Sunday, 15 November 2015

KHIR JAMIL SALAHGUNA DANA YAPEIM UNTUK KEGUNAAN PERIBADINYA

DANA YAPEIM UNTUK ANAK YATIM
( derma rakyat bangun ekonomi, pendidikan orang miskin)

OLEH: ISMAILY BUNGSU

YAPEIM ditubuhkan oleh kerajaan dan dananya didapatkan kesan derma orang ramai/rakyat Malaysia dan juga ahli korporat.

Tujuannya jelas membantu orang miskin dan anak-anak yatim untuk membangunkan hal ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Dana yang ada bukan dana kerajaan tetapi orang ramai untuk sama membantu mereka yang miskin termasuk anak-anak yatim yang sangat memerlukan.

Anehnya kenapa saja seorang menteri bernama Khir Jamil menggunakan wang berkenaan untuk ia ke luar negera konon atas tugas rasmi disamping bermain golf?

Kelihatannya menteri berkenaan sesuka hati menggunakan wang derma rakyat untuk terbang ke sana sini atas nama menjalankan tugas rasmi.

Kebetulan pula yang menduduki kerusi terpenting di YAPEIM itu terdiri keluarga sendiri dan ini sudah jelas salah guna kuasa.

Nampaknya di mana saja ada kesempatan mereka terus rembat tanpa peduli dan ini nampaknya amat keterlaluan.

Meskipun barangkali menteri berkenaan beralasan pemergiannya ke Amerika untuk tugas rasmi tetapi menggunakan dana khas untuk orang miskin dan anak-anak yatim adalah tidak lojik dan tidak masuk akal.

Cukuplah dulu wang zakat dirembat untuk untuk bayaran guaman dan sekarang dana YAPEIM pula dijadikan mangsa.

Dengan ini pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu 

Malaysia macam-macam ada.




No comments:

Post a Comment