Friday, 15 January 2016

KAMPUNG SUMBILINGON KUNDASANG PERLUKAN PPRT-BPR

Friday January 15.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI 
www.freesandakantoday14.blogspot.com


KUNDASANG:-  Kalau dilihat dari mata kasar kediaman orang-orang  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diberikan status kewargaraan Malaysia songsang (bidan terjun) lebih baik berbanding  dengan kediaman orang asli (jati) Sabah.

Kebanyakan rumah-rumah milik PATI daripada Indonesia yang berstatus warga Negara songsang itu seperti di Keningau Kinabantangan Kampung Paris 1 hingga Kampung Paris 3 rata-rata pembinaannya menggunakan kayu Merbau, Selingan Batu  dan Keruing yang telah menelan belanjar hampir ratusan ribu ringgit.

Walaupun pada dasarnya kedudukan tanah mereka tidak mempunyai geran main hentam saja tidak kira tanah itu milik siapa kalau mereka ada keinginan membina rumah-rumah ditempat tersebut mereka buat saja tanpa memikirkan risikonya di belakang hari.


Sementara kedudukan dan keadaan rumah-rumah milik anak jati Sabah lihat saja seperti keadaan rumah di Kampung Sumbilingon Kundasang kelihat amat menyedihkan  kalau orang lebih baik kan dang kambing.

Tapi mereka bangga walaupun rumah mereka kelihatan bobrob (usang) mereka tidak menggangu tanah orang  tidak takut kalau halau  disesuatu hari nanti tidak macam PATI rumah cantik macam mahligai tetapi malam tidurpun tak lena sentiasa menghantui ketakutan kerana takut-takut tuan punya tanah datang untuk menghalau.

Orang orang Kampung Sumbilingon Kundasang  harus bersyukur kepada Allah SAW kerana mereka sentiasa dilindungi dalam kesejahteraan hidup yang sedarna.

Dalam kontek ini saya ingin merungkai sedikit sepatuhnya Wakil Rakyat Ranau lebih peka dan prihatin menjaga kebajikan penduduk bukan mahu undi mereka saja  seharusnya  ADUN  Ranau lebih bijak memainkan peranan inisiatif dan inovatif dalam memberikan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Bantuan Perumahan Rakyat (BPR) untuk penduduk-penduduk Kampung  Sumbilingon Kundasang  supaya   mereka lebih segar dan makmur menduduki  PPRT lebih selesa.






No comments:

Post a Comment