang tidak mengenang budi, lupa akan amanat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya yang lepas, kemudiannya melaksanakan pelbagai dasar yang menindas rakyat, seperti GST, mengakibatkan inflasi; membatalkan subsidi minyak dan gula, mengakibatkan harga barang melambung tinggi; Selain itu, kenaikan harga petrol, kes-kes rasuah dan lain-lain, rakyat semakin sengsara, pemuda-pemudi amat kecewa dengan masa depan, adakah kerajaan “membalas budi”?

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata, kerajaan telah mengutip hasil cukai kira-kira RM4billion dari Sabah setahun, dan kira-kira RM1.5billion hasil cukai GST, ini merupakan wang hasil titik peluh rakyat Sabah, kerajaan wajib berkhidmat kepada Sabah, tetapi berapakah peruntukan kerajaan yang diberikan kepada Sabah dalam setahun? Mengapakah pembangunan Sabah masih mundur? Mengapakah ekonomi Sabah masih teruk?

Beliau berkata, kerajaan telah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran BN, dan berjanji akan berjuang sekuat-kuatnya, menumpaskan BN bersama dengan rakyat. Muslihat BN telah terbongkar, taktik “gula-gula politik” menjelang pilihan raya tidak lagi berkesan, rakyat mengharapkan perubahan. Reformasi harus dijalankan, untuk memberikan kehidupan dan masa hadapan yang cerah kepada rakyat.

Pertama pentadbiran kerajaan BN lemah adalah factor utama yang penglibatkan pegawai-pegawai kanan Kerjaan Negeri dan Persekutuan dalam gejala rasuah besar-besaran inilah punca sebenarnya  yang selebihnya telah diambil tindakan dan selebihnya dibiarkan beguti sahaja.

FST WONG SIFATKAN SARANAN KM SABAH AGAR RAKYAT MENGENAN BUDI SEBAGAI KENYATAAN ANGKUH

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Saturday March 11/2017


SANDAKAN:- Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt menyelar saranan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman agar rakyat seluruh Sabah mengenang budi Wong mengutuk keras kenyataan tersebut dan sambil menyifatkan  kenyataan tersebut amat angkuh, langsung tidak mengerti demokrasi  dan konsep rakyat didahulukan.

Dalam pada itu Wong mengingatkan Musa, jangan lupa bahawa kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, wajib berkhidmat kepada rakyat, perkara seperti mengenang budi atau membalas jasa tidak patut wujud, jika kerajaan tidak baik, dan rakyat tidak berpuas hati, maka berhak untuk menukar kerajaan yang korup ini, kerana “rakyat adalah bos”!

Baru-baru ini Perdana Menteri Najib telah melawat ke Sabah dan mengumumkan pelbagai projek pembangunan, termasuk menaiktaraf lapangan terbang Sandakan, merasmikan PPR dan sebagainya, Wong berpendapat bahawa kesemua ini biasa dilihat oleh rakyat, kerana setiap kali menjelang musim pilihan raya, pemimpin BN akan menggunakan sumber kerajaan untuk menjalankan projek-projek pembangunan, untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Walaubagaimanapun, Wong berkata, rakyat tidak akan mudah tertipu,  akan janji-janji para peminpin  kerajaan BN kerana telah sedar akan taktik tipu helah kerajaan BN, rakyat jelas bahawa pentadbiran BN amat teruk, terutamanya  dalam pengurusan kewangan yang lemah, mengakibatkan rakyat hidup dalam kesusahan, oleh itu tidak kira betapa banyak projek atau “gula-gula politik” juga tidak berguna. BN langsung tidak memahami kesengsaraan rakyat, hanya bekerja semasa pilihan raya, kemudian menyuruh rakyat mengenang budi dan membalas jasa, ini menunjukkan BN langsung tidak menghormati demokrasi.

Wong mengingatkan  sekali lagi BN, jangan tunggu sehingga pilihan raya barulah datang Sabah bersiar-siar, kemudian dalam sosial media berkata betapa mementingkan Sabah. Sebaliknya, harus turun padang masuk ke kawasan kampung, meninjau betapa susah kehidupan rakyat jelata, pergi melihat kawasan pertanian dan kesusahan petani, serta memantau masalah kenaikan harga barang-barangan yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Kata Wong, 2 tahun kebelakangan ini, BN yang tidak mengenang budi, lupa akan amanat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya yang lepas, kemudiannya melaksanakan pelbagai dasar yang menindas rakyat, seperti GST, mengakibatkan inflasi; membatalkan subsidi minyak dan gula, mengakibatkan harga barang melambung tinggi; Selain itu, kenaikan harga petrol, kes-kes rasuah dan lain-lain, rakyat semakin sengsara, pemuda-pemudi amat kecewa dengan masa depan, adakah kerajaan “membalas budi”?

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata, kerajaan telah mengutip hasil cukai kira-kira RM4billion dari Sabah setahun, dan kira-kira RM1.5billion hasil cukai GST, ini merupakan wang hasil titik peluh rakyat Sabah, kerajaan wajib berkhidmat kepada Sabah, tetapi berapakah peruntukan kerajaan yang diberikan kepada Sabah dalam setahun? Mengapakah pembangunan Sabah masih mundur? Mengapakah ekonomi Sabah masih teruk?

Beliau berkata, kerajaan telah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran BN, dan berjanji akan berjuang sekuat-kuatnya, menumpaskan BN bersama dengan rakyat. Muslihat BN telah terbongkar, taktik “gula-gula politik” menjelang pilihan raya tidak lagi berkesan, rakyat mengharapkan perubahan. Reformasi harus dijalankan, untuk memberikan kehidupan dan masa hadapan yang cerah kepada rakyat.

Pertama pentadbiran kerajaan BN lemah adalah factor utama yang penglibatkan pegawai-pegawai kanan Kerjaan Negeri dan Persekutuan dalam gejala rasuah besar-besaran inilah punca sebenarnya  yang selebihnya telah diambil tindakan dan selebihnya dibiarkan beguti sahaja.

Friday, 10 March 2017

FST…DS SHAFIE SEMAKIN POPULAR


( lebih TOP banding artis Bollywood)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Jumaat Mac 10/2017

TIBA-tiba nama TOM ANGELRIPPER jadi popular. Popular kena menyebarkan berita yang Shafie di ICU telah meninggal. Hebat.
Sedang yang dikatakan begitu lantang bicara di parlimen kasus korupsi Jabatan Air Sabah.

Bukan saja dikatakan Shafie sudah meninggal kesan STROK dan bakal disemadikan di Semporna, malah ada juga yang mengatakan yang Shafie kena tangkap oleh SPR kesan rasuah di Jabatan Air itu. hebat!

Segala kera, urang utan, badak sumbu monyet, ular, kijang, babi ketawa terbahak-bahak dalam hutan kesan memerhatikan dasar kerajaan yang berada di lokasi Pandirisme melahirkan dasar-dasar bebalisme.

Begitu bertalu-talu saya dihubungi oleh orang ramai hingga kekadang saya naik bosan menjawab dan akhirnya saya diamkan saja kesan saya khuatir terjangkit penyakit bebalisme, pandirisme dan paluiisme itu. jauhkan bala!

Shafie yang jenis yang selalu sabar, tenang tentulah menjawab dan menjelaskan, sesungguhnya itulah sebahagian kerja2 mereka untuk melakukan apa saja agar rakyat tidak percaya kepimpinan Shafie.

" Apapun yang mereka katakan kepada seorang DS Shafie Apdal, kami tidak akan percaya sebab sudah kenal siapa sebenarnya pemimpin BN yang gila-gila " Katanya Daraman Awang dan itu disokong oleh Awang Ahmad Sah Sahari.

Sementara yang namanya Anni Sibun tersenyum dan menjelaskan yang BN tidak lagi punya modal untuk menjatuhkan selain mencipta hal-hal yang tidak masuk akal dan isu aneh-aneh semacam orang gila.

Memang mereka itu sudah gila
memang mereka itu sudah sasau
memang mereka itu kerabat setan
memang mereka itu hantu

Sekarang ramai yang marah dan lalu banyaklah kalangan orang0-orang warisan membuat laporan agar siasatan dilakukan terhadap akaun facebook yang namanya TOM ANGLERIPPER itu.

Rasanya esok akan banyak lagi laporan2 sama bakal menyusul di balai polis di daerah-daerah di seluruh Sabah.
Sekarang nama DS Shafie Apdal memang semakin popular dan mengalahkan artis bollywood dan secara tidak langsung nama WARISAN semakin hebat dan terjulang namanya itu di mana-mana.

Saya tidak melihatnya negatif tetapi saya lihat sebagai positif dan lucu kala DSSA dikatakan STROK dan meninggal di ICU dan kemudian sebentar tadi penulis sama terus menulis dan menyatakan yang  Shafie yang meninggal dikatakannya hidup kembali.

Memang hebat dan rasanya yang namanya TOM ANGLERIPPER semacam boleh mematikan seorang Shafie dan kemudian boleh menghidupkan. Memang hebat dikau yang namanya TOM.

Sebenarnya bila nama  Shafir dikatakan begitu, rakyat bukan saja ada yang marah, malah ada senyum dan mengatakan yang namanya TOM itu gila dan kalaulah beribu mengatakan begitu tentunya doa dan tidak hairan secara perlahan-lahan yang berkenaan akan sasau dan gila kesan doa dan amarah orang ramai.

Yang jelas  Shafie yang sekarang berada di Kuala Lumpur kesan sidang perlimen tentunya ketawa membaca banyak sangat catatan menyentuh hal dirinya dan saya pula terus dihujani dengan macam-macam pertanyaan yang aneh-aneh dan paling-paling saya katakan dunia sekarang penuh dengan fitnah dan kata-kata yang tidak benar.

Begitulah waktu2 yang kita hadapi penuh dengan segala macam dan bagi saya dan  Shafie ini biasa saja dan tidak hairan nanti akan ada tuduhan meliwat dan kali ini bakal dikatakan meliwati seekor babi. Tidak hairan sebab bagi mereka semuanya tidak mustahil.

Inilah dunia kita
inilah rupa bentuk kerajaan
rakyat dirasuki dasar-dasar pandirisme
kesan dasar-dasar bebalisme
juga dasar-dasar paluiisme
bangang

Apapun tuduhan dan hinaan mereka lontarkan kepada seorang Shafie semuanya tidak menjadi sebab seorang Shafie bukan seorang yang dalam akaun ada 2.6 bilion dan rumahnya hanya rumah biasa dan di halaman rumahnya hanya dua buah kereta/satu yang sederhana dan yang satu sakit-sakitan terbatuk kesan tua renta.

Kerajaan boleh saja periksa akaun-akaun DS Shafie di mana-mana bank dan itu tidak sudah buat kerajaan memeriksanya dan tidak susah juga kerajaan meneliti akaun isterinya Shafie  atau keluarga terdekat.

Memang senang
Tidak susah

Kalau memang Shafie kaya raya seperti yang diperkatakan, maka barangkali sudah lama seorang  Shafie  dalam penjara menemankan seorang Anwar Ibrahim.

Memang dunia ini aneh. Aneh bin ajaib kesan ciptaan kerajaan yang mencipta dasar-dasar pandirime melahirkan dasar-dasar bebalisme itu.
Teruskan saja perbuatan yang dimaksudkan dan saya khuatir rumah sakit gila bakal dipenuhi oleh mereka selepas PRU-14 akan datang sebab doa-doa mereka teraniaya biasannya makbul. kalaupun tidak gila pasti setengah tiang jadinya.


FST WONG KATA WANG PENCEN BEKAS PEKERJA LEMBAGA PELABUHAN SABAH AKAN DISERAHKAN KEPADA SERAMA 164 ORANG


OLEH SHAIMON S JUMADI-FST
Jumaat Mac 10/2017


KOTA KINABALU: Datuk Johari berjanji bahawa pencen  yang telah ditahan berpuluh-puluh tahun  akan diberikan mantan pekerja Lembaga Lembaga Pelabugan Sabah dan pencen tersebut akan di serahkan kepada Lembaga Pelabugan Sabah dalam tempoh  seminggu untuk diagih-agihkan

Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong Tien Fatt dalam sesi pertemuan dengan Johari   Kewangan II  mendapat respon mengenai isi Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang menghutangi seramai 164 orang  mantam pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah  yang berjumlah  RM5.8 juta
menteri.

Walaubagaimanapun, Wong akan terus menyusul perkembangan proses berkenaan, dan berharap pihak berkenaan dapat memulangkan pencen kepada bekas pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah, supaya mereka dapat menikmati kehidupan selepas bersara dengan senang hati.

Wong telah mengemukakan isu ini di persidangan Parlimen pada tahun 2015, dan meminta kerajaan mengatasi masalah tersebut dengan segera. Setelah bertahun-tahun menyusuli perkembangan tersebut dan juga mengadakan perrbincangan di Putrajaya, isu tersebut kini mendapat perkembangan yang memberangsangkan.

Isu ini bermula pada awal zaman penubuhan negara, bekas pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah tidak mendapat dividen KWSP selepas bersara, pihak berkenaan hanya memberikan pampasan dan pencen bulanan kepada mereka, ini kerana pada tahun 1960-an, sistem KWSP yang kita kenali masih belum diperkenalkan, oleh itu pakej pencen yang mereka beli adalah dibekalkan oleh Syarikat Insurans Great Eastern, sah bermula pada 1 Julai 1969 sehingga 1 Mac 1981.

Di bawah undang-undang berkenaan, pencen tersebut sepatutnya dipulangkan kepada KWSP, supaya pesara-pesara yang terlibat memperoleh pencen mengikut skim pencen KWSP, tetapi akibat salah transaksi, wang berkenaan dipindah kepada KWAP, bukan KWSP, lalu pelbagai masalah turut timbul.

Kini wang berkenaan masih ditahan, dan bekas pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah masih menunggu pencen mereka, banyak di antara mereka telah meninggal dunia dan belum mendapat pencen tersebut. Kumpulan bekas pekerja ini telah berkali-kali cuba untuk mendapatkan wang mereka kembali, tetapi ditolak oleh pihak berkenaan.

Oleh yang demikian, Pengerusi DAP Sabah YB Stephen Wong membantu dan menyusul perkembangan isu tersebut, supaya pencen mereka dipulangkan, dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dalam tempoh perjawatan beliau.


Wednesday, 1 March 2017

FST WARISAN GEMPUR SEMBULAN TENGAH (malam 10 mac, 2017)



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Wednesday 01/2017 March

INGAT 10 mac, 2017 jam 7:30 malam kita gempur Sembulan Tengah dan semua dialu2kan datang.
Kalau mahu berdialog juga boleh dan ahli penal siap kalau waktu mengizinkan.

"....Kita bukan saja menulis di media masa, tetapi kita turun ke padang dan kempen dari rumah ke rumah dan kurangkan bercakap sebab yang kita mahu WARISAN muncul sebagai pemerintah selepas PRU14 nanti untuk bela rakyat " Kata Ahmad Sah semalam ketika sembang.

Kelihatannya Ahmad Sah yang bermula gerak cergas sejak berbulan-bulan  yakin BARISAN NASIONAL akan tersungkur sebab sambutan rakyat sungguh diluar jangka katanya.

" Kita hentikan memperkatakan soal calon atau penyelaras dan kita mahu berkerja terus dekati rakyat, anjur sebanyak mungkin ceramah dari rumah ke rumah atau adakan sembang kelompok dan cara ini lagi berkesan...." Tambah Ahmad Sah.

Apa saja yang harus diperkatakan malam 10 Mac nanti?

Lebih penting sesudah BARISAN NASIONAL memerintah sekian lama apa jadi perkampungan MELAYU SEMBULAN tanya Ahmad Sah. Mereka semacam diusir dan terusir.

Memang benar perkampungan Melayu yang dijanjikan kampung contoh siap bakal jatuh ke tangan orang luar atas nama pembangunan bersikap rakus dan tamak haloba menghalalkan cara.

Saya masih ingat kata Datuk Dayang yang menjadi ketua Majlis Berbandaran dulu sekarang DBKK dan katanya Sembulan akan dijadikan Kampung Melayu macam kampung Melayu di Kuala Lumpur tetapi apa jadi sekarang?

Kesihan bajau semacam diusir
bangsa lain juga sama dan yang ada sembulan bakal menjadi hutan batu bata.

Sembulan dan yang melayu kalangan bajau asal dan bangsa lain lokal disingkir dan rumah-rumah  diroboh yang bajau, brunei berlarian entah ke mana dan sembulan bakal dipenuhi dengan hutan batu milik orang asing. Kesihan mereka orang kita.

" Mereka itu rakus dibina bangunan bertingkat milik kroni dan suku sakat sedang orang asal Sembulan dihalau menjadi pelarian dan janji Sembulan jadi kampung contoh hanya AUTA semata" Tambah Ahmad Sah semalam.

