OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SAYA amat tertarik bila saya
membaca artikel Sorotan Dari Meja Editor
yang bertajuk (KONTRAKTOR
SEMAKIN BESAR KEPALA MATI-MATILAH KAMU APA KAMI PEDULI KAMU DILANDAR BANJIR
LUMPUR) yang telah diportal online The Sabah Insider.net pada November 14, 2015.
Aktikel yang berunsurkan kritikan ini memang wajar saya amat menyokong
apa yang telah ditulis oleh penulis itu mengenai fenomena banjir kilat dan
banjir lumpur yang kerap menlanda di kawasan-kawasan taman perumahan dan
melimpah ke jalan-jakan raya.
Ini semuanya memang berjumpa daripada sikap kerakusan dan tamak kepada
pihak pemaju yang ingin meraihkan keuntangan besar tanpa memikirkan soal
keselamatan nyawa manusia yang menjadi mangsa korban akibat tragedy itu.
BANJIR LUMPUR.... Sekitar kawasan perumahan di Penampang
Begitulah luahan oleh seorang wanita yang merupakan aktivis masyarakat
iaitu Dato Seri Peduka Dr Kemellia Hassan yang memang prihatian terhadap
permasalahan rakyat di sekelilingnya.
Dalam kontek ini sepatutnya pihak kerajaan harus bertindak tegas dan
mengambil sebarang tindakan terhadap kontraktor-kontraktor yang terbabit dalam
kerja-kerja pengambilan tanah-tanah di lereng-lereng dan diatas bukit bukau.
Kerana akibat pengambilan tanah-tanah tersebut tanpa adanya kawalan maka
berlakunya banjir lumpur disatu-satu kawasan perumahan yang mengakibatkan
kegurian besar yang telah dihadapi oleh penduduk-penduduk berkenaan yanbg
menjadi mangsa keadaan.
PUNCA BANJIR LUMPUR.....Akibat aktiviti pengambilan tanah di atas bukit dan dicerun-cerun bukit
Kenapa pihak kerajaan suka membiarkan fenomena ini berlaku tanpa adanya tindakan diambil terhadap pihak
yang bertanggungjwab menjadi penyebab utama punca banjir kilat atau banjir
lumpur.
“Saya fikir kalau pihak kerajaan mempunyai sikap ketegasan terhadap para
kontraktor yang terlibat berbuat demikian sudah pastinya perkara tanah runtuh
(landslide) disatu-satu tempatan tidak akan terjadi bukan membiarkan walaupun
telah mengancam nyawa penduduk setempat.
Apa lagi para kontraktor terbabit semakin hari semakin naik taucang
besar kepala sebabnya kerajaanpun tiada ambil tindakan undang-undang terhadap
mereka.
Contohnya banjir kilat yang menimpa di Penampang ini terang-terang berpunca kalau bukan masalah system perparitan atau punca pengambil tanah-tanah berhampiran.
Contohnya banjir kilat yang menimpa di Penampang ini terang-terang berpunca kalau bukan masalah system perparitan atau punca pengambil tanah-tanah berhampiran.
Sungguh menghayat hati mereka yang tiba-tiba tanpa dirancang kemudian
dilanda banjir kilat bercampur lumpur yang banyak menanggung kerugian kerana
harta benda semuanya musnah.
No comments:
Post a Comment