DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
DALAM
memerangi atau membasmi Nyamuk Aedes di
kawasan-kawasan perumahan tertentu ia memerlukan tenaga dan bantuan daripada
segenap penduduk di kawasan barulah
berjalan dengan lancar.
Sikap toleransi dan
bekerjasama berganding bahu antara sesama penduduk setempat harus sentiasa
terjalin akrab ini membolehkan apa saja aktiviti-aktiviti yang dijalankan disetiap sudut sudah pastinya menempuh
kejalan kecemerlangan.
Dalam kontek ini memang
tidak dapat dinafikan mereka yang tinggal di kawasan perumahan sama ada bentuk Teres, Semi Detach atau rumah
Flat dan rumah pangsa mereka jarang
mengenali antara satu sama lain dan ini jelas mereka buat hal masing-masing.
Barang kali kalau rumah
Teres dan Semi Detach dan flat itu telah menubuhkan Jawatankuasa Kemasyarakatan
Dalam Bandar (JKDB) dan Rukun Tetangga (RT) barulah tempat ini terdapat sedikit
sinaran cahaya menerangi hati penduduk-penduduk berkenaan.
Itulah luahan seorang
Aktivis Masyarakat Dato Seri Paduka Dr Kemellian Hassan menjelaskan mengenai
perkara ini ketika di wawancara oleh Wartawan Free Sandakan Today melalui
panggilan telefon malam tadi.
Katanya sebagai pendekatan
masyarakat magmuk di satu-satu kawasan perumahan sebagai Wakil Rakyat yang
mewakili kawasannya sebagai contoh kalau di Elopura wakil rakyat tadi haruslah
pro aktif dan enovatif dalam menyatukan dan merapatkan siratulrahim di kalangan
penduduk yang berbilang kaum dan kepercayaan anutan agama budaya yang berbeza
agar mereka sentiasa harmoni menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.
ADUN-ADUN yang mewakili di
kawasan taman perumahan harus melantik salah seorang yang agak berpengaruh
untuk membentuk satu jawatankuasa sama ada JKDB atau Rukun Tetangga (RT) dengan
tertubuhnya jawatankuasa itu ini membolehkan mereka berintraksi sama satu lain
sama ada dengan penduduk itu sendiri ataupun pihak-pihak kerajaan.
“Berbalik kita bagaimana
untuk menghapuskan nyamuk aedes yang semakin hari semakin berbahaya kepada
penduduk maka kawasan perumahan yang tidak mempunyai badan JKDB atau Rukun
Tetangga haruslah menghubungi pihak-pihak tertentu untuk mengadakan gotong
royong bagi membersihkan saliran parit dan longkang yang airnya bertakong”
tegasnya.
“Saya hanya mampu berbicara
melalui portal ini sekadar memberi pandangan yang bernas dengan tujuan untuk
kebaikan bersama Insya Allah jika mereka ingin dan memerlukan bantuan saya boleh bantu mengikut kemampuan saya”
katanya lagi.
Pastikan kawasan anda tiada
Aedes tiada denggi amalkan menjaga kebersihan itu dijadikan lah satu budaya kepada diri kita agar terjamin
kesejahteraan penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment