OLEH: DAYANG ZUBAIDAH DATU
TALIL
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen
Wong (DAP) mengutuk keras Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek yang
mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan
Dasar Kabotaj, boleh membawa isu tersebut ke mahkamah.
Wong berkata, Hassan Malek dan kerajaan BN
langsung tidak mengambil berat permintaan dan suara rakyat.
Dalam pada itu tidak setuju dengan kenyataan Hassan Malek,
dan berpendapat bahawa menteri atau pemimpin tidak harus bersikap demikian.
Menurut Wong, Dasar Kabotaj menyebabkan harga
barang di Sabah 30% lebih mahal berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Adakah
salah untuk orang Sabah mendapatkan harga barang yang sama dengan Semenanjung
Malaysia
Wong berkata, kerajaan BN pernah berjanji
untuk seragamkan harga barang Sabah dan Semenanjung Malaysia, tetapi hanya
bercakap kosong, sehingga kini masih belum dilaksanakan.
Beliau berpendapat bahawa pelaksanaan Dasar
Kabotaj di Sabah tidak selaras dengan Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri, lebih baik jika menukar slogan 1Malaysia menjadi "1
Malaysia, 2 harga barang".
Katanya, kenyataan Hasan Malek menunjukkan
kerajaan BN tidak mempedulikan rakyat Sabah menanggung harga barang yang
tinggi, dan langsung tidak berniat untuk memansuhkan Dasar Kabotaj.
Wong juga berpendapat bahawa Hassan Malek
yang mengeluarkan kenyataan hasutan, tidak layak untuk menjadi menteri, kerana
Hasan Malek tidak bersikap adil, dan berasa adalah wajar untuk orang Sabah
menanggung harga barang yang tinggi.
Wong menyeru orang Sabah memandang serius
Dasar Kabotaj yang terus dilaksanakan oleh kerajaan BN di Sabah, terutamanya
selepas 1 April 2015 apabila GST mula dilaksanakan, orang Sabah akan bertambah
susah kerana terpaksa menanggung harga barang yang lagi tinggi.