Bukan saja kampung Sembulan, malah kampung-kampung  lain dalam bandar juga jadi mangsa si rakus tamak dan haloba.

Kita tidaklah anti pembangunan dan jika benar Sembulah dijadikan kampung contoh terbaik, maka sepatut diurus dengan baik macam kampung Melayu atas air di Negara Brunei yang disusun indah dan menarik dan ini boleh direalisasikan jika serius.

Makanya hal ini harus diusahakan dan WARISAN sesudah memerintah harus menyusun semula yang tertinggal termasuk mereka yang tinggal di NUMBAK dijadikan mangsa padahal sudah dijanjikan satu lokasi tetapi YB di sana diam malah dikatakan kawasan dijanji untuk tiga kampung diluluskan untuk sebuah syarikat membina syarikat berumahan membina rumah juta harta seunit dan ini tidak mampu dimiliki oleh mereka kalangan rakyat sederhana dan jauh rakyat termiskin.

Numbak jadi apa sekarang? Kesihan di sana ada sekitar 4,000 dan rata-rata orang lokal meski dikata orang asing dan yang kita tahu ada asal Likas dan perkampungan yang berdekatan dan memang mereka bajau tetapi bajau lokal yang bertahun-tahun tinggal di Sabah kesan keturunan Tun Mustapha.

Jangan lupa, kita gempur Sembulan malam 10hb Mac nanti dan semua dialu-alukan datang tak kira yang ahli pemerintah, atas pagar dan ahli warisan dimestikan datang untuk mendengar tokoh berbicara.

Salam warisan Sabah kena Ubah.


FST....DAP TG PAPAT SUMBANG PASANG PINTU TIANG GOAL PADANG FUTSAL


OLEH: SHAIMON  S JUMADI- FST
Wednesday March 01/2017

TANJUNG PAPAT:-  Gotong Royong boleh menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain ini harus dikekalkan hingga ke generasi akan datang.

Walaupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya merupakan parti pembangkang namun tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyatnya tidak pernah terabai ini memang sudah menjadi dasar dan perjuangan asal DAP sentiasa membela rakyat yang memerlukannya.

DAP Tanjung Papat yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi  DAP Sandakan Frankie Poon telah mengadakan Gotong Royong bersama-sama penduduk untuk memasang pintu  tiang  Goal padang Futsal di  Taman Permainan Perumahan Sedarhana Sim-Sim kelmarin.


Menurut Poon projek pemasangan pintu tiang  Goal padang Futsal sumbangan DAP itu adalah bertujuan untuk kemudahan kepada para belia setempat untuk menjalankan kegiatan sukan setiap hari.

Kata Pon lagi para belia haruslah digalakan mengambil  pelbagai aktiviti agar mereka (belia) tidak mudah terjebak dengan kegiatan-kegiatan nagatif yang bisa memudaratkan diri mereka.



FST.....ADUN GUM-GUM BANTU DUA MANGSA KEBAKARAN KG GARINONO BATU 25 JALAN LABUK

GAMBAR MENUNJUKKAN……Zakaria kelihatan sedang menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Garinono




0LEH:  AZMIE AZMAN-SFT
Wednesday  March 01/2017


GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris telah menyampaikan bantuan kepada mangsa dua buah rumah yang terlibat kebakaran di Kampung Garinono, Batu 25 Jalan Labuk.

Bantuan berbentuk barangan keperluan dapur itu diberikan bagi mengurangkan beban keluarga mangsa disamping melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat yang ditimpa musibah.                 
Menurut Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , pelbagai bantuan lagi akan disalurkan kepada mangsa antaranya mencadangkan agar mangsa masing-masing diberikan sebuah rumah PPR di Gum Gum, Batu 16 Jalan Labuk.
          
Pihaknya juga akan menilai semula keperluan bagi membina semula rumah berkenaaan melalui Projek Bantuan Rumah (PBR).         
"Sebuah balai bomba perlu diwujudkan di kawasan berhampiran ekoran kejadian kebakaran yang sering berlaku di kawasan ini," kata beliau kepada media ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran pada petang Rabu.
          
Menurut Zakaria, beliau telah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mempertimbangkan perkara itu memandangkan jarak Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan yang agak jauh.
          
