DANA YAPEIM UNTUK ANAK
YATIM
( derma rakyat bangun ekonomi, pendidikan orang miskin)
( derma rakyat bangun ekonomi, pendidikan orang miskin)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
YAPEIM ditubuhkan oleh kerajaan dan dananya
didapatkan kesan derma orang ramai/rakyat Malaysia dan juga ahli korporat.
Tujuannya jelas
membantu orang miskin dan anak-anak yatim untuk membangunkan hal ekonomi,
pendidikan dan sebagainya.
Dana yang ada bukan dana kerajaan tetapi orang
ramai untuk sama membantu mereka yang miskin termasuk anak-anak yatim yang
sangat memerlukan.
Anehnya kenapa saja seorang menteri bernama
Khir Jamil menggunakan wang berkenaan untuk ia ke luar negera konon atas tugas
rasmi disamping bermain golf?
Kelihatannya menteri berkenaan sesuka hati
menggunakan wang derma rakyat untuk terbang ke sana sini atas nama menjalankan
tugas rasmi.
Kebetulan pula yang menduduki kerusi
terpenting di YAPEIM itu terdiri keluarga sendiri dan ini sudah jelas salah
guna kuasa.
Nampaknya di mana saja ada kesempatan mereka
terus rembat tanpa peduli dan ini nampaknya amat keterlaluan.
Meskipun barangkali menteri berkenaan
beralasan pemergiannya ke Amerika untuk tugas rasmi tetapi menggunakan dana
khas untuk orang miskin dan anak-anak yatim adalah tidak lojik dan tidak masuk
akal.
Cukuplah dulu wang zakat dirembat untuk untuk
bayaran guaman dan sekarang dana YAPEIM pula dijadikan mangsa.
Dengan ini pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu
Malaysia macam-macam ada.