By Admin
OLEH:
SAIMON S JUMADI
Ketua Menteri Pulau Pinang
yang juga Setiausaha Agung DAP Nasional 
Lim Guan Eng adalah antaranya  sebagai
tetamu kehormat pada majlis tersebut dan  beberapa 
ADUN  dan Ahli Parlimen DAP  dari Semenanjung  dan Sabah termasuk  juga rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat James
Gani dan Shafie Hj Talip (Marlini Manja) .
Dalam ucapan alu-aluan Wong
dimajlis tersebut antara lain menjelaskan di  Negeri Sabah khususnya  di kawasan pedalaman masih daif dalam  arus pembangunan infrastruktur yang dinikmati
oleh rakyat.
Walaupun Sabah sudah merdeka
51 tahun tetapi 60 peratus rakyatnya yang tinggal di kawasan luar Bandar namun
kehidpan mereka masih berada di paras kemiskinan  bah kata orang kais pagi untuk pagi kais
petang untuk petang.
Melalui program Impian Sabah
yang diusahakan oleh DAP beberapa buah  kampung terpencil di mana mereka masih lagi menggunakan
air perigi dan sungai  sebagai sumber
bekalan air keperluan harian  yang kebersihannya
tidak terjamin  telah digantikan   dengan
air paip yang disambung dari air tadahan bukit berhampiran yang dibina  melalui gotong royong dengan tulang   empat
kerat  bersama ahli-ahli DAP dan penduduk-penduduk
kampung berkenaan untuk menjayakan projek tersebut.
“Inilah salah satu objektif
sebenar  Program Impian Sabah ditubuhkan adalah
untuk memantau dalam pelbagai aspek khususnya yang ada kaitan dengan keperluan
rakyat agar mereka dapat dibantu dengan sedaya upaya  bagi mengatasi permasalahan mereka yang selama
ini tekah diabaikan oleh pemimpin kerajaan BN” tegasnya.
Sebagai menyerikan suasana
majlis tersebut beberapa acara  tarian
pelbagai kebudayaan telah dipersembahkan di hadapan  seramai 
1,500 penonton.
No comments:
Post a Comment