Zakaria juga mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga keselamatan rumah masing-masing bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran berulang.
          
Kejadian pada Isnin kira-kira pukul 12 tengahari itu mengakibatkan mangsa tinggal sehelai sepinggang rumah selepas rumah didiami mereka musnah sepenuhnya.

Mangsa kini tinggal sementara di balai raya kampung berkenaan.
          
Sementara itu, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Sandakan, Kasrin Atchil berkata, pihaknya juga menyalurkan pelbagai bantuan kepada mangsa antaranya bantuan makanan, barangan dapur dan peralatan gantian rumah termasuk zink dan papan lapis yang bernilai RM 2,000 untuk setiap ketua isi rumah.




FST….MP SANDAKAN BINCANG ISU BEKALAN MINYAK MASAK 1 KG PAKET DENGAN KPDNKK



SHAIMON S JUMADI-FST
Wednesday March  01/2017


SANDAKAN:- Sejak kebelakangan  ini rakyat khususnya pengguna telah dibebani oleh pembelian minyak masak yang berbotol kandungannya 2kg dengan harga RM13.00 hingga RM15.90 ikut jenama pengeluar.

Ini sebenarnya berpunca dari ketiadaan  bekalan minyak masak paket 1kg minyak subsidi yang dijual dipasaran dengan harga 1 paket hanya RM2.50 sahaja kini jenis minyak masak paket sudah tiada lagi  dijual di pasar-pasar raya ataupun kedai-kedai runcint berhampiran.

Dengan itu Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt mencari pendekatan dan beliau sendiri berkunjung ke pejabat Kementeri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  Cawangan Sandakan untuk berbincang lebih terperinci dengan para pegawai kementerian berkenaan  untuk  mengetahui mengenai ketandusan pembekalan minyak masak paket tersebut.

Wong berkata kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenai ketandusan bekalan minyak tersebut dan Wong minta pihak kementerian berkenaan memberi tahu rakyat  apa sebenatnya sudah berlaku supaya rakyat tahu tidak tertanya-tanya kenapa sekarang sukar membeli minyak masak guna paket 1kg itu.

Rakyat yang berpendapatan rendah kata Wong lagi kini dibebani oleh harga minyak masak kenara harga sebotol 2kg harganya memcecah RM12.90  kalau mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu memang mereka tidak dapat membeli minyak masak tersebut.


Tuesday, 28 February 2017

FST.....AKRAPI RAKYAT TARIK RAMAI KEAHLIAN WARISAN


OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Tuesday Feb 28/2017


KEKADANG selalu saya perhatikan di grup-grup WHATSAPP atau Facebook selalu dibincangkan hal calon, siapa layak siapa tidak dan mahu orang lokal. Ini jelas mencipta jurang pemisah sesama kita dan tidak baik diamalkan.
Harusnya VISI kita ialah menangkan WARISAN dan fokas gerakan akrapi dekati rakyat masuki kubu BN dan pujuk mereka sertai ahli WARISAN.
Caranya adakan acara kelompok atau ceramah rumah ke rumah dan pujuk ahli-ahli BN atau yang atas pagar dan jelaskan visi WARISAN sambil menjelaskan segala fitnah dan tuduhan terhadap DS Shafie Shafie Apdal dan Warisan.
Ada yang bercita-cita mahu jadi calon melakukan hal seperti yang saya katakan? ada pelobi-pelobi melakukan perkara sama dan apa saja tindakan mereka selama ini? selain hanya kata " sokong Warisan" berulang kali di grup-grup whatsapp yang ahli hanya sekitar 60 orang semacam syok sendiri pula nampaknya.
WARISAN mulanya ditubuhkan, adakah mereka bergerak dan di mana mereka itu dan bila WARISAN mendapat perhatian dan mendapat sokongan kesan usaha yang terdahulu dan mereka yakin sangat WARISAN mendapat tempat di hati rakyat mulalah mereka memperlihatkan wajah. Itu tidak salah tetapi jangan melebih-lebih seperti virus pula jadinya.
Kalau menyokong dipersilakan tetapi janganlah adu domba atau laga-lagakan dan terus asyik memperkatakan soal calon, si anu tak layak dan yang layak si anu bin sianu dan ini tidak baik buat sebuah parti yang visinya mahu memerintah selamatkan rakyat.
Bagi saya tak perlu bincang soal CALON dan jangan sekali mengatakan soal kelayakan seseorang itu, tetapi lebih utama semua serentak BERKERJA keras dan kerjasama mengangkat parti WARISAN dan ajak keluarga kawan-kawan terdekat sertai warisan sama berjuang. Kalau memang jawatan banyak dan kalah gigit jari.
Soal calon, rakyat akan tahu dan laporan akan disampaikan oleh rakyat kepada pemimpin dan yang di sekitar juga akan menyampaikan kepada pemimpin terutama ke pengetahuan DS Shafie Apdal, YB Darell, YB Junz, YB Terrence, YB Jaujan dan banyak lagi dan memang mereka yang memutuskan nanti dan itu hak kepimpinan.
Bila kita bercakap dan bincang soal calon di akar umbi maka itu akan terjadi kelopokan dan berpuak-puak dan memang tidak baik dan kesannya akan ada kata jika kuda tidak terpilih mereka akan keluar meninggalkan parti dan jelas sesudah jadi YB yang berkenaan akan melompat meninggalkan parti WARISAN dan yang demikian baiklah menjadi calon bebas saja selayaknya.
Sekadar bahan untuk kongsi sama dibincang agar tidak menjadi duri dalam daging yang melahirkan kanser berbahaya dan kita kena tegas elak sia-sia dan penat yang dilalui sejak bertahun-tahun  jadi lokasi pembangkang/pejuang.


FST.... GURU WAJIB HADIR KAH (MESTI BAWA 30 ORANG TIAP SEKOLAH)



OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Tuesday Feb 28/2017

PADA tanggal 28hb Februari jam 10:00 (hari ini) merupakan hari sekolah dan bukan musim cuti.

Sekolah dimestikan menghantar 30 orang guru2 ke acara itu.

Apa ini? bagaimana anak-anak sekolah kita?
Kenapa guru dilibatkan hadir dan dipaksa hadir dan jika tak hadir diminta menulis surat tunjuk sebab.

Jelas kerajaan Najib dan di Sabah pimpinan MUSA sengaja mengganggu tugas2 di sekolah.

" Tidak hairanlah pendidikan di Sabah pernah menerima anugerah pendidikan asas paling tersorot dan sk Mantanani tak seorang lulus exam sekolah asas " kata ketua Wira Warisan Sabah/Datuk Aziz ketika kami bercakap sebentar tadi.

Perbuatan kerajaan BN ini jelas merosakkan pendidikan anak-anak bangsa kita di Sabah dan kelihatannya inilah sebab-sebabnya pendidikan anak-anak bangsa kita di Sabah jauh tertinggal kesan dipaksa berpolitik sungsang.

Keadaan ini berlaku tidak boleh disalahkan pihak sekolah dan guru2 sebab mereka dikerah paksa dan jika gagal biasa diambil tindakan seolah menentang kesan dituduh tidak memberikan kerjasama.

Hal-hal seperti ini cukup tidak menyenangkan dan kerana itu ramai pengetua dan guru2 hidup tertekan kesan tekanan dan ugutan jika tidak akur perintah pegawai pendidikan daerah.

" Perbuatan seperti ini harus diperhentikan dan biarlah guru menumpukan perhatian di sekolah kecuali masa-masa cuti dan itupun tidaklah boleh pegawai pendidikan daerah diarah memaksa yang berkenaan hadir " Kata Datuk Azis lagi.


FST….THE SANDAKAN DISTRICT TENNIS ASSOCIATION (SDTA) WILL BE AGM ON THIS SUTURDAY


BY: SHAIMON S JUMADI-FST
Tuesday Feb 28/2017

SANDAKAN:   The Sandakan District Tennis Association (SDTA) will hold its annual general meeting this Saturday.

SDTA president Fernando D. Rulloda said the AGM will be held at the SDTA club house off Mile 2 ½ Jalan Utara on Feb 25 at 2pm.

He reminded SDTA members to be at the club house before 2pm to register for the meeting.
 Fernando said he would present his report on SDTA activities and financial account during the AGM.

Notice of the AGM was placed on the notice board at the club house in January while a second notification was put up also on the SDTA notice board earlier this month. 

SDTA members were also notified of the AGM through the SDTA members WhatsApp Group.

This is the first AGM Fernando will be chairing after taking over the helm of SDTA last year. SDTA has more than 40 